Ads

Oktovia Manrose Selamat Timang Anak Lelaki, Titip Penghargaan Buat Suami

Kelahiran cahaya mata merupakan antara anugerah terindah buat pasangan suami isteri. Begitu juga buat pelakon Oktovia Manrose yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata lelaki.

Biarpun perjalanan sepanjang kehamilan hingga ke bilik bersalin bukanlah sesuatu yang mudah, segala kesakitan dan kepenatan seakan terubat sebaik sahaja dapat menatap wajah si kecil.

Namun, di sebalik kekuatan seorang wanita dalam mengharungi detik kehamilan dan kelahiran, hadir insan-insan tersayang yang sentiasa memberikan sokongan, semangat serta kasih sayang tanpa berbelah bahagi.

Tahniah diucapkan buat pelakon Oktovia Manrose yang telah selamat menimang cahaya mata lelaki pada 23 November 2026.

Kehadiran si kecil itu sekali gus melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangganya, menjadikan bayi tersebut cahaya mata ketiga hasil perkahwinan keduanya.

Oktovia Manrose Syukur Dikurniakan Seorang Lagi Cahaya Mata

Oktovia Manrose Selamat Timang Anak Lelaki, Titip Penghargaan Buat Suami

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Oktovia meluahkan rasa syukur atas kelahiran putera kesayangannya.

Dalam perkongsian sama, Oktovia turut memuat naik foto momen indah bersama suami dan anak-anak ketika berada di hospital.

“MasyaAllah Tabarakallah. Alhamdulillah. 23 November 2026. Our new prince are born. Im so grateful.”

Cukup indah melihat momen sebuah keluarga menyambut kehadiran ahli baharu yang pastinya bakal menambahkan lagi seri dan keceriaan dalam rumah tangga mereka.

Ads

Di Sebalik Ibu Yang Kuat, Ada Insan Yang Sentiasa Memberi Sokongan

Apa yang turut menyentuh hati adalah apabila Oktovia Manrose menitipkan penghargaan buat suami dan iparnya yang menjadi antara insan penting dalam memberikan sokongan sepanjang perjalanan tersebut.

“But behind every strong expecting mama is an even stronger support system. Hanya Allah yang dapat membalas segalanya. My sister in law and my lovely husband.”

“Nothing is more important than having a right person in the corner while carrying the love of your life. Really appreciate it. Lots of love.”

Perkongsian tersebut cukup bermakna dan menjadi peringatan bahawa seorang ibu juga memerlukan tempat untuk bersandar, biarpun dirinya kelihatan kuat dalam mengharungi pelbagai cabaran.

Adakalanya, seorang ibu tidak mengharapkan apa-apa yang besar daripada insan di sekelilingnya. Cukuplah dengan kehadiran mereka yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan memahami apa yang sedang dilaluinya.

Terdahulu, Oktovia Manrose mendirikan rumah tangga bersama bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Md Isa pada 21 Disember 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan pada 6 Disember 2022, disusuli kelahiran seorang lagi cahaya mata pada 4 Julai 2024.

Oktovia juga mempunyai seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain, hasil perkahwinan pertamanya.

Ads

Kini, kebahagiaan keluarga mereka semakin bertambah dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata lelaki yang selamat dilahirkan pada 23 November 2026.

Semoga kehadiran permata hati terbaharu ini terus menyerikan rumah tangga pasangan tersebut serta menjadi anak yang soleh, membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk mata serta penawar hati buat kedua-dua ibu bapanya.

Isteri Tak Minta Banyak, Cukup Suami Sentiasa Ada

Oktovia Manrose Selamat Timang Anak Lelaki, Titip Penghargaan Buat Suami

Hakikatnya, perjalanan seorang wanita ketika hamil, melahirkan dan menjalani tempoh berpantang bukan sahaja mencabar dari segi fizikal, malah turut melibatkan perubahan emosi.

Ada waktunya ibu berasa penat, bimbang, takut dan memerlukan seseorang untuk mendengar segala luahan hatinya.

Ads

Ketika inilah kehadiran seorang suami memainkan peranan yang cukup besar. Mungkin bagi suami, menggenggam tangan isteri, menemani ketika diperlukan, membantu menguruskan anak-anak atau sekadar bertanya keadaan isteri merupakan perkara kecil.

Melihat penghargaan yang dititipkan oleh Oktovia Manrose, jelaslah betapa berharganya sokongan insan tersayang buat seorang wanita dalam mengharungi perjalanan bergelar ibu.

Bukan sekadar ketika berada di bilik bersalin, malah sokongan itu juga penting sepanjang tempoh berpantang dan dalam membesarkan anak-anak.

Indahnya apabila setiap suka dan duka dalam rumah tangga dapat dikongsi bersama insan yang kita sayangi.

Apa pun, tahniah sekali lagi buat Oktovia Manrose dan suami atas kelahiran cahaya mata lelaki. Semoga si kecil membesar dengan sihat, menjadi anak soleh, penyejuk mata dan penawar hati buat kedua-dua ibu bapanya. Selamat menjalani tempoh berpantang, mommy!

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WSPO (@oktoviamanrose)

Sumber: Instagram oktoviamanrose

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Susah Naik Berat Badan? Ini 5 Kumpulan Makanan Berkhasiat Yang Ibu Ayah Boleh Berikan!

Anak Susah Naik Berat Badan? Ini 5 Kumpulan Makanan Berkhasiat Yang...

Anak susah naik berat badan? Ketahui 5 kumpulan makanan berkhasiat dan tip menambah kalori dalam hidangan untuk membantu tumbesaran si kecil.