Ads

Anak Susah Naik Berat Badan? Ini 5 Kumpulan Makanan Berkhasiat Yang Ibu Ayah Boleh Berikan!

Anak Susah Naik Berat Badan? Ini 5 Kumpulan Makanan Berkhasiat Yang Ibu Ayah Boleh Berikan!

Seronoknya hati seorang ibu apabila melihat anak makan dengan penuh berselera. Lebih-lebih lagi apabila si kecil yang sebelum ini susah makan sudah mula menunjukkan minat terhadap pelbagai jenis makanan.

Namun, antara perkara yang sering membuatkan ibu ayah risau adalah apabila anak susah naik berat badan walaupun sudah mencuba pelbagai jenis makanan.

Ada yang sanggup membeli pelbagai jenis susu, menyediakan makanan kegemaran anak, malah ada juga yang memberikan minuman manis semata-mata mahu melihat angka pada penimbang bertambah.

Hakikatnya, dalam usaha menaikkan berat badan anak, bukan sekadar kuantiti makanan yang perlu dititikberatkan, malah kualiti dan kandungan nutrisi juga memainkan peranan penting.

Anak Susah Naik Berat Badan? Ini 5 Kumpulan Makanan Berkhasiat Yang Ibu Ayah Boleh Berikan!

Jangan Asal Berat Anak Naik, Nutrisi Pun Kena Jaga!

Menerusi perkongsian Dr Mazliana Mazlan, ibu ayah disarankan untuk mengutamakan makanan berkualiti dalam usaha membantu meningkatkan berat badan anak.

Kaedah ini mungkin mengambil masa dan memerlukan ibu ayah lebih kreatif dalam menyediakan hidangan harian. Namun, membentuk tabiat pemakanan yang sihat sejak kecil amat bermanfaat untuk jangka masa panjang.

Antara manfaat membiasakan anak dengan makanan berkhasiat termasuklah:

  • Anak lebih terbuka untuk mencuba makanan baharu.
  • Membantu mengurangkan tabiat memilih makanan atau picky eater.
  • Mengurangkan kebergantungan terhadap makanan dan minuman manis.
  • Membentuk tabiat pemakanan yang lebih seimbang.
  • Membantu memenuhi keperluan nutrisi untuk tumbesaran anak.

Ibu ayah juga perlu lebih teliti dalam membaca senarai ramuan dan fakta nutrisi sebelum membeli makanan atau minuman buat si kecil.

Apabila anak susah naik berat badan, pemilihan makanan yang padat tenaga dan nutrisi boleh membantu memenuhi keperluan pemakanan hariannya.

Bukan sekadar mahu melihat anak semakin berisi, tetapi kita mahu pertambahan berat badannya disokong oleh nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Anak Susah Naik Berat Badan? Ini 5 Kumpulan Makanan Yang Boleh Diberikan

1. Protein

Protein penting untuk menyokong pertumbuhan otot, pembentukan tisu dan perkembangan tubuh anak.

Ads

Antara pilihan makanan yang boleh diberikan ialah:

  • Daging lembu, ayam dan kambing
  • Ikan sardin segar dan ikan kembung
  • Telur
  • Nuget, bebola daging dan burger buatan sendiri
  • Kacang badam, gajus dan walnut yang dikisar halus
  • Tauhu dan tempe

2. Sumber Lemak

Lemak membekalkan tenaga serta membantu penyerapan vitamin tertentu yang diperlukan oleh tubuh anak.

Antara sumber lemak yang boleh dimasukkan ke dalam hidangan ialah:

  • Minyak zaitun
  • Avokado
  • Mentega kacang tanpa gula tambahan
  • Minyak kelapa
  • Mentega asli
  • Minyak sapi
  • Santan

Utamakan sumber lemak tidak tepu seperti minyak zaitun dan avokado, manakala sumber lemak tepu seperti mentega dan santan boleh digunakan secara sederhana.

Anak Susah Naik Berat Badan? Ini 5 Kumpulan Makanan Berkhasiat Yang Ibu Ayah Boleh Berikan!

3. Karbohidrat

Karbohidrat merupakan sumber tenaga penting untuk membantu anak kekal aktif sepanjang hari.

Ibu ayah boleh mempelbagaikan hidangan dengan menyediakan nasi, bihun, mi laksa, oat, pasta, roti, kentang dan ubi keledek.

Gabungkan sumber karbohidrat dengan protein serta lemak bagi menghasilkan hidangan yang lebih lengkap dan padat nutrisi.

4. Produk Tenusu

Produk tenusu membekalkan protein, tenaga dan kalsium yang penting untuk perkembangan tulang serta gigi anak.

Ads

Antara pilihan yang sesuai termasuklah:

  • Susu lembu penuh krim dipasteur
  • Susu kambing dipasteur
  • Yogurt asli tanpa gula tambahan
  • Keju

Bagaimanapun, susu lembu atau kambing sebagai minuman utama hanya sesuai diperkenalkan selepas anak berusia 12 bulan. Bagi bayi bawah setahun, susu ibu atau susu formula bayi yang sesuai masih menjadi sumber susu utama.

5. Buah-buahan Dan Sayur-sayuran

Jangan lupa memasukkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu harian anak. Selain membekalkan vitamin dan mineral, sesetengah buah juga mempunyai kandungan tenaga yang lebih tinggi.

Antara pilihan yang boleh diberikan ialah pisang, avokado, kurma, buah tin, ubi keledek, kentang dan isi kelapa.

Pastikan tekstur dan saiz makanan bersesuaian dengan usia serta kebolehan anak mengunyah bagi mengelakkan risiko tercekik.

Tip Ekstra Pa&Ma: Cara Tambah Kalori Dalam Hidangan Anak

Bagi ibu ayah yang berdepan masalah anak susah naik berat badan, cuba pelbagaikan cara penyediaan makanan mengikut selera si kecil.

Antara cara mudah yang boleh ibu cuba adalah dengan menambahkan sedikit minyak zaitun ke dalam bubur, mencampurkan keju ke dalam telur hancur, menyediakan yogurt bersama pisang atau menyapu mentega kacang secara nipis pada roti.

Ads

Sediakan juga tiga hidangan utama berserta dua hingga tiga snek berkhasiat mengikut kesesuaian usia dan selera anak.

Elakkan memaksa anak menghabiskan makanan kerana ia boleh menyebabkan pengalaman waktu makan menjadi kurang menyeronokkan.

Anak Tak Perlu Berisi Untuk Dianggap Sihat

Setiap anak mempunyai kadar tumbesaran yang berbeza. Jangan terlalu membandingkan berat badan si kecil dengan anak orang lain walaupun seusia.

Apa yang lebih penting adalah perkembangan berat dan ketinggian anak mengikut carta pertumbuhan, kecergasan serta tahap kesihatannya secara keseluruhan.

Jika anak susah naik berat badan, ibu ayah boleh memantau perkembangan tumbesarannya secara berkala dengan bantuan petugas kesihatan.

Sekiranya berat badan anak tidak meningkat, semakin menurun atau anak kerap mengalami masalah kurang selera makan, dapatkan pemeriksaan doktor atau pakar dietetik.

Ingatlah ibu ayah, matlamat kita bukan sekadar mahu anak naik berat badan, tetapi mahu anak membesar dengan sihat, aktif dan mempunyai hubungan yang baik dengan makanan sehingga dewasa kelak.

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: Dr Mazliana Mazlan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Nak Bawa Anak Naik ECRL Cuti Sekolah Nanti? Ini Tip Pilih...

Ketahui 3 tip memilih tempat duduk ECRL untuk menikmati pemandangan cantik bersama anak, harga tiket dan diskaun istimewa sempena cuti sekolah.