Norman Hakim mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-tujuh kepada isterinya Memey Suhaiza menerusi posting di Instagram beliau. Namun, respon dari Abby Abadi pada video perkahwinan mereka sangat win!
“Allah Ya Tuhanku yang menyatukan dua hati ini…Engkau tebarkanlah ke dalam hati kami perasaan kasih sayang antara satu sama lain sebagaimana Engkau satukan hati junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dengan Saidatina Khadijah R.A untuk kami saling mencintai,menyayangi & saling menghargai hingga sampai ke syurgaMu…Aamiin Ya Rabb”
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE-7 ISTERI
Terima kasih kerana sudi menjaga segala keperluan diri ini dan anak-anak,memasak & menerima suamimu ini seadanya…semoga terus setia menjadi makmumku hingga ke syurga ye cayang…I ❤️U.
Tq mama @abby_abadi112 & abah @jaiezzany belanja dinner utk celebrate anniversary kita org. Siap belikan cake lagi. Sayang u all banyak2. Semoga Allah balas segala kebaikan buat kalian.. Terima kasih juga anak8 tercinta
Mulianya hati Abby dan suami belikan mereka kek ulang tahun perkahwinan. Respon yang sangat bersahaja dari Abby Abadi mendapat pujian dari netizen. Ramai yang mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga. Patutlah keluarga ni sentiasa bahagia.
Ini respon win Abby, lihat apa yang Norman balas
Ads
Ehh..ehh suka lak baca senda gurau korang
Kagum dengan Abby dan Norman
Ads
Terus bahagia & kekal ke jannah
Sumber: Memey Suhaiza & Norman Hakim Instagram
Jangan lupa saksikan Rancangan Tv Pa&Ma, episod minggu ini Si Genius Disleksia setiap Selasa di Astro Prima & Maya HD pada pukul 12 tengah hari dan ulangannya pada pukul 9 malam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemakanan anak perlu dititikberatkan. Minda yang cerdas memerlukan pemakanan seimbang dan nutrien penting. Apa yang dilakukan ini membantu kanak-kanak mendapat sajian yang berkhasiat di sekolah.
Bagi murid sekolah, cara penyediaan makanan ini praktikal dan memudahkan. Perkongsian ibu ini tentang sistem penyediaan makanan di kantin sekolah anaknya sangat menarik.
Masa makan semasa waktu rehat juga lebih efisien di mana anak tidak perlu membawa wang saku dan masalah wang tercicir disekolah boleh dielakkan.
Tempat duduk tersedia & tidak perlu beratur membeli makanan. 20 minit waktu rehat dimanfaatkan untuk makan sahaja. Risiko kehilangan/ keciciran wang dapat dikurangkan.
Inisiatif pihak sekolah dan pengusaha kantin ini memudahkan. Anak-anak mendapat makanan berkhasiat sewaktu di sekolah setiap hari. Pilihan menu sesuai dengan keperluan kalori mengikut umur kanak-kanak.
Ibu ini turut menjelaskan yang program inisiatif Hidangan Berkhasiat di Kantin Sekolah dibayar setiap bulan oleh ibu bapa kepada pihak kantin sekolah. Sebanyak RM3 termasuk air setiap kali makan dan terbuka kepada semua. Kantin masih menjual seperti biasa.
Tertidur dan terus tak sedar sampailah kekurangan oksigen pada otak. Ini antara kebanyakan kes yang berkaitan keracunan gas monoksida sehingga sudah beberapa kali terjadi dan telah meragut nyawa.
Ini kerana gas yang tidak berwarna itu selalunya berlaku disebabkan kebocoran di bahagian enjin kereta sehingga pemandu atau penumpang mengalami sesak nafas.
Terhidu gas karbon monoksida
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nur Jalilah Leyla, dia telah berkongsi kejadian yang menimpa mereka sekeluarga sehingga nyaris maut disebabkan terhidu gas monoksida di dalam kereta.
