Nuget Kentang Ayam, Menu Sihat Dan Mengenyangkan Anak. Boleh Jadi Pengganti Nasi

Share

Kreativiti ibu dalam menyediakan menu untuk anak sebenarnya boleh menarik si kecil untuk makan. Walaupun ringkas jika kena pada seleranya, pasti anak suka.

Jika hari-hari anak makan nasi pun mungkin bosan, tapi ibu boleh cuba tukarkan sikit menu anak dengan membuat nuget dengan menggunakan bahan asas seperti kentang dan lobak merah.

Perkongsian resipi dari Puan Nuruljannah Othman membuat nuget untuk anaknya yang dah mula bosan makan bubur atau nasi lembik mungkin boleh memberi idea pada ibu-ibu lain juga.

Pertama kali try buat nuget untuk anak. Lately anak tak nak makan bubur/nasi lembik.

Harapnya anak makan laa…Lepas ni nak buat pasta pula.

  1. Bahan-bahannya seperti kentang, carrot, ayam yang dah direbus/stim dilenyek/blender. Letak juga bawang merah dan putih. Daun sup nak letak pun ok tapi ketika ni bahan tak ada.. Apa yang ada je.

  1. Bentukkan ikut suka kita.

  1. Gulingkan dengan telur, kemudian serbuk roti. Tapi saya pakai biskut yang ditumbuk atas suggest my mil. Sebab serbuk roti tak de.

  1. Siap goreng dan separuh di frozenkan.

Sumber: Cahya Jannah

IKLAN