Dah buntu nak masakkan sarapan apa untuk anak-anak? Resipi Omelette yang satu ni kalau mama cuba mesti rasa nak lagi dan lagi. Omelette versi mantap sebab terlebih rangup!
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Nurasykin Ali ni memang tersangatlah sedap. Paling penting guna tiga bahan je, senang pulak tu nak buatnya. Rangup..tu yang kita mahu!
OMELETTE BISKUT KERING RINGKAS DAN SEDAP!
Hari-hari sarapan roti pastinya bosan kan? Bukan anak-anak je.. Kak ekin pon sama. Try buat sarapan lain sikit untuk diorang. Rasa dia macam kita makan roti telur tapi tak secrunchy macam ni. Husband lepas makan, dia kata “eh sedap lahhh! ” Hahaha memula tu eksyen tak nak makan sekali….
Kak ekin guna 3 bahan utama iaitu biskut kering hup seng, telur dan bawang. Sebagai pelengkap boleh tambah blackpepper, perasa atau cili. Untuk resipi ni kak ekin tak guna cili sebab nak bagi anak makan. Resipi kat bawah ya.
Bahan-bahan :
1. Biskut Hup Seng 7 keping
2. Telur 2 biji
3. Bawang merah 3 biji
4. Serbuk Blackpepper/garam/perasa/ cili (optional)
Ads
Bahan utama. Biskut hup seng, telur dan bawang
Cara-caranya:
1. Basahkan sedikit biskut kering yang dah dipatah-patahkan kasar.
Ads
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang, blackpepper, sedikit perasa dan garam. Pukul telur sampai kembang.
3. Panaskan minyak dan goreng biskut sampai kering dan garing. Mesti bagi garing baru sedap.
Untuk resipi ni korang boleh tambah cili. Lagi kick rasa dia. Mudah dan sedap! Time cuti sekolah ni bole la try buat menu simple macam ni untuk anak-anak.
Selamat mencuba! ❤
Kredit: Nurasykin Ali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak tidak mahu makan, mama mulalah cuba usahakan bermacam-macam menu kreatif supaya dapat menarik perhatian anak. Mama berusaha mencari pelbagai menu kreatif di internet semata-mata untuk menarik minat si manja. Hujung minggu antara masa paling penting untuk dicuba segala jenis resipi enak buat anak.
Jika mama tercari-cari menu kreatif, aneka resipi yang disediakan oleh puan Dahlia Kamaruza,menerusi group Happy Baby Food Malaysia ini patut anda cuba. Rangkaian menunya cukup kreatif malah tidak pernah terfikir oleh kita. Semuanya superb!
Mama patut cuba dihujung minggu ini. Ayuh.
Lagi menu makan Hilman mummy nak share. Yang ni menu dia untuk breakfast dan teatime dari 6m++ ke 7m++. Mummy kumpulkan dalam satu album supaya senang nak tengok. Boleh buat rujukan kot-kot ketandusan idea nak masak apa untuk anak kan.
Biasanya breakfast dan teatime banyak menu yang Hilman boleh makan sendiri. Hilman memang jenis bangun awal pagi. So kena masak yang simple-simple je dan cepat. Sebab biasa lepas breakfast dia akan tidur balik. Hilman memang suka makan sendiri dari di suap.
Now Hilman tengah teething. Dia makan sikit-sikit. But still mummy masakkan je dia makan. Gigi bawah dia dah keluar satu. Gigi atas pun nampak gaya nak keluar juga. Merengek je.
Resepi Potato Fritata
Kentang sebiji (potong halus)
Carrot 1 inci (cincang halus)
Sawi daun sahaja (hiris halus)
Tepung jagung 1 tbs
Mixed herbs secubit
Minyak untuk menggoreng
Caranya:
Potong halus semua bahan. Ada sagat carrot dengan kentang tu boleh sagat je. Masuk dalam tapis, basuh kejap then toskan. Gaul bersama tepung jagung. Panaskan kuali leper, letakkan sedikit minyak dan masukkan adunan. Penyekkan hingga rata. Dah rata biar sampai masak dan garing sebelum terbalikkan. Api slow je. Siap.
Pancake Oat With Dragonfruit & Bayam
Bayam 4 helai daun sahaja (blend)
Dragonfrut 2 ice cube (puree)
Oat 1 tbs
Tepung gandum 2 tbs
Tepung jagung 1/2 tbs
Sedikit minyak
Sedikit air
Caranya:
Blend bayam dengan sedikit air. Campur bersama puree dragonfruit, oat, tepung gandum dan tepung jagung. Panaskan pan dan tuang sedikit minyak. Cedok adunan sesenduk then biar masak sebelum terbalikkan. Siap.
