Nugget Ayam Sayur Homemade, Cukup Khasiat Untuk Baby. Resipi Simple & Superb Sedap!

Share

Nak suruh anak-anak makan sayur ada juga cabaranya. Mama kena lebih kreatif dalam menyediakan hidangan buat si kecil. Jom cuba nugget ayam sayur resipi mudah dan simple ini.

NUGGET AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan:

Versi Dewasa:
2 cawan isi ayam
2 biji telur gred A
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sk serbuk lada hitam
garam dan serbuk perasa secukupnya
2 sb tepung ubi
2 sb tepung bestari

Versi Baby:
2 cawan isi ayam
2 biji telur gred A
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sk serbuk lada hitam
2 sb serbuk ayam fawwaz ( AN_babyfood )
1 sk serbuk bilis fawwaz ( AN_babyfood )
1 sk serbuk sayur fawwaz ( AN_babyfood )
3 sb tepung ubi

Bahan Lain:
Telur
Serbuk roti
Bubur kasar fawwaz dikisar ( AN_babyfood )
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

  • Satukan ke semua bahan-bahan dan kisar sebati.
  • Boleh tambah dan kurangkan bahan bahan tersebut mengikut citarasa masing masing.
  • Kemudian tuangkan ke dalam loyang/acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak.
  • Panaskan kukusan sehingga mendidih.
  • Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
  • Biarkan sejuk sebelum dipotong / dikeluarkan daripada acuan.
  • Sementara itu sediakan bahan untuk salutan nugget, pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau rata.
  • Dalam mangkuk yang lain, letakkan pula serbuk roti.
  • Untuk versi baby, serbuk roti berwarna oren tu tak sesuai sebab ada pewarna .
  • Mama gantikan dengan serbuk kasar fawwaz.
  • Setelah nugget tadi sejuk, celupkan ke dalam telur dan golekkan pula ke dalam serbuk roti .
  • Ulang proses sehingga selesai.
  • Panaskan minyak.
  • Gorengkan nugget sehingga keperangan.
  • Angkat dan toskan.
  • Siap, sedia dihidang !

Kredit: Farisha Sofea

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

IKLAN