Keibubapaan

“No Means No, Tak Perlu Marah, Tak Perlu Jerit”, Peluk Dan Bertegas Dengan Anak Dah Cukup!

Share

Ada masanya bila ibu gagal mengawal kemarahan pada anak-anak, jeritan adalah jalan terbaik. Namun sudahnya ibu akan menyesal sendiri kerana memarahi anak-anak.

Sebenarnya bila ibu mengalami situasi sebegini, ambillah masa dan ruang seketika untuk mengawal kemarahan. Jangan lepaskan kemarahan pada anak-anak dengan jeritan dan herdikan yang melampau.

Perkongsian Ibu Rose -Mesejnya Kasih ini mudah dalam mendidik anak-anaknya sejak kecil lagi. Lembut tetapi penuh ketegasan. Katanya No means no namun perlu ada caranya.

NO MEANS NO


Salam Ibu..izinkan saya kongsi kisah saya ye.

Masa dapat anak pertama dulu saya takde ilmu dan tak percaya bila orang kata kita kena bercakap dengan anak-anak seperti orang dewasa. Hati saya kata tak mungkin anak-anak ini faham.

Dengan anak no.4 (2 thn) saya dah mula praktikkan.

Bila dia nakkan sesuatu yang saya tak mahu beri dan dia menangis saya akan
— peluk dia dan
— kata “i know u really want it but i m sorry ‘no means no’. I understand how u feel and i love u”.

Mula-mula buat ambil masa yang agak lama tapi beberapa minggu lepas tu dia sangat mudah dipujuk. Lepas peluk je dia akan ok.

Inilah salah satu contoh yang Ibu katakan Loving & Firm.
Ibu tak perlu marah.
Tak perlu jerit.
Hanya peluk dan bertegas dan tetapkan pendirian.

Ringkas namun sebuah perkongsian yang bermakna. Ingat, no means no tapi perlu berlembut dengan pelukan untuk anak-anak kita. Lama-lama pasti anak akan faham.

IKLAN