Kreativiti ibu dalam menyediakan menu untuk anak sebenarnya boleh menarik si kecil untuk makan. Walaupun ringkas jika kena pada seleranya, pasti anak suka.
Jika hari-hari anak makan nasi pun mungkin bosan, tapi ibu boleh cuba tukarkan sikit menu anak dengan membuat nuget dengan menggunakan bahan asas seperti kentang dan lobak merah.
Perkongsian resipi dari Puan Nuruljannah Othman membuat nuget untuk anaknya yang dah mula bosan makan bubur atau nasi lembik mungkin boleh memberi idea pada ibu-ibu lain juga.
Pertama kali try buat nuget untuk anak. Lately anak tak nak makan bubur/nasi lembik.
Ads
Harapnya anak makan laa…Lepas ni nak buat pasta pula.
Ads
Bahan-bahannya seperti kentang, carrot, ayam yang dah direbus/stim dilenyek/blender. Letak juga bawang merah dan putih. Daun sup nak letak pun ok tapi ketika ni bahan tak ada.. Apa yang ada je.
Bentukkan ikut suka kita.
Ads
Gulingkan dengan telur, kemudian serbuk roti. Tapi saya pakai biskut yang ditumbuk atas suggest my mil. Sebab serbuk roti tak de.
Sudah ramai ibu yang semakin peka tentang khasiat susu kambing untuk anak. Selain kaya dengan pelbagai nutrisi, susu kambing juga mempunyai kelebihan tersendiri berbanding susu lembu. Ramai ibu bapa memilih susu kambing sebagai salah satu sumber nutrisi harian kerana kandungan vitamin, mineral dan protein yang menyokong tumbesaran si kecil.
Selain mempunyai kandungan kalsium yang tinggi, pengambilan susu kambing secara berterusan juga mampu membantu mencegah pereputan tulang atau osteoporosis pada masa hadapan. Ia turut membekalkan protein serta asid amino penting yang diperlukan tubuh untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu.
Berikut ialah beberapa khasiat susu kambing untuk anak yang wajar diketahui oleh setiap ibu bapa.
Susu kambing mempunyai jumlah kalsium yang tinggi. Secawan susu kambing membekalkan kira-kira 220mg kalsium. Selain itu, susu kambing juga kaya dengan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh.
Gabungan kedua-dua nutrien ini membantu menguatkan tulang dan gigi, sekali gus menyokong proses tumbesaran kanak-kanak yang sedang aktif membesar.
Salah satu khasiat susu kambing untuk anak ialah membantu membina sistem imun yang lebih baik. Susu kambing kaya dengan nutrien seperti nukleotida, asid sialik serta vitamin C dan vitamin E.
Nutrien ini membantu tubuh melawan jangkitan dan menyokong perkembangan sistem pertahanan badan supaya anak kekal aktif dan sihat sepanjang proses pembesaran.
Susu kambing mengandungi pelbagai nutrisi semula jadi yang tidak memerlukan banyak proses untuk dikekalkan. Ini menjadikan kandungan vitaminnya lebih terpelihara berbanding sesetengah produk yang melalui pemprosesan yang tinggi.
Nutrisi semula jadi ini turut membantu tubuh menyerap zat dengan lebih berkesan dan memberi manfaat kepada perkembangan keseluruhan kanak-kanak.
Kehadiran globul lemak yang lebih kecil dalam susu kambing menyebabkan ia lebih mudah dihadam berbanding susu lembu.
Selain itu, kandungan asid lemak dalam susu kambing juga lebih rendah. Protein yang terdapat di dalamnya lebih mudah dileraikan oleh sistem penghadaman, sekali gus membantu mengurangkan risiko sembelit dan ketidakselesaan perut bagi sesetengah kanak-kanak.
Kajian menunjukkan susu kambing mengandungi lipid MFGM semula jadi. Selain itu, ia turut membekalkan DHA, AA dan taurina yang menyokong perkembangan otak kanak-kanak.
Nutrien ini memainkan peranan penting dalam perkembangan fungsi kognitif, daya ingatan dan pembelajaran terutama pada tahun-tahun awal kehidupan.
Protein merupakan nutrien penting dalam proses pembinaan otot, tisu dan organ badan. Susu kambing membekalkan protein berkualiti tinggi yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar.
Pengambilan protein yang mencukupi membantu memastikan pertumbuhan fizikal berlaku secara optimum bersama pemakanan seimbang.
Gabungan pelbagai vitamin, mineral, protein dan lemak sihat menjadikan susu kambing antara pilihan yang baik sebagai sebahagian daripada diet seimbang.
Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memastikan pengambilan susu kambing disertakan dengan pemakanan yang pelbagai, pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan sumber protein lain bagi memenuhi keperluan nutrisi harian anak.
Khasiat susu kambing untuk anak merangkumi pelbagai manfaat seperti membantu menguatkan tulang, menyokong sistem imun, mudah dihadam serta membantu perkembangan otak.
Walaupun susu kambing mempunyai banyak kelebihan, ia bukanlah pengganti kepada pemakanan seimbang. Ibu bapa disarankan mendapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan sekiranya anak mempunyai alahan susu atau keperluan pemakanan tertentu sebelum menjadikan susu kambing sebagai sebahagian daripada diet harian mereka.
Kuih apam sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Menjadi pilihan ramai tanpa mengira peringkat usia, kuih apam antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi menu jualan di gerai-gerai dan juga restoran.
Kuih apam mempunyai rasa yang sedikit manis, lembut, gebu dan pasti akan memuaskan selera pencinta makanan manis. Resipi perkongsian dari Opah Mas Cotek ini antara yang mudah nak dicuba. Sesuai sangat untuk minum petang atau sarapan.
RESIPI KUIH APAM
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur A
100gm gula pasir
125gm tepung gandum
100ml susu segar
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna yang disukai secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali pewarna) di dalam mangkuk adunan.
2. Pukul guna kelajuan tinggi anggaran 10 minit sehingga adunan menjadi kembang dan gebu.
3. Ambil sedikit adunan dan warnakan ikut warna kegemaran. Ketepikan.
4. Ambil acuan apam. Jika tiada, guna acuan lompang pun boleh. Susun cawan kertas di dalamnya.
5. Sudukan @ picit adunan asal (adunan yang tidak diwarnakan) hingga memenuhi 1/2 cawan kertas.
6. Kemudian sudukan @ picit pula adunan berwarna. Isi hingga penuh acuan.( lebih mudah jika guna piping bag).
7. Panaskan kukusan. Kukus Apam Mekar guna api besar selama 15 minit.
8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
NOTA: Lapik penutup kukusan menggunakan aluminium foil @ kain supaya air tidak menitis di atas apam. Untuk 1 adunan ini, akan dapat 15 biji apam (mungkin berbeza ikut saiz acuan)
Ikan kerisi bakar bagus untuk para ibu berpantang. Resipi yang mudah untuk dibuat, sedap dan memberi khasiat kepada tubuh badan ibu ketika berpantang. Para suami juga boleh tolong sediakan hidangan untuk isteri. Makin bertambah sayang isteri kepada suami.
Ikan kerisi membantu menyembuhkan luka jahitan bersalin terutamanya Caesarean Section (czer). Kandungan protein yang bermanfaat dalam mengganti sel tubuh yang rosak dan sebagai zat pembangun. Bahagian kulit yang rosak disebabkan oleh luka dapat disembuhkan dengan cepat melalui kandungan protein yang diambil.
Vitamin K yang ada dalam ikan kerisi membantu juga melancarkan pembekuan darah normal dan mencegah pendarahan. Bersifat larut dalam lemak sehingga tubuh boleh menyimpan vitamin tersebut dalam organ hati.
Jom lihat resepi ikan kerisi bakar yang dikongsikan di Facebook.
Resepi ini dikongsi oleh Aizah Zarirah di Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.
RESIPI IKAN KERISI BAKAR
IKAN KERISI BAKAR Hari ni, saja nak bagi idea lauk orang berpantang yang mudah dan sedap. Langsung tak guna minyak.
Bahan- bahan: – 2 ekor ikan kerisi sederhana besar – 2 ulas bawang putih – ½ labu bawang besar (nak tukar bawang kecil pun takpe…) – 1 batang cili merah – 2 cm halia – 1 batang serai – Sedikit serbuk kunyit – atau 2 cm kunyit hidup – Garam dan sedikit gula – ½ biji limau kasturi – Aluminium foil atau daun pisang
Cara- cara: 1. Bersihkan ikan dan belah tengah. 2. Tumbuk kasar bawang, halia,cili, dan serai. 3. Gaul ke semua bahan tumbuk, garam, gula dan serbuk kunyit dengan ikan. Perahkan limau. 4. Balut dengan aluminium foil dan letak griller atau dalam oven. Bakar hingga masak dalam 20- 30 minit.
Mudahkan resepi yang dikongsi. Boleh cuba buat di rumah. Sangat sedap dan berkhasiat, lebih- lebih lagi tanpa minyak. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.