Dalam perkongsian tersebut, ibu ini memaklumkan yang tubuh anaknya tiba-tiba sahaja lembik dan mulai tidak sedarkan diri sebelum dia mengejarkannya ke hospital.
Dalam posting itu, pada awalnya dia ingatkan anak kepenatan dan tak sangka lain sebabnya. Ketika menghantar gambar pada suami untuk beritahu sedang dalam perjalanan, suami tegur nampak pucat wajah anak ketika tidur.
Badan anak lembik dan tak sedarkan diri
Kemudian anaknya mulai terjaga dan merengek namun tidak membuka mata. Tiba-tiba sahaja tubuhnya mulai lembik dan tidak menunjukkan sebarang respon sehingga mereka panik.
Ketika memberhentikan kereta dan mendapatkan bantuan, dua orang anaknya turut tidak sedarkan diri. Mujurlah mereka mulai sedar tak lama selepas itu dalam keadaan terkejut dan menangis.
Mereka dibantu oleh satu keluarga dan meminta mereka membawa kereta ke hospital dengan segera sambil mengikutinya dari belakang.
Syak ada kebocoran gas di bahagian ekzos
Dari awal individu yang membantu mereka sekeluarga mengesyaki bahawa ada kebocoran gas kerana melihat keadaan anak-anak Jalilah tiba-tiba lemah.
Alhamdulillah tindakan pantas itu menyelamatkan nyawa mereka sekeluarga dan pihak hospital mengesahkan mengalami keracunan gas karbon monoksida serta kesemua ahli keluarga dalam pemantauan doktor.
Ibarat mimpi ngeri
Jelasnya, kejadian tersebut seperti satu mimpi negeri buat mereka dan reda dengan ujian Allah.
Mujurlah mereka menyedari dari awal apa yang berlaku dan dapat menyelamatkan nyawa masing-masing terutamanya ibu dan bapa mertuanya yang memandu kenderaan.
Di akhir perkongsian tersebut, ibu ini juga mengingatkan orang ramai supaya memeriksa dahulu kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh kerana sebarang kejadian tidak diingini boleh berlaku andai kita cuai atau lalai.
Kebocoran yang berlaku pada ekzos selepas diperiksa.
Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Mr Richard iaitu individu yang membantu mereka ketika dalam situasi panik ini sehingga semuanya mendapat rawatan di hospital.
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Tiada siapa menduga si kecil yang lahir sempurna menderita. Hanya kerana terdedah kepada najis burung dan kucing, kini otak si kecil dijangkiti kuman & bernanah.
Melilhatkan raut wajahnya yang comel, tiada siapa menyangka disebaliknya menyimpan sebuah derita. Lantaran jangkitan bakteria E-Coli Septicaemia Meningitis yang dialami dan masalah pendengaran yang amat kriktikal (jenis Sensorineural) pada kedua belah telinga, perkembangan Aaliya Aleesa, 1 tahun, tidak seperti bayi seusianya yang lain.
Mengimbas kembali detik cemas 10 bulan yang lalu, bapa tabah ini sebak. Ketika mula-mula jangkitan terjadi, Sufian Bin Amin mengatakan ia berlaku pada usia anak keduanya itu mencecah 2 bulan.
“Ketika itu kami nampak pelik. Dia tidur sepanjang hari manakala malam pula berjaga. Aaliya alami demam mengejut dan sangat tinggi suhunya 40 darjah Celcius. Ketika demam ada juga alami sawan. Oleh itu kami lekas membawanya mendapatkan rawatan,” kata Sufian.
Tidak menyangka itu adalah mimpi ngeri buat si kecil apabila disahkan jangkitan bakteria pada anggota badan; bahagian paru-paru, otak kanan dan kiri, dan lagi membimbangkan Aaliya menghidapi nanah di bahagian otak kiri. Doktor yang merawat kemudian memberitahu kuman berkenaan mungkin berpunca daripada najis burung dan kucing.
