Tahniah diucapkan buat usahawan yang juga anak kepada Mantan Pendana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Nina Ismail Sabri yang yang mengumumkan kini hamil anak kedua.
Nina yang mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Hafiz Osman pada November tahun lalu teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada si comel Jeanelle Nika Mandagie ini berkongsi perkhabaran gembira itu kepada pengikutnya.
Ads
“Rehat kejap dari posting Raya sebab nak bagi laluan dekat si kecil ni yang kami semua teruja sangat nak sambut tahun ni!
“Alhamdulillah, baru lepas trimester pertama — doakan ‘lil bun’ dalam perut ni ya.
Ads
“Abah, Kakak & Mommy tak sabar nak jumpa kamu, baby HN,” tulisnya menerusi kapsyen.
Menerusi entri itu juga, Nina turut berkongsi video pendek bersama suami dan anaknya Jeanelle bagi berkongsi khabar gembira itu.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan kenalan turut sama meninggalkan ucapan tahniah buat Nina dan suami.
Terdahulu, Nina mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hafiz Osman pada November tahun lalu. Menerusi perkahwinannya yang terdahulu, Nina dikurniakan seorang cahaya mata, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia lapan tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ingin membelikan kereta baru buat isterinya, Datin Seri Nur Shahida.
Perkara itu dikongsi Aliff menerusi sebuah video yang dimuat naik di entri akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Menurut Aliff, dia mahu menghadiahkan kereta kepada isterinya sebagai tanda penghargaan kepada Shahida yang kini sedang hamil dan sentiasa menjadi isteri dan ibu yang baik.
“Nak belikan kereta apa ya yang sesuai untuk wife abang? Cer beri pendapat korang.
“Abang nak beli..hadiah untuk wife abang sebab mengandung baby baru, menjadi wife yang baik,” tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Aliff menambah, dia percaya dengan kebaikan dan ganjaran yang akan diterima jika berbelanja untuk isteri dan ibu.
“Abang percaya, bia kita memberi lebih kepada isteri dan juga ibu kita, rezeki akan lebih murah sebab tu daripada dulu kalau abang ada rezeki lebih abang akan reward wife abang dan juga mak abang,” tulisnya lagi.
Menurut Aliff dia bekerja kuat sebenarnya untuk membahagiakan isteri dan anak-anak. Keluarga adalah keutamaannya sekarang.
“Walaupun sibuk, bukan alasan untuk tidak memberi kegembiraan pada anak dan isteri. Bila semua gembira, rezeki itu lagi berkat dan mengalir seperti air. Itu yang saya pegang sejak dulu hinggalah sekarang,” katanya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan mendoakan Aliff agar sentiasa dimurahkan rezeki.
Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.
Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.
Sumber: ig Aliff Syukri & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi yang memiliki kulit gelap dikatakan terjadi disebabkan oleh ibu makan kicap ketika mengandung. Maka ramailah ibu-ibu mengandung yang tidak makan kicap ketika mengandung kerana bimbang anak yang dilahirkan berkulit gelap. Namun sejauh manakah kebenaran tentang perkara ini?
Masalahnya, benarkah makan kicap, anak yang dikandung itu kulitnya boleh menjadi gelap macam kicap itu? Tapi digalakkan pula ibu mengandung ini minum soya banyak-banyak katanya anak boleh jadi putih ikut soya itu sedangkan kicap itu juga asalnya dari kacang soya juga.
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan dicemarkan di dalam sistem penghadaman dan diserap ke dalam badan.
Molekul yang sudah tercerna inilah yang akan diberikan kepada bayi melalui uri(placenta). Penggunaan molekul makanan yang tercerna tersebut tidaklah akan mempengaruhi warna kulit bayi.
Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yang terhasil daripada sel melanocytes. Ada sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam penghasilan sebatian ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Bukan kulit sahaja sangat putih, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan putih disebabkan sebatian melanin juga banyak pada bahagian tersebut. Mereka dikatakan penghidap penyakit Albino.
Kesimpulannya, warna makanan yang diambil langsung tidak ada kaitan dengan warna kulit anak yang bakal dilahirkan.
Ramai wanita hanya tahu tentang pil perancang sebagai cara untuk elak mengandung, tetapi sebenarnya pil perancang mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan hormon dan tubuh wanita. Ia bukan sekadar membantu merancang keluarga, malah memainkan peranan penting dalam menjaga keseimbangan hormon agar wanita kekal sihat, bertenaga dan stabil secara emosi.
Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Imelda Balchin, ramai wanita tidak sedar bahawa pil perancang mampu memberi kesan baik terhadap kesihatan dalaman dan emosi mereka. Malah, ubat ini turut membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit serius yang sering menyerang wanita moden.
Dalam satu perkongsiannya di media sosial, Dr. Imelda menjelaskan bahawa pil perancang bukan sekadar digunakan untuk merancang keluarga, tetapi turut membantu memperbaiki keseimbangan hormon dan mengurangkan masalah kesihatan wanita yang biasa berlaku.
Antara kelebihan utama pil perancang yang dikongsikan beliau ialah:
Kesemua manfaat ini berlaku kerana hormon yang terkandung dalam pil perancang membantu menstabilkan kitaran hormon wanita secara konsisten setiap bulan.
Dr. Imelda juga menjelaskan bahawa ramai wanita keliru apabila terasa tubuh berubah selepas berhenti mengambil pil perancang terutamanya selepas menjalani BTL (Bilateral Tubal Ligation) atau ikat peranakan.
“Jika dulunya anda makan pil dan mendapat manfaat seperti haid yang teratur atau jerawat berkurang, selepas berhenti pil (selepas buat BTL), semua manfaat itu akan hilang. Anda akan kembali seperti keadaan asal sebelum mengambil pil,” jelas beliau.
Beliau menegaskan bahawa BTL tidak menyebabkan haid tidak teratur atau jerawat naik semula. Perubahan itu berlaku kerana hormon tubuh sedang menyesuaikan diri semula tanpa bantuan pil perancang.
Dr. Imelda turut menasihatkan wanita yang mengalami PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) agar lebih berhati-hati apabila berhenti mengambil pil perancang.
“Jika anda ada PCOS, haid tidak teratur dan jerawat banyak, anda mungkin masih memerlukan pil untuk manfaat lain seperti mengawal haid dan jerawat walaupun sudah tidak mahu mengandung lagi,” katanya.
Tambahnya, berat badan berlebihan dan lemak badan yang meningkat boleh memburukkan lagi keadaan jerawat serta gangguan hormon. Oleh itu, wanita disarankan untuk mengawal berat badan, bersenam secara konsisten dan mengamalkan pemakanan sihat demi keseimbangan hormon jangka panjang.
Kesimpulannya, pil perancang bukan semata-mata ubat untuk mengelakkan kehamilan, tetapi juga alat bantu kesihatan hormon yang melindungi sistem reproduktif wanita. Ia membantu wanita kekal sihat, cantik dan seimbang dari segi fizikal serta emosi.
👉 Nasihat Dr. Imelda, setiap wanita perlu faham fungsi tubuh sendiri dan berbincang dengan doktor sebelum berhenti atau menukar kaedah perancang keluarga.
Dengan ilmu yang betul, ibu-ibu bukan sahaja dapat menjaga kesihatan diri tetapi juga memastikan kesejahteraan keluarga sentiasa dalam keadaan terbaik.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.