Ni Resipi Ayam Masak Bawang Pulau Pinang Paling Senang. Rasa Memang Sedap, Kena Cuba!
Umumnya menu berasaskan ayam menjadi kegemaran ramai, apatah lagi jika menjamu selera di restoran mamak. Menu ayam goreng sering menjadi pilihan dan tidak dinafikan menu Ayam Masak Bawang juga antara yang digemari ramai.
Rasanya tersendiri berbeza daripada ayam masak sambal atau ayam masak merah. Bahkan lebih beraroma menjadikan menu ini cukup padu dimakan bersama nasi sebagai menu yang cukup menyelerakan apatah lagi jika berkunjung ke negeri Pulau Pinang.
Jadi sekiranya anda ingin mencuba untuk menyediakan sendiri menu ini di rumah, apa kata anda sediakan seperti resipi yang dikongsikan oleh Che Atie yang nampak cukup menyelerakan.
AYAM MASAK BAWANG PULAU PINANG
BAHAN-BAHAN:
6-7 ketul ayam – gaul garam kunyit-beli online di sini
1 biji bawang besar – mayang halus
1 helai daun pandan – potong 4-beli online di sini
1 tangkai daun kari
Rempah 4 sekawan
2-3 ulas bawang putih – kisar jadi pes
1 inci halia – kisar jadi pes
1 biji bawang besar – kisar jadi pes. Asingkan kisaran bawang dan airnya
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis dan jintan putih
1 sudu makan serbuk kari daging
1/2 sudu makan garam masala
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Ads
Cara Penyediaan :
1.Goreng bawang yang dimayang sehingga kekuningan dan toskan.
2.Minyak goreng bawang tadi gunakan pula untuk menggoreng ayam yang telah digaul bersama garam dan kunyit. Goreng ayam 3/4 masak. Ketepikan.
Ads
3. Di dalam kauli lain masukkan minyak goreng ayam tadi 1 senduk dan tumis daun pandan, daun kari dan empat sekawan.
Kemudian masuk pes halia, bawang putih dan kacau.
Kemudian masuk pes bawang besar 1 labu yang diblend dengan air.
Masuk pes dulu kacau kemudian baru masuk air bawang untuk kuah
Masuk serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan manis dan jintan putih. Masukkan juga 1sudu serbuk kari daging, setengah sudu garam masala dan kacau.
7. Masukkan sudu sos cili,sos tamato,sos tiram. Kacau lagi.
8. Masuk garam gula secukup rasa. Che atie pakai gula perang. Garam jangan masuk banyak sangat sebab ayam goreng kunyit tadi sudah masin. Gaul biar sebati dan sehingga kuah menjadi pekat.
Ads
Masuk ayam yang digoreng tadi. Kacau sebati dan sedia untuk dihidang bersama bawang yang telah digoreng tadi.
Jangan katakan anak, kita pun sesekali bosan juga makan nasi setiap hari. Apa kata ubah selera dan tarik perhatian anak untuk makan nasi dengan sediakan cucur mudah ni. Potato Flitters ni bukan sahaja sedap untuk anak makan, kita pun layan. Apa lagi makan ketika panas-panas.
Kalau tengok gambar macam cucur udang biasa je kan. Tapi serius bila dah cuba buat sendiri rasanya memang ada umphh. Kentang yang disagat halus memang tinggalkan rasa yang lain daripada yang lain.
Rasa kentang yang lemak buat kita rasa sedap nak mengunyah. Paling penting cara nak buatnya sangatlah mudah. Kalau hujung minggu boleh cuba buat resipi ni untuk anak-anak. Mesti anak-anak suka.
Resipi ini dikongsikan saudari Noraida Durani di facebooknya dan rata-rata ramai yang dah cuba mengatakan rasanya cukup umphh dan tip top. Kalau digoreng garing dan nipis mesti lagi meletup rasanya. Hebat!
Waktu berpantang ni, teringin nak makan macam-macam. Tak salah pun, asalkan berpada-pada dan tahu mana yang sesuai dengan tubuh sendiri boleh saja dimakan. Harus sentiasa beringat kerana dikhuatiri memudaratkan.
Ada yang kata kalau berpantang ni tak elok makan menu berasaskan tepung tetapi sebenarnya boleh saja. Antara kuih yang sedap dan sesuai dimakan ibu selepas bersalin adalah Bengkang Tepung Beras.
Rasanya lemak-lemak manis, memang sedap. Melalui Tiktok, @mell_asari kongsikan cara pembuatannya;
Bengkang Tepung Beras
Hari ini aku buat bengkang beras untuk minum petang. Rasa kuih ini lemak manis…lepas tu aku suka kaler kuih mcm menarik pulak.. nk buat pun senang je..
Bahan-bahan:
3 cawang santan (1 kotak kecil santan dicampur dengan 1 cawan air)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula perang
Secubit garam
Tengok video;
@mell_asari Hari ini aku buat bengkang beras untuk minum petang. Rasa kuih ini lemak manis…lepas tu aku suka kaler kuih mcm menarik pulak.. nk buat pun senang je 3 cwn santan ( 1 kitak kecil santan di campur dgn 2 cwn air) 1 cawan tepung beras 1/2 cawan gula secubit garam daun pandan simpul – kisar semua bahan kecuali daun pandan – tuang ke dlm periuk dan nasak hingga kental – tuang ke dlm loyang ( sapu dulu dgn minyak( dan bakal dkm oven. – tunggu sejuk sebelum di potong #tiktokfoodie#tiktokmalaysia#MakanLokal#tiktokchef#kuihtradisional#ramadhanvibes♬ Gurindam Jiwa – Salim Violin
Cara memasak:
1. Kisarkan kesemua bahan sehingga sebati.
2. Tuangkan adunan ke dalam periuk.
3. Masukkan daun pandan yang telah disimpul. Kacau adunan sehingga mengental.
4. Alihkan ke dalam loyang.
5. Bakar selama 1 jam pada suhi 160 darjah selsius.
6. Tunggu bengkang sejuk sebelum dipotong.
Sedapnya kuih ni kalau dibuat minum petang. Boleh juga dinikmati dengan kopi kosong untuk ibu berpantang. Kalau mahu kelainan, mungkin boleh ditambah dengan pisang. Memang terliur melihat hasilnya yang gebu!
Banyak makanan atau minuman yang boleh membantu memperbanyakkan susu ibu. Salah satunya oat campur kurma. Sedia maklum oat dan kurma memberi banyak khasiat kepada tubuh badan.
Gabungan oat dan kurma merupakan gabungan terbaik untuk kesihatan badan terutama untuk ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan. Oat kurma mengandungi banyak manfaat terhadap kesihatan. Ia kaya dengan pelbagai nutrisi serta antioksidan yang dapat meningkatkan tenaga, menambah zat besi dalam badan dan memudahkan proses pencernaan. Sebab itulah, khasiat oat kurma sering dicanang-canang, terutamanya untuk ibu mengandung.
Buah kurma juga sangat baik untuk ibu yang menyusukan anak. Pendek kata, wanita yang sedang mengandung atau sedang menyusukan anak amat digalakkan untuk mengambil susu campur kurma sebagai sebahagian daripada diet harian.
Buah kurma boleh membantu menambah jumlah prolaktin, sejenis hormon yang dapat menggalakkan penghasilan susu badan wanita. Selain buah kurma, wanita juga boleh meningkatkan jumlah susu dengan pengambilan makanan lain seperti halba, quinoa atau oat. Jom lihat resipi oat kurama yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Asmida Nor di Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.