Nourul Dapat Ilham Nama Anak Waktu Mewarna Dan Lagu Isabella Bermain Di Minda Ketika Itu

Share

Suatu masa dulu, Nourul Depp dan suami menyimpan hasrat untuk memiliki seorang lagi anak. Mengikut apa yang dibincangkan bersama suami, mereka berdua sama-sama menginginkan bayi perempuan. Suaminya sentiasa positif dan mahu merancang bersama, ada rezeki dari Allah SWT maka adalah anaknya nanti. Tambah suaminya lagi, paling penting usaha.

Dalam sebuah postingnya di Instagram, Nourul berkongsi foto sebuah gambar. Ketika itu mereka sekeluarga ke Phuket dan nasib tidak baik, cuacanya asyik hujan. Jadi mereka banyak menghabiskan masa melayan anak-anak di bilik permainan yang ada. Dalam perkongsiannya, Nourul memberitahu ada aktiviti mewarna dan kertas yang dia dapat adalah gambar ini. Lantas Nourul mula mewarna tanpa berfikir apa-apa. Waktu itu tujuannya untuk melayan anak sahaja. Bila dah hampir siap mewarna, baharulah Nourul terfikir yang dia dapat kerta dengan gambar budak perempuan. Terus sahaja ibu jelita ini terfikir rancangan mereka untuk mendapatkan bayi perempuan.

Dia turut menambah, sebaik selesai terus ditulisnya nama Isabella pada kertas itu. Katanya nama itu terbit dalam mindanya kerana lagu Isabella nyanyian kumpulan lagenda, Search asyik bermain di fikirannya. Dia tunjukkan pada suaminya dan diminta untuk menyimpan kertas itu. Mana tahu itu imaginasi yang dapat membantu mereka mencapai hasrat. Dua bulan selepas percutian itu, masih tak ada rezeki. Nourul tidak berharap lagi dan memutuskan tidak mengapa jika tiada.

Walaupun begitu, Nourul amalkan pemakanan yang dapat membantu untuk mendapatkan bayi perempuan. Dia juga merujuk kalendar cina untuk melihat waku sesuai untuk hamil. Dalam perkongsiannya itu, Nourul mengatakan setiap apa yang dikehendaki harus seiring dengan perancangan, udasa dan doa. Tidak salah untuk berimaginasi dan lihat sumber inspirasi untuk mencapai impian. Setiap hari dilihat, law of atrraction!

Nourul juga mengatakan dia tidak percayakan gambar ini, ia satu kebetulan. usaha berterusan dan doa tanpa henti itu yang membuatkannya hamil lagi.

Benarlah kata Nourul, bukan kita nak percayakan gambar itu ada kuasa ajaib. Sebenarnya itu semua berkat usaha dan doa mereka sekeluarga. Rezeki dari Allah SWT yang tidak ternilai buat keluarga penyanyi ini. Pa&Ma doakan Norul dan bayi sihat sahaja dan semoga urusan bersalin akan dipermudahkan.

Sumber: Nourul Depp

IKLAN