Pancake Beetroot And Pumpkin
Beetroot 1/4 biji (puree)
Pumpkin 1 slice 3 inci (puree)
Telur 1 biji
Tepung gandum unblech 2 sudu besar
Tepung jagung 1/2 sudu besar
Unsalted butter 1 tsp
Sedikit air
Caranya:
Stim beetroot dan pumpkin sampai lembut then blend halus. Tambah sedikit air, telur dan tepung. Gaulkan sebati. Bancuhan tak pekat sangat or cair sangat. Panaskan kuali leper, letakkan butter then cedok adunan ke atas pan. Tunggu dah masak baru terbalikkan.
Lempeng Bayam
Bayam 1/2 genggam (cincang halus)
Telur sebiji
Bawang holand 1 hiris (dadu)
Tepung gandum 5 tbs
Tepung jagung 1 tbs
Sedikit air
Minyak 1 tsp
Caranya:
Gaul bersama bayam, tepung gandum, bawang holand, tepung jagung dan telur dengan sedikit air. Bancuhan cair je tak pekat. Panaskan kuali leper, letak minyak dan tuangkan adunan. Leperkan dan biarkan sampai masak. Terbalikkan dan biar hingga masak.
P/s: boleh add on cbs/chicken powder/santan/susu fullcream untuk rasa yang lebih umpp….
Bukan sahaja empat resipi ini, banyak lagi resipi super awesome yang dikongsikan oleh ibu ini di facebooknya. Memang hebat. Mama boleh pilih sahaja dan cuba mana-mana resipi yang disukai. Resipi dikongsikan bersama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memikirkan lauk apa nak masak untuk menu berbuka dan bersahur, ramai ibu dah mula buat senarai awal-awal. Apa saja resipi yang orang kongsi dan nampak mudah itu yang akan disimpan dengan harapan bila nak buat boleh terus rujuk.
Bagi ibu yang sekarang ini banyak masa di rumah, inilah peluang untuk anda sediakan pes untuk jimatkan masa memasak.
Ada 6 jenis pes yang boleh memudahkan anak memasak dalam masa singkat dan terkejar-kejar dah jika terlewat bangun sahur pun atau nak sediakan makanan waktu berbuka. Hari ini juga anda boleh buat stok ni siap-siap dan simpan dalam peti.
RESEPI PES MEMUDAHKAN ANDA MEMASAK
1. Pes Sambal Ijo (ala Padang) 2. Pes Tom Yam 3. Pes Masak Kicap Berempah 4. Pes Asam Pedas 5. Pes Cili Padi 6. Pes Sambal Ikan/Ayam/Daging/Seafood/
1. Pes Sambal Ijo (ala Padang)
🌶️20 biji cabai hijau besar *
🌶️10 biji cili api hijau *
🌶️10 ulas bwg merah *
🌶️8 ulas bwg putih *
🌶️5 biji tomato hijau (yg muda) *
🌶️1 kiub bilis
🌶️3 helai daun limau purut
Bahan bertanda * rebus sampai lembik sikit, pastu lenyek dengan lesung batu ataupun blend kasar. Panaskan minyak, tumis semua bahan sampai pecah minyak, masukkan kiub bilis, perasakan dengan garam dan gula dan masukkan daun limau purut tadi.Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu leh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
2. Pes Tom Yam
🍅20 biji cili kering (rebus pastu goreng gareng ngan minyak)*
🍎15 ulas bwg putih *
🍎10 ulas bwg merah *
🍅10 batang serai *
🍅8 helai daun limau purut *
🍅2 inci lengkuas *
🍅2 inci halia *
🍅3 sudu besar udang kering *
🍅3 cm belacan yg dibakar *
🍅1/4 gula melaka (dari sekeping)
🍅Air asam jawa
🍎3 sudu besar sos ikan (amik yang gambar ikan bawal)
🍅Air, minyak, garam
Kisar semua bahan bertanda * dengan sedikit air atau minyak goreng cili tadi. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan sampai pekat. Masukkan air asam jawa, sos ikan, gula melaka dan garam. Masak betul-betul pecah minyak dan pekat.Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
🥬20 biji cili kering(goreng dengan minyak sampai garing) *
🥬10 ulas bawang merah *
🥬8 ulas bawang putih *
🥬2 inci halia *
🥬2 sudu besar jintan manis ※
🥬2 sudu besar jintan kasar ※
🥬1 sudu besar lada hitam biji ※
🥬1 sudu besar ketumbar biji ※
Bahan bertanda ※ kena goreng tanpa minyak
🥬Air asam jawa
🥬Minyak, garam, gula, kiub bilis
🥬4 sudu besar Sos cili, sos tiram, kicap manis, kicap masin
Kisar bahan bertanda * dan bahan bertanda ※ guna minyak cili goreng tadi sampai lumat. Tumis dengan minyak sampai garing dan pecah minyak. Perasakan dengan sos-sos tadi. Jangan lupa bubuh garam, gula dan kiub bilis sebiji.Masak biar jadi pekat atau kering, bila sudah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
4. Pes Asam Pedas
🍗20 biji cili kering (rebus dulu) *
🍗10 biji cili merah (rebus dulu) *
🍗5 biji cili padi (rebus dulu) *
🍗15 ulas bwg merah *
🍗10 ulas bwg putih *
🍗2 inci lengkuas *
🍗2 inci halia *
🍗2 inci belacan bakar *
🍗1 sudu besar biji ketumbar *
🍗1 sudu besar jintan manis *
🍗Air asam jawa, gula n garam
Kisar bahan bertanda * sampai sebati. Panaskan minyak dan tumis sampai garing dan pecah minyak. Perasakan ngan garam, air asam jawa dan gula.Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, selepas itu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
5. Pes Cili Padi
🌰20 biji cili padi merah (rebus)
🌰20 biji cili merah besar (rebus)
🌰2 inci kunyit hidup & Garam
Kisar semua bahan dengan sedikit air. Pastikan guna air panas atau suam.Lagi bagus kalau kisar kering.Selepas itu terus simpan dalam tupperware kedap udara, bubuh dalam freezer. Pes ni sesuai lau nak masak gulai yang tak gunakan bawang.
6. Pes Sambal Serbaguna Ikan/Ayam/Seafood
🍄20 biji cili kering (rebus) *
🍄20 biji cili merah (rebus) *
🍄4 biji tomato *
🍄15 ulas bawang merah *
🍄10 ulas bawang putih *
🍄2 inci halia *
🍄1/4 gula melaka (daripada sekeping)
🍄4 sb sos cili dan sos tiram
🍄1 biji kiub bilis, leh gak ganti 3 sudu besar udang kering*
🍄Garam
🍄Minyak
Kisar semua bahan guna sedikit air. Kalau dapat kisar kering lagi bagus. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak dan garing. Masukkan gula melaka, kiub bilis, air asam jawa dan sos. Perasakan dengan garam.Masak biar jadi pekat atau kering, bila sudah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
1. Masak guna api yang perlahan ye
2. Guna air masak/air panas/air suam
3. Sudah betul-betul sejuk baru masuk freezer
4. Keluarkan pes awal 1jam sebelum digunakan bagi tujuan defrost
5. Seeloknya penggunaan lebih kurang sebulan kalau guna suhu sejuk biasa, kalau sejuk beku confirm lagi tahan. Tapi siapa rajin masak, confirm tak tahan sebulan.
Cottage Pie antara menu klasik British yang sangat sedap, lembut dan berkrim dengan menggunakan dua bahan utama iaitu daging dan ubi kentang.
Bagi yang nak mencuba sendiri di rumah, ikuti perkongsian resepi ini. Selamat mencuba!
First time buat cottage pie ni. Sedap jugak. Gabungan sos bolognese daging dan kentang lenyek. Ni resepinya.
COTTAGE PIE
Bahan-bahan:
🥔Kentang lenyek🥔
🥫Sos Bolognese🥫
Cara- cara:
1. Kupas dan bersihkan kentang Russet. Potong kecil dan rebus hingga empuk.
2. Sementara kentang empuk, sediakan sos bolognese.
3. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland hingga keperangan.
4. Masukkan daging kisar dan goreng hingga daging masak. Masukkan lada hitam dan sedikit garam ketika memasak daging.
5. Masukkan cendawan butang. Kacau rata.
6. Masukkan tomato, tomato puri dan air.
7. Perisakan dengan mixed herb, lada hitam kisar, gula dan garam secukupnya.
8. Masak hingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
9. Setelah kentang empuk, angkat dan lenyekkan.
10. Masukkan mentega, susu penuh krim, keju cheddar, lada sulah & serbuk lada hitam ketika kentang masih panas. Kacau sebati.
11. Panaskan oven pada suhu 180c. Sediakan bekas yang sesuai, masukkan sos bolognese diikuti dengan kentang lenyek. Ratakan. Boleh letak tomato ceri jika suka.
12. Bakar selama 30minit atau sehingga keperangan. Sedia dihidang. Sedap dimakan panas panas.
Bagi kat jiran sikit. Dia cakap sedap siap nak beli lagi. Saya cakap tak jual, nah resepi buat sendiri😅