MASALAH PENDENGARAN & PERTUTURAN
Bagaikan batu besar menghempap, setelah jangkitan bakteria di otak dan masalah kesihatan yang kronik, si kecil ini disahkan pula mengalami pendengaran dan pertuturan.
“4 bulan yang lalu, Aaliya menghidapi masalah pendengaran yang amat kritikal pada kedua belah telinga. Doktor pakar mengesahkan bahawa Aailya perlu menjalani pembedahan telinga dengan kos RM80,000.00 [ tanam inplan] dan kos pembelian alat bantu pendengaran RM7,000.00 tidak termasuk kos selepas pembedahan iaitu anggaran kos ribu juga setiap bulan kerana bayi ini perlu pemantauan rapi setiap minggu dan sepanjang hayat.
AALIYA PERLU DIPANTAU SELALU
Sufian yang kurang berkemampuan menampung pembedahan anaknya ini. Dia yang dahulunya berkerja sendiri (berniaga secara kecil-kecilan) kini terpaksa menumpukan sepenuh perhatian kepada Aaliya.
“Setelah Aaliya disahkan mengidap penyakit E-Coli Septicaemia Meningitis, saya terpaksa berhenti kerja bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada penjagaan. Saya juga sering berulang-alik ke hospital. Isteri pula bekerja di sebuah pasaraya sebagai juruwang dengan pendapatan yang tidak seberapa,” luah pilu bapa ini.
Aaliya ketika awal rawatan.
KEPALA & TELINGA PERLU DIPANTAU SELALU
“Terkini Aaliya sedang mendapat rawatan cara kerja, maksudnya perkembangan dia dari segi pergerakan. Kepala yang dibedah dan telinganya juga perlu sentiasa di pantau. Untuk perkembangan Aaliya, kami sekeluarga belajar bhasa isyarat,” kata Sufian kepada Pa&Ma.
Aaliya perlu melalui rawatan di beberapa hospital yang berlainan lokasi. “Kadar tambang ke 4 lokasi tersebut adalah berlainan dan kami terpaksa menaiki ‘Grab’ memandangkan bas yang melalui di tempat tinggal kami adalah kurang. Purata untuk perjalanan pergi balik ke lokasi yang di maksudkan adalah, Hospital **********( RM90.00 ), Hospital *********** ( RM70.00 ), Hospital ******* ( RM24.00 ) dan Klinik ********* ( RM14 ),” kata Sufian.
“Setakat ini kami hanya menerima bantuan BSH sebanyak RM 1,200 & bantuan kebajikan sebanyak RM180. Keadaan kami bagai kerakap di atas batu, sukar untuk kami melunaskan bil bil tertunggak berkaitan dengan pembelanjaan rumah dan bil hospital.
Impian si ayah melihat Aaliya membesar sesempurna mungkin. Bagi membolehkan si kecil ini mendengar dan bertutur, pembedahan tanam koklea implan. Ia memerlukan sejumlah rm80ribu.
“Berdasarkan kepada perbincangan doktor pakar, untuk tahun ini anak tidak layak untuk buat pembedahan koklea impan atas faktor tertentu iaitu antaranya adalah faktor kewangan dan resiko kepada anak tersebut. Tiada jaminan doktor yang anak ini pulih sepenuhnya sekiranya dibedah. Disebabkan itu saya dan keluarga bersetuju untuk tidak membuat pembedahan.
Kepada anda yang ingin membantu bolehlah menghulurkan bantuan. Demi melihat si comel ini mendengar dan bertutur, salurkan sumbanan ikhlas anda ke akaun BSN : 1210041808895828 ( SUFIAN BIN AMIN )
Kredit: kitafund
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Alhamdulillah, Allah pinjamkan satu nyawa kecil dalam rahim isteri saya…”
Hati mana yang tak berbunga bila dapat tahu isteri hamil anak sulung? Itulah perasaan yang...