![Gambar Hiasan roti](https://cdn.majalahpama.my/2018/11/Gambar-Hiasan-roti-696x365.jpg)
Lebihan roti jangan dibuang! Kadang-kadang kita jemu dan buntu dengan hidangan roti. Jadi apakata anda buatkan roti coklat untuk anak anda dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah yang boleh didapati di dapur rumah! Daripada dibiarkan berkulat dan dibuang begitu sahaja, sekurang-kurangnya boleh dijadikan kudap-kudapan si kecil.
Resipi ini telah dikongsi oleh Nurul Liyana di laman facebooknya. Ikuti perkongsian resipi ini yang mudah dan cepat disediakan.
Suka sangat lah tu anak soleh menu baru, habis semua sekali hadap.
ROTI GORENG COKLAT (1y+)
Bahan-bahan;
? 2sb unsweetened cocoa powder *
? 1sk madu/puri kurma *
? air panas *
? roti
? cawan
? minyak
Kaedah penyediaan;
1. Kacau rata bahan bertanda (*) sedikit pekat
2. Masukkan coklat yang dikacau tadi ditengah2 roti & tindan lagi sekeping roti. Kemudian, terap menggunakan cawan
3. Goreng dengan sedikit minyak dan siap untuk dihidang!
Versi dewasa boleh letak milo dan susu pekat nyumsss!
Sumber: Nurul Liyana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puding Alma Coffee Empat Layer, Nikmatnya Makan Sejuk-Sejuk!
![Puding Alma Coffee Empat Layer, Nikmatnya Makan Sejuk-Sejuk!](https://cdn.majalahpama.my/2020/05/183896-25_32_290481.jpeg)
Bosan dengan milo atau coklat, apa kata kita ubah kelainan dengan puding kopi pula yang digabungkan bersama susu pekat dan serbuk koko. Resipi puding dua layer yang dikongsikan oleh Ida Zairi ini nampak cukup mudah hendak disediakan. Malah gabungan kopi dan serbuk koko yang enak juga buat rasa puding lebih sedap.
Jom cuba resipi ringkas yang dikongsikannya. Bolehlah dihidangkan buat keluarga di musim perayaan ini. Mudah.
Untuk yang addicted kafein boleh cuba resepi ni. Sangat simple.
Puding Alma Coffee
Bahan untuk lapisan coffee
1 paket Alma Coffee kopi segera (bancuh dengan 180ml air panas mendidih dengan 1 sudu kecil susu pekat + 1 sudu serbuk koko untuk warna)
1 stgh sudu serbuk agar-agar (masukkan dalam 180ml air sejuk)
1/2 cwn gula
Secubit garam
Masak air yang dicampur serbuk agar-agar tadi hingga mendidih, masukkn air bancuhan kopi, gula & garam kacau hingga mendidih. Tutup api & tuangkan 1 lapisan ke dalam acuan (seeloknya acuan plastik/silikon supaya senang dikeluarkan)
Bahan cream layer
1 stgh sudu serbuk agar-agar (masukkn ke dalam 180ml air sejuk)
90 ml santan (sederhana pekat)
90ml susu cair/susu full cream)
1/2 cwn gula
Secubit garam
Cara melapis agar2..Dah siap tunggu sejuk masuk dulu dalam peti ais..
Posted by Ida Zairi on Thursday, 30 April 2020
Masak air yang dicampur serbuk agar-agar tadi hingga mendidih, masukkan santan, susu cair, gula & garam tunggu mendidih. Tutup api.
Gariskan permukaan lapisan kopi dengan garfu & masukkn lapisan cream. Tunggu sedikit mengeras, ulang langkah seterusnya sehingga habis. Biarkan sejuk. Sedia dihidang.
Selamat mencuba.
Resipi wajib cuba: Mudahnya Buat Kek Classic Victoria Sandwich Ni Paling Ringkas Sedap Lembut!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rempah Ikan Bakar Terengganu Style & Tip Tak Bagi Rempah Kering Masa Bakar
![Rempah Ikan Bakar Terengganu Style & Tip Tak Bagi Rempah Kering Masa Bakar](https://cdn.majalahpama.my/2022/04/Untitled-design-2022-04-11T104007.621.jpg)
Masakan berkuah ada ketikanya cepat jemu. Apa kata cuba buat menu ikan bakar berempah sebagai hidangan seisi keluarga. Menu ni ringkas saja tapi penangannya boleh buat makan nasi bertambah-tambah.
Bagi yang nak cuba buat resipi ikan bakar ini, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Amy Tommy. Bukan semata-mata ikan saja, tetapi boleh juga dibakar dengan ayam atau makanan laut.
