Anak suka menggigit bukanlah sesuatu yang pelik. Ia banyak berlaku kepada kanak-kanak dan bayi. Namun adakalanya bila anak suka menggigit, timbul rasa bimbang pada ibu bapa kerana khuatir anak akan menggigit orang lain.

Menurut Dr Rozanizam Zakaria, tabiat menggigit di kalangan kanak-kanak adalah fasa yang normal.

ANAK MENGGIGIT ANAK ORANG LAIN? BACA 26 INFO INI

Normalkah anak saya?

Menggigit adalah sebahagian dari fasa normal pembesaran kanak-kanak. kanak-kanak usia 1 hingga 3 tahun akan melalui ‘fasa suka menggigit’ dan kebanyakannya akan berhenti dengan sendiri seusai usia tersebut.

Walaupun ia merupakan tabiat yang normal, namun ia masih perlu dikawal bagi mengelakkan kecederaan dan kesan jangka masa panjang.

MENGAPA KANAK-KANAK MENGGIGIT?

Perkara pertama ibubapa kena cuba fahami sebelum bertindak ialah cuba memahami sebab disebalik tingkahlaku tersebut?

Antara sebab yang biasa ialah:

  1. Mereka dalam kesakitan – yang paling biasa ialah sakit tumbuh gigi.
  2. Mereka sedang ‘meneroka dunia’ – sebagaimana mereka menyentuh semua benda dengan tangan, begitu juga mulut dan gigi menjadi alat meneroka sekeliling mereka.
  3. Mereka ingin tahu – sebahagian dari fasa perkembangan minda dan akal mereka didorong oleh sifat ingin tahu. merek bereksperimen melihat kesan dan akibat sesuatu tindakan. pada usia yang muda, mereka mungkin belum kenal sempadan dunia mereka, had boleh dan tidak.
  4. Mereka hanya inginkan perhatian – terutama yang kanak-kanak yang besar sedikit. bila mereka terasa terabai, adakalanya ‘buat perangai’ adalah antara cara mendapat perhatian.
  5. Mereka ingin lepaskan perasaan – ‘frustration’ adalah perasaan yang biasa namun susah diproses oleh kanak-kanak. menggigit, sepertimana tingkahlaku agresif yang lain adakalanya adalah cara mereka ‘externalise’ perasaan tersebut.
  6. Cara mereka berkomunikasi – menyampaikan perasaan tak senang, contohnya ada budak yang duduk terlalu dekat dengan dia dan sebagainya. Terutamanya kanak-kanak yang ada masalah pertuturan.
  7. Mereka ‘overwhelmed’ dengan situasi yang terlalu banyak rangsangan (bising, terlalu cerah, terlalu ramai orang) – terutama kanak-kanak yang mempunyai autisme.
  8. Mereka perlukan rangsangan mulut – kalau tak ada benda dimulut dia jadi geram.

8 KAEDAH MENGAWAL

Bergantung kepada sebab, amalkan langkah-langkah awal bagi mengelakkan anak anda dari memulakan tingkah laku tersebut.

  1. Jika anak dalam fasa tumbuh gigi, sediakan alat dan ubat yang mengurangkan ketidakselesaan dari proses ini.
  2. Kenal pasti situasi yang anak mudah bertindak sedemikian – lapar, panas, terlalu sesak, kenalan baru – sediakan anak-anak terlebih dahulu dalam situasi sebegini.
  3. Jika anak mudah beremosi, ajar anak meluahkan dengan kata-kata – “abang tak suka”, ”kakak marah!”, “jangan usik barang saya!” dan sebagainya. Bila mereka boleh meluahkan dengan kata-kata, lebih mudah kita menguruskan emosinya dari dia meluahkan dengan perbuatan. kemudian ajar anak untuk mengatasi masalah tersebut dengan komunikasi. contohnya dia marah kanak-kanak lain ambil mainan dia, ajar dia cakap “saya tak suka awak ambil mainan saya” (walaupun bunyinya nampak sombong, tapi lebih baik dari bertindak agresif, seterusnya boleh diuruskan emosi tersebut dengan teknik lain).
  4. Beri perhatian pada anak-anak secara berkualiti (tanda distraction media sosial dan sebagainya). Perhatian yang lebih dari biasa adakalanya diperlukan terutama bila kanak-kanak melalui fasa baru seperti berpindah kawasan, dapat adik baru, mak baru dan sebagainya.
  5. Alihkan perhatian anak dengan mainan, buku dan alam.
  6. Sediakan biskut, teething toys dan sebagainya sebagai rangsangan mulut.
  7. Ajar berkongsi, guna ‘timer’ atau kira untuk ajar bermain mengikut giliran.
  8. Bercerita atau baca buku yang mempunyai mesej ‘tak baik gigit orang’.

APA PERLU DILAKUKAN PADA MASA KEJADIAN

  1. Kawal perasaan anda – marah, malu dan geram tidak boleh bercampur, ia resipi yang baik untuk memburukkan lagi keadaan.
  2. Ambil anak anda, lihat matanya dan cakap dengan nada tegas ‘jangan gigit, gigit sakit’ (cuba guna mesej yang sama eg “no biting, biting hurts”). Komen pada apa yang berlaku – ‘tengok adik ni, sekarang dia menangis sebab sakit awak gigit’.
  3. Kemudian alihkan perhatian pada kanak-kanak yang digigit. Kaedah ‘negative reinforcement’ ini membolehkan kanak-kanak yang menggigit mengaitkan akibat – gigit kena ignore, digigit dapat simpati (learning theory). Ia akan mengambil masa, tetapi sekiranya kita konsisten, ia anak-anak akan ‘get the point’.
  4. Ajar anak komunikasi alternatif. contohnya, bila dia menggigit kerana marah ajar dia – lainkali kalau marah orang ambil cakap, ‘saya tak suka awak ambil barang saya’, kalau tak dia tak bagi juga, datang pada ibu, biar ibu tolong’.
  5. Beri kanak-kanak tersebut sedikit masa, kemudian teruskan aktiviti seperti biasa. bantu dia kembali kepada situasi “abang nak main balik? sekarang nak main apa?”

Menggigit semula anak, memarahinya di depan orang ramai dan mengasingkannya dari orang lain tidak disyorkan dan tidak berkesan. Jika tingkahlaku ini telah berlaku untuk tempoh yang lama, jangan menjangkakan ia akan berubah dalam sehari dua. Berikan perhatian, fokus, konsisten dan beri masa.

BILA PERLU DAPATKAN BANTUAN PROFESIONAL?

  1. Jika berlarutan lebih dari usia 4-5 tahun.
  2. Jika tingkahlaku ini berlaku bersekali dengan masalah lain seperti sifat agresif yang lain.
  3. Jika menganggu perkembangan pembelajaran, emosi dan sosial pada usia mereka.
  4. Jika mengakibatkan kecederaan serius.
  5. Jika berlaku pada mangsa yang sama pada setiap masa.

Sumber: FB Dr Rozanizam Zakaria