Pelakon Norman Hakim baru-baru ini menghadiri sesi perjumpaan dengan guru Maria Danisha, untuk prestasi akademiknya.
Norman melahirkan rasa syukur dan bangga apabila mengetahui Danisha berjaya meraih 8A daripada 10 subjek yang diambil.
Berkongsi berita gembira itu di instagram miliknya, Danisha meraih pointer CGPA 3.96 secara keseluruhan. Katanya, pencapaian ini lebih baik berbanding peperiksaan sebelum ini di mana Danisha mendapat 5A.
“Papa wakil kpd Mama,Mummy,Abah sbb dalam kesibukan atleast kena ada wakil parents yg hadir untuk PTM dengan homeroom teacher utk tahu perkembangan semasa pembelajaran.
“Alhamdulillah syukur nikmat pencapaian terbaik dari exam sebelum utk Baby Danisha. 8A’s dari 10 subjek dengan CGPA 3.96 berbanding 5 A’s sebelum ni.Rasa syukur,happy,sebak,bangga,terima kasih semua ada.
“Semoga Baby @m_danishaa terus istiqomah jugak dalam mengekalkan momentum dan konsistensi untuk semua subjek sampai exam akhir tahun, dan cabaran sebenar adalah untuk SPM tahun depan (2025).”
Dalam pada itu meninjau di ruangan komen, wargamaya memberi ucapan tahniah atas kecemerlangan akademik.
“Tahniah .. semoga terus cemerlang yaa .. straight A’s spm nanti .. cemerlang di Uni berjaya capai cita-cita.”
“Tahniah baby semuga baby jadi anak yg solehah berjaya dunia akhirat. Tahniah jugak pada keempat2 ibubapa tu.”
“Terus cemerlang baby danishaa.”
Untuk makluman, selain Maria Danisha, Norman memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinannya dengan Abby Abadi iaitu Mohd Danish Hakim, 21 yang merupakan huffaz al-Quran dan Marissa Dania Hakim, 19.
Selepas berpisah pada tahun 2008, Norman berkahwin dengan Memey Suhaiza dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 10, Muhammad Dikhriz Hakim, 8, dan Mikayla Delisha Hakim, 5.
Sumber: IG normanhakim_786
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam-macam ragam. Youtuber terkenal Indonesia, Ria Ricis yang juga adik kepada pendakwah, Oki Setianadewi sememangnya sukakan aktiviti lasak dan ekstrim.
Namun kali ini Ria tidak terlepas membawa anak kecilnya, Moana yang kini baru sahaja berusia lima bulan.
Namun apa yang menarik perhatian ramai pastinya aksi berbahaya Ria yang membawa bayinya menaiki jetski yang dipandu laju itu tanpa mengenakan jaket keselamatan.
Moana pada mulanya dipakaikan dengan jaket keselamatan, pun begitu tidak lama kemudian, suami Ria iaitu Teuku Ryan pula mengendong Moana sambil mengemudi jetski tanpa menggunakan jaket keselamatan. Dan keadaan ini pastinya amat berbahaya.
Momen penuh manis tapi berbahaya ini pastinya menerima reaksi ramai. Masing-masing turut merasa bimbang jika bayi tercampak ke laut ketika mengemudi jetski berkenaan.
Ramai juga yang menegur pasangan berkenaan tentang risiko itu terhadap bayi seusia Moana apa lagi tidak dipakaikan jaket keselamatan.
Bawa anak keluar berjalan-jalan memang besar cabaranya. Ditambah pula anak-anak ramai dan semuanya masih kecil. Macam-macam perangai yang mama papa perlu hadapi. Belum lagi ada yang merajuk, yang tak dengar arahan dan sebagainya. Memang buat mama papa rasa geram dan serik.
Tapi ketahuilah, saat anak-anak masih kecil sahaja mereka inginkan perhatian kita dan sentiasa rasa ‘excited’ bersama kita. Jangan pernah serik bawa anak berjalan-jalan jika ada masa okay! Ikuti perkongsian ini.
