Bila kandungan makin membesar, sememangnya para suami akan kasihankan isteri ‘membawa’ perut.
Apatah lagi bila lihat perut ibu hamil besar ramai yang menyangka kandungan kembar. Itulah yang dialami suami Tasha Manshahar, penyampai radio Zayan, Raqib Majid yang kasihan melihat isteri yang semakin sarat hamil.
Dengan perkembangan kandungan yang membesar, Raqib turut mengatakan ramai meneka kandungan pertama mereka kembar. Apa pun, bakal bapa ini berharap doa yang baik daripada semua.
raqibmajid Kesian tengok ibu mengandung bawak perut. Kebetulan agak besar jugak perut Tasha. Orang tengok ingt kembar. Hehe. Nak jalan pun tak larat. Macam penguin jalannya. comel!
Biasanya perut besar tak semestinye kembar kan? Ke macam mane?
Para follower berkongsi pengalaman dan mendoakan agar kehamilan Tasha dipermudahkan. Ada yang mengatakan saiz perut yang besar sering menjadi bualan tetapi hakikatnya bukanlah kandungan kembar. Ini juga salah satu pengorbanan ibu hamil.
Bakal melahirkan anak pertama tak lama lagi, namun perkhabaran duka ketika sedang menunggu kelahiran anak sulung buatkan bekas pelumba Moto GP Negara, Hafizh Syahrin gusar apabila isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf disahkan positif Covid-19.
Hafizh berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya semalam. Dia berasa agak risau dengan keadaan isterinya itu yang kini sedang hamil 37 minggu.
Menurutnya, setelah lima hari melakukan ujian saringan Covid, baru semalam isterinya itu disahkan dijangkiti virus tersebut.
“Assalamuailaikum guys, mohon doa untuk isteri saya yang baru positive covid-19 and 37week plus pregnant.
“Semoga semuanya baik-baik untuk mummy and baby. Esok patutnya baby check up.
“Lima hari and lima kali test negative last hari ni g swap positive pulak and saya negative,” tulisnya.
Hafizh juga turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga isteri dan kandungannya itu akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Terima kasih semua yang mendoakan wife saya and baby. Semoga Allah SWT membalas jasa baik budi anda semua. Amin,” tulisnya lagi.
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan kesembuhan dan kekuatan buat isteri dan anak dalam kandungan.
“Syafakillah.. semoga dipermudahkan semua.
“Allahuakbar InsyaAllah cepat sihat & everything will be ok. Please be strong for her and baby ya.
“Allahuakhbar, speedy recovery & semoga segala dipermudahkan.
“Allahuakbar be strong zana, doakan yang baik-baik untuk zana and baby. Inshaallah everything will be fine. Doa banyak-banyak apis. Jaga diri,” antara komen-komen yang diberikan kepada Hafizh.
Sekadar informasi, Hafizh dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2017.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi bersaiz besar sebenarnya akan memberi kesan kepada ibu ketika proses melahirkan anak. Saiz bayi di dalam perut ini dinamakan Makrosomia. Ini yang anda perlu tahu mengenai keadaan saiz bayi yang besar ini.
Makrosomia janin ialah keadaan di mana berat bayi anda berada dalam 10% teratas semasa peringkat kehamilan yang anda alami.
Melahirkan bayi yang besar boleh menjadi sukar, lebih risiko untuk berlaku koyakan pada faraj atau masalah menolak bayi anda keluar.
Bayi dengan saiz yang besar boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami komplikasi tertentu semasa bersalin. Beberapa keadaan yang paling biasa termasuk:
* Kecederaan pada saluran kelahiran anda, saluran kemaluan atau perineum
* Pendarahan berat atau pendarahan selepas bersalin
* Rahim pecah
* Waktu bersalin yang lebih lama, terutamanya semasa fasa menolak
* Perubahan dalam degupan jantung bayi anda semasa bersalin
Bayi baru lahir yang besar juga berisiko mendapat komplikasi selepas bersalin termasuklah:
– Kiraan sel darah merah yang tinggi, yang meningkatkan risiko bayi anda mengalami jaundis
– Gula dalam darah rendah
– Masalah pernafasan
Tanda-tanda bayi dalam kandungan besar?
Sukar sebenarnya untuk mengetahui saiz sebenar bayi anda sