Semua orang sayang anak. Tiada orang yang tidak sayang anak. Ada anak yang patuh, ada anak yang agak degil. Namun itu tidak mengurangkan rasa sayang kita pada anak.
Bukan sekali melihat seorang kanak-kanak yang datang secara emergency ke klinik untuk mendapat rawatan nebulizer akibat serangan asthma. Bila ditanya, “anak saya mandi dalam kolam renang lebih 3 jam”.
Bila ayah kanak-kanak yang hadir sama bertanya, “Dah tahu anak ada asthma, kenapa biarkan berendam lama sangat?” Ayatnya lebih kurang macam itu.
“Budak tu dah nak sangat mandi. Saya biarkan jerlah”
Saya hanya mendengar saja. Biarlah suami isteri berbincang dan bergaduh. Kita orang luar ‘buat tak tahu saja’. Kita pun bukan berada di tempat kejadian untuk menentukan siapa benar dan siapa salah. Kita pun tak tahu apa yang sedang bermain di fikiran ibu kanak-kanak itu pada ketika itu.
Tapi apa yang hendak saya beritahu lebih dari itu. Kita kasihkan dan sayang pada anak. Tapi perbuatan kita tidak menggambarkannya.
Saya kesian melihat kanak-kanak yang kekurangan berat badan. Bila ditanya, ibu menjawab “Anak saya tiada selera makan”
Ads
Saya ingin bertanya begini. Masakan puan tak sedap ke? Tapi tak sampai hati. Takut terlalu tajam. Nanti ada yang terluka. Tapi niat saya mahu tahu mengapa kanak-kanak ini tidak mahu makan masakan ibunya sehingga berat badannya tidak mencapai berat yang sepatutnya.
Umur sudah menjejah 14 bulan, tapi berat badan masih 8kg. Banyak jurang yang perlu diperhatikan dan diisikan.
“Anak saya suka makan jajan, aiskrim. Tak mahu makan nasi” Akhirnya si ibu memberitahu.
Makanan yang tidak berkhasiat memang membunuh selera anak. Apatah lagi jika diberikan pada waktu menghampiri waktu makan. Mereka rasa kenyang dan puas akibat rasa manis dan MSG pada makanan yang baru mereka makan.Jadi apabila si ibu menghulurkan nasi dan lauk, memang anak tak berselera.
Ads
Nanti selepas 3-4 jam, anak lapar semula. Pada masa itu, bukan masa makan. Si ibu mungkin menghulurkan pula biskut dan roti. Bila tiba masa makan, anak-anak itu masih kenyang. Tak mahu makan nasi dan lauk yang dihidangkan.
Begitulah kitaran yang berlaku.
Agaknya apa yang berlaku, jika kita biarkan? Seperti mana anak yang dibiarkan berenang dalam kolam renang melebihi 3 jam tadi, mendapat serangan asthma, anak yang dibiarkan mengambil jajan menggantikan makanan yang sebenar (real food) akan mengalami masalah kekurangan nutrisi. Mudah sakit. Perkembangan otak terjejas.
Ads
Jika kita sayangkan anak, jangan biarkan. Bertegas sikit. Kalau dia lapar, jangan segera hulurkan roti, biskiu, aiskrim dan jajan. Teruskan berikan nasi dan lauk yang bersesuaian.
Jangan biasakan anak dengan perasa MSG dan manis. Insya Allah anak kita tidak ketagihan jajan, dan makanan ringan.
Saya juga mencadangkan anak-anak ini diberikan minyak sihat terutamanya minyak zaitun. Bergantung pada usia, berikan pada kadar yang bersesuaian. Minyak dan lemak adalah sebahagian dari makronutrien yang diperlukan oleh tubuh. Cari minyak sihat (healthy fat and oil).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bubur nasi sebenarnya boleh siap dimasak hanya dalam hanya 7 minit sahaja. Cara memasak ini sesuai untuk mama yang sibuk. Apabila bayi sudah menjangkau usia 6 bulan jadual rutin mama pun berubah. Penyediaan bubur untuk bayi menjadi keutamaan.