Buat banyak-banyak stok rempah ikan bakar, boleh masak pelbagai jenis lauk. Berbaloi dan puas hati nak makan. Berikut dikongsikan resipinya.
Resipi rempah ikan bakar Terengganu style saya. Buat banyak tak apa lebih boleh simpan dalam peti buat stok. Saya halalkan resepi ini, cuma doakan saya boleh jalan seperti biasa tak lah masak pakai wheelchair.
ARTIKEL MENARIK [Kurma Fresh, Sejuk Beku Atau Kering, Basuh Dulu. Bukan Terus Makan Ye!]
RESEPI REMPAH IKAN BAKAR TERENGGANU STYLE
*Boleh bakar bersama ikan/ayam/sotong/udang/lala dan lain-lain.
Bahan-bahan :-
Bawang merah besar – 1kg
Bawang putih – 1 labu
Serai – 5 batang
Cili boh @ cili kering kisar – 1kg
Gula – 1 cawan
Nissang (gula merah) – 3 kerek
Garam – secukup rasa
Belacan Bakar – 1 sudu
Air asam jawa/asam keping secukup rasa
Daun kesum – 1 genggam
Daun Limau
Minyak masak 1 cawan
Langkah 1
– Blender bawang besar, serai dan bawang putih serta belacan sehingga lumat
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak lepas tu masukkan bahan-bahan yang sudah diblender tadi. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan cili boh atau cili kering dan tumis sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan gula dan nissang. Biarkan sehingga cair.
4. Masukkan garam. Gaul sebati kemudian masukkan air asam jawa
5. Biarkan mendidih.
6. Masukkan hirisan daun limau dan daun kesum
7. Masak selama 1-2 jam. Jangan biar, kacau perlahan-lahan tak mahu bagi hangus
RESIPI MENARIK [Step By Step Buat Tauhu Telur. Tak Perlu Nak Susah Cari Keluaran Muslim Lagi!]
Tip semasa bakar supaya rempah tak kering, tak hangit boleh makan banyak kuah:
- Alas daun pisang atau aluminium foil.
- Letak minyak sikit.
- Letak ikan lepas tu letak nipis sahaja rempah ikan bakar atas ikan, tutup dengan daun pisang.
- Bakar seketika. Lepas tu balikkan ikan, letak nipis sahaja rempah ikan bakar dan biar seketika.
- Lepas masak, angkat letak atas pinggan barulah tuang kuah ikan bakar selebihnya atas ikan. Perah asam limau atas hidangan sebelum makan. Selamat mencuba! Makan nasi panas-panas sedapnya.
Kredit: Amy Tommy
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senang Sangat Nak Buat Cream Brulee, Manis Berlemak, Rasa Memang Padu!
![Senang Sangat Nak Buat Cream Brulee, Manis Berlemak, Rasa Memang Padu!](https://cdn.majalahpama.my/2021/09/Untitled-design-5.jpg)
Bagi anda yang cukup gemar makan puding karemel, Creme Brulee ini pastinya turut jadi kesukaan anda. Mana taknya, rasa manis yang sama bahkan strukturnya juga hampir sama. Malah lebih senang hendak menyediakannya.
Nak buat macam mana? Jom cuba resipi perkongsian Lina Thomas, Creme Brulee Ala Kayangan ini. Memang padu!
Creme Brulee ala Kayangan.
Bahannya:
3/4 cawan susu segar
1 1/2 cawan heavy whipping cream
3/4 cawan gula
8 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
7 sudu teh gula -untuk topping
Air mendidih untuk “water bath”
Panaskan oven ke (160C) 325F. Susun 7 ramekins kecil dalam loyang pembakar.
Masak susu dan heavy whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Biar kan suam sebentar, ketepikan.
Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih.
Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati. Tapiskan ke dalam bekas remekins. Bahagikan campuran sama rata. Susun di dalam loyang pembakar.
Masukkan loyang pembakar ke dalam oven, dan tuangkan air mendidih ke dalam periuk di sekeliling ramekins. (water bath)
Bakar selama 55 – 60 minit. Biarkan dia dalam oven selama 20 minit. Hati-hati keluarkan dari oven dan sejukkan kira-kira 30 minit sebelum disimpan dalam chiller. Tutup dengan plastik cling.
Note:
Custard ni boleh disediakan sehari hari lebih awal atau awal pagi dan sejuk kan dalam chiller.
Untuk topping:
Taburkan kira-kira satu sudu teh gula ke bahagian atas setiap custard di permukaan custard. Bakar dalam oven guna “broiler” 3 – 5 sehingga gula bertukar keperangan. Siap dan boleh di hidangan kan.
Menarik: Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak, Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasi
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI