Keibubapaan

“No Maid No Problemo” Diana Nasir Kongsi Tip Jaga 3 Anak Kecil & Urus Kerja Rumah Sendiri Tanpa Pembantu!

Share

Mempunyai 3 orang anak yang masih kecil tidak menghalang personaliti media sosial, Diana Nasir untuk menguruskan tiga orang anak dan dalam masa yang sama membereskan kerja rumah tanpa bantuan daripada pembantu rumah.

Ibu kepada The Angguns, sepasang kembar yang cukup famous dan juga seorang lagi anak perempuan yang comel berkongsi kepada pengikut di Instagram tip-tip menguruskan rumah tangga bersama anak-anak yang masih kecil tanpa pembantu.

Menurut kakak kepada pelakon Anzalna Nasir ini, dia sering diajukan soalan tentang bagaiman dia menguruskan tiga anak kecil tanpa pembantu dirumah. Ini jawapan untuk persoalan yang sering ditanyakan itu:

“Saya sering ditanya bagaimana cara saya menguruskan tiga anak kecil? Adakah saya mempunyai pembantu? Siapakah yang melakukan semua kerja rumah?

Baiklah, jawapan kepada semua soalan ini ialah: ME, MYSELF & I, 24/7. Tiada pembantu tiada masalah! Bagaimanakah saya melakukannya?

1. Jangan malas. Jika malas, semua benda tak akan berjalan!

2. Kurangkan masa dengan telefon. Ini perkara yang paling penting.

3. Wajib mempunyai disiplin. Bukan sahaja Angguns, tapi papa pun sekali. Lol. Semua kena berikan kerjasama kerana saya adalah mama dan isteri, bukannya pembantu.

4. Jadi orang yang terawal. Untuk saya, penting untuk bangun tidur sebelum Angguns, jadi saya dapat kemas dan mencuci rumah terlebih dahulu, mandi, menyiapkan diri saya agar kelihatan kemas, menyediakan sarapan untuk suami dan banyak lagi.

Tak Suka Rumah Bersepah

Menurut Diana untuk keseluruhan rumah juga dia yang uruskan sendiri kerana dia tak suka keadaan rumah yang bersepah. Itu membuatkan dia kurang selesa. Tambahan pula dirinya merupakan seorang yang mementingkan kesempurnaan, jelasnya jalan terbaik adalah melakukan sendiri untuk lebih berpuas hati.

“Untuk keseluruhan rumah, saya sendiri yang menguruskannya kerana saya tak gemar mempunyai rumah yang bersepah! Ia akan membuatkan saya kurang selesa, jadi saya akan terus mengemas dengan secepat mungkin bila rumah bersepah.

Dengan kebanyakan perabot di rumah berwarna putih, jika setiap kali ia terkena kotoran walaupun sedikit, saya akan gunakan wipes, sebab itu ia tetap akan kelihatan bersih.

Ya, saya seorang yang OCD / perfectionist. Saya lebih rela melakukannya semua sendiri, lagi puas hati. Jika ada pembantu pun, tak akan sama bersih bagaimana kita melakukannya sendiri. Saya juga tak selesa ada orang luar di rumah dan saya sendiri masih mampu buat semua dan ia merupakan senaman yang baik untuk saya juga, jadi tak ada sebab untuk saya bazirkan wang suami bagi membayar pembantu.

Jika ibu saya mampu melakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa satu masa dahulu, saya juga boleh melakukannya!

Latih anak-anak sejak kecil

 Menurut Diana lagi, dia juga turut melatih anak-anaknya untuk memberikan bantuan. Walaupun masih lagi kecil jelas Diana ia perlu bermula sewaktu usia anak-anak masih muda.

5. Rutin. Siapkan rutian seharian untuk hari-hari anda, jadi anak-anak dan anda bakal boleh menguruskannya dengan lebih baik.

6. Latih anak-anak anda untuk memberikan bantuan. Walaupun Darleesa dan Darleena baru berusia 3 tahun, mereka banyak membantu saya di rumah. Mereka membersihkan apa yang mereka sepahkan, membantu saya mengangkat barang dan banyak lagi. Mereka perlu bermula sewaktu usia muda!

7. Sediakan makanan kegemaran anak-anak anda. Jadi, bila anak-anak meragam, keluarkan ‘senjata’ makanan! Ia membantu! LOL!

8. Jika anda menghadapi hari yang kurang baik, tidak mengapa. Segera berdoa agar suami balik kerja dengan lebih awal. Jika tidak berkesan, hubungi suami agar balik segera,” selorohnya.

Dalam pada itu, Diana atau nama sebenarnya, Nur Diana Md Nasir, 34, juga sempat menyelitkan pesanan buat kaum ibu di luar sana.

“Untuk semua ibu, rendahkan jangkaan anda! Semua perkara tak seharusnya jadi sempurna. Anda dibenarkan untuk mempunyai rumah bersepah, rambut yang kusut dan anak-anak yang selekeh.

“Nikmati dan hargai masa anda dengan anak-anak. Saya percaya jika seorang ibu sentiasa berada dalam keadaan tenang, anak-anak mereka juga akan mengikutinya,” kongsi Diana lagi.

 

Diana yang mendirikan rumah tangga dengan suami, Mohd Azwan Mohd Noor dikurniakan tiga orang anak iaitu pasangan kembar, Anggun Darleesa bersama Anggun Darleena, 3, dan Anggun Darniella, 2.

Sumber: Gempak & IG Diana Nasir

 

 

 

 

 

IKLAN