Teringat lagi betapa penatnya dulu saya bawa anak yang masih kecil pergi berjalan ke tempat yang agak jauh.
Balik rumah tu, terasa serik nak bawa anak berjalan jauh lagi. Penat sangat nak melayan kerenah masing-masing.
Ya Allah, silapnya saya fikir macam tu. Bertahun lepas tu, itulah kenangan yang anak duk sebut-sebut dan asyik teringat.
Rugi sangat bila kita tak luang masa bercuti dengan anak masa mereka masih kecil sebab peluang tu cuma datang sekejap je. Percayalah.
Bila anak dah besar, dia cuma nak keluar bercuti dengan kawan je. Barulah boleh pergi ke tempat yang lebih ‘adventure’.
Bila anak dah besar, masing-masing sibuk dengan kerja. Kalau kena kerja di negeri lain, payah dah nak balik ke rumah kita.
Masa anak kecil ni lah banyak tempat kita boleh masuk dengan kos yang lebih rendah. Ada tempat boleh masuk free je.
Masa anak kecil ni, kita bawa pergi kedai dekat rumah pun diorang dah seronok. Bayangkan kalau kita bawa anak ke pantai, ke sungai atau ke hotel yang ada kolam renang. Haha.
Saat dia tersenyum dan gelak ketawa tu la yang kita akan kenang sampai bila-bila. Yang paling saya rindukan, masa kecil ni la kita akan paling banyak dukung dia, pimpin tangan dia dan bergambar di tempat percutian.
Dah besar ni, semua tu hanya tinggal dalam ingatan je. Kalau boleh ambil cuti, ambillah peluang ni untuk balik berjumpa keluarga. Ambil peluang untuk bawa anak ke pantai, ke kampung atau ke pulau. Kerja pejabat kita takkan pernah habis.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Menyifatkan arwah sebagai abang yang sentiasa melindungi adik, Aishah mengimbau kenangan zaman kanak-kanak ketika membesar bersama Ashraf.
‘Abang sekarang adalah mailakat yang menjaga saya.
’Itu kata-kata dikongsi pengacara dan penyampai radio, Aishah Sinclair mengenang abangnya, Allahyarham Ashraf yang menghembuskan nafas terakhir di Jakarta, Selasa lalu.
“Ketika membesar, abang adalah suara saya. Abang menjadi pelindung dan pada masa sama memarahi saya jika keadaan menjadi tidak terkawal kerana ketika kecil saya memang nakal.
“Apabila sudah dewasa, abanglah yang saya rujuk setiap kali mahu membuat keputusan penting termasuk dalam karier mahu pun fesyen.
“Abang sentiasa ada masa untuk saya, biar sesibuk mana pun,” luahnya dalam entri penuh emosi dimuat naik di Instagram (IG), malam tadi.
Entri memaparkan foto arwah dan Aishah ketika kanak-kanak, duduk di tepi kolam renang, mengimbau nostalgia dan menunjukkan keakraban dua beradik ini.
“Kita tidak dapat menghabiskan perbualan terakhir. Saya tidak boleh peluk atau bergurau-senda lagi dengan abang.
“Namun, saya rasa sangat diberkati kerana dikurniakan abang dalam hidup ini, biarpun singkat,” katanya dalam entri kedua yang dimuat naik di IG sejak Ashraf meninggal dunia.
Aishah berharap dapat mencontohi kebijaksanaan, ilmu dan kasih-sayang dikongsi arwah, selain meneruskan legasinya dengan pemergian Ashraf ke negeri abadi.
“Abang menghadiahkan saya kakak ipar dan anak saudara yang menakjubkan. Saya akan jaga mereka sebaik mungkin seperti apa yang abang buat kepada saya,” katanya.
Aishah mengakhiri entri dengan melafazkan kata-kata berikut:
“Seluruh hidup abang adalah penjaga saya, sekarang abang adalah mailakat yang mengawasi saya.
Sumber: BH, Aishah Sinclair
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.