Jadi menu utama sebelum anak boleh makan makanan orang dewasa mestilah dengan menyediakan bubur nasi. Kalau ibu yang bergelar suri rumah bolehlah masak bubur bila hampir waktu makan anak tapi bagi ibu bekerjaya, penyediaan kenalah awal pagi untuk dihantar ke rumah pengasuh atau taska.
Kalau terlajak sikit bangun pagi, alamatnya tak sempatlah nak masak bubur nasi untuk anak. Nak tak nak terpaksalah bekalkan anak dengan bijirin segera walaupun niat awalnya nak anak rasa air tangan mama.
Idea bernas yang dikongsikan ini sangat membantu mama-mama yang ada anak kecil dalam penyediaan bubur nasi dengan cepat. Hanya memerlukan masa 7 minit bubur anak sudah boleh siap.
Cara penyediaan bubur nasi 7 minit:
Langkah 1
Basuh beras hingga bersih dan tak perlu tos.
Langkah 2
Masukkan beras dalam bekas dan letak sedikit air di dalamnya. Frozen atau letakkan bekas berisi beras ini dalam bahagian sejuk beku (contoh kuantiti dua cawan beras iaitu stok bubur nasi bayi untuk 5-6 hari).
Langkah 3
Bila nak masak bubur, keluarkan dari peti ais dan terus masukkan dalam periuk. Tambah air, biarkan saja beras yang beku di dalam periuk. Kalau nak tambah ayam dan sayur, letak masa ini kerana beras yang disejukkan tadi akan mengembang terlalu cepat.
Langkah 4
Minit pertama gunakan api sederhana. Jangan tinggalkan bubur untuk buat kerja lain kalau tak mahu bubur hangit.
Langkah 5
Minit ke-7, beras sudah kembang dan menjadi bubur. Kalau kuantiti tak banyak, penyediaan bubur akan mengambil masa kurang dari 15 minit.
Langkah 6
Inilah rupa bubur yang sudah siap dan disejukkan, kembang elok, pekat dan halus. Selamat mencuba.
Sumber: FB Nor Sakinah Md Zainal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak dah mula makan mama orang yang paling teruja kan? Tapi sebelum sediakan makanan untuk si manja mama yang comel, mama wajib ambil tahu beberapa informasi berkenaan cara penyediaan makanan bayi.
Jom baca artikel penuh!
Petua Menyediakan Makanan Bayi
Gunakan ramuan segar dan elakkan penggunaan bahan makanan dalam tin kerana kandungan garam yang tinggi.
Jangan tambah garam, gula, kicap ke dalam makanan bayi, terutama jika umur di bawah 2 tahun.
Elakkan pemberian putih telur terlalu awal untuk mengelakkan alahan.
Makanan boleh dicampurkan dengan susu ibu agar bayi lebih bersedia menerima makanan baru dan menjadikan makanannya lebih berkhasiat.
Elakkan menggoreng makanan untuk bayi dalam minyak yang banyak.
Kukus sayur untuk mengekalkan kandungan nutriennya. Sayuran yang dikukus kemudian boleh dijadikan puri dan masukkan ke dalam bubur.
Buah-buahan lembut boleh dilenyek dengan menggunakan garpu manakala yang lebih keras boleh dikukus dahulu, kemudian dilenyek atau dijadikan puri.
Anda boleh masak sayuran dan buah-buahan berkulit lembut dengan kulitnya sekali untuk mengekalkan nutrien.
Daging, ikan atau ayam hendaklah dimasak dengan betul. Cara untuk memasak makanan ini dengan mengekalkan kandungan nutriennya ialah dengan mengukus, mereneh atau merebus.
Makanan lembut lebih memudahkan bayi menerima dan menghadamkannya.
Mulakan dengan makanan yang mempunyai tekstur halus, licin dan lembut (seperti makanan yang dijadikan puri, dilenyek).
Elakkan pemberian makanan yang boleh menyebabkan bayi tercekik, seperti bijian, anggur dan sayuran mentah.
Elakkan menambah terlalu banyak air ke dalam makanan sebaliknya ibu boleh menambah susu ibu, stok ayam, ikan bilis, sayuran atau sedikit minyak sayuran untuk mencapai kepekatan yang diingini.
Sediakan lebih daripada yang diperlukan dan sejuk bekukan bahagian lebihan dalam dulang kiub ais atau bekas kecil. Dengan cara ini, anda tidak perlu masak pada setiap hari. Makanan yang dibekukan tahan sehingga 3 bulan.
Makanan hendaklah dicair-beku di bahagian bawah peti sejuk semalaman, bukan di dalam singki atau dengan merendamnya dalam air.
Sediakan ramuan seperti air rebusan lebih awal dan sejuk bekukan. Ia menyenangkan kerja bila anda kesuntukan masa.
Sentiasa jaga kebersihan dan amalkan cara yang betul apabila mengendalikan dan menyediakan makanan.
Sentiasa gunakan peralatan yang bersih apabila memberi bayi makan.
Gunakan peralatan memasak yang dikhaskan untuk memasak makanan bayi sahaja, jangan guna mesin pengisar cili untuk mengisar makanan bayi.
Sebaik sahaja makanan dicair beku, jangan sejuk bekukan sekali lagi untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria. Tindakan ini juga akan menjejaskan tekstur, kesegaran dan juga kandungan nutrien makanan.
Selamat menyediakan juadah dengan penuh kasih sayang buat si manja!
Kredit: #infobabyrmb
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu ayah tahu tak pisang boleh buat sembelit, pisang juga boleh bantu rawat sembelit. Pilih pisang yang betul-betul ranum untuk elakkan risiko anak sembelit.
Pisang yang belum sepenuhnya ranum, tinggi dengan kandungan kanji susah hadam. Atau nama lain resistant starch.
Elakkan yang macam ni kalau anak asyik sembelit bila makan pisang.
Resistant starch ni yang buat anak susah nak membuang bila makan pisang. Pilih pisang warna kuning yang dah ranum, elakkan yang masih kuning kehijauan.
Anak mungkin akan sembelit sebab kanji dalam pisang kuning kehijauan susah untuk dihadam. Usus anak tak dapat jalankan fungsi dengan baik. Maka akan susah nak membuang.
Pisang macam ni mungkin boleh rawat sembelit.
Pisang ranum tinggi kandungan antioksida dan fiber mudah larut. Ini akan bantu anak lagi mudah nak membuang.
Sebab tu ada baby makan pisang, sembelit teruk sangat, tapi ada baby yang makan, laju je membuang.
Kena tengok balik pisang apa yang ibu bagi. Sebaiknya cari yang betul-betul ranum, untuk elakkan masalah macam ni.
Blend campur santan bagi anak minum. Mudah nak membuang nanti. Tinggi antioksida tau pisang macam ni.
Pun begitu, kena kenal jugak perut anak, sesuai atau tidak dengan pisang. Kalau makan pisang ranum pun masih jadi sembelit, elakkan dulu dari anak. Penting untuk anak membuang setiap hari supaya toksin tak kekal dalam badan anak.
Cari buah lain yang sesuai. Yang mana bila anak makan, mudah juga untuk dia keluarkan.
Pisang ranum atau belum ranum, yang pastinya dua-dua pun ada kebaikan masing-masing.
Tahap keranuman pisang.
Ranum elakkan sembelit. Belum ranum bantu kurangkan cirit-birit.
Indahkan real food sebenarnya. Selain anak dapat kenyang, proses penyembuhan pun boleh berlaku kalau kena caranya.
Kita sama-sama banyakkan real food dan kurangkan makanan proses dari anak-anak ya.
Kredit: Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Selepas bersalin secara pembedahan caesarean (czer), penjagaan luka adalah sangat penting. Ramai ibu yang sudah melalui pengalaman ini tahu betapa sukarnya menjaga luka agar cepat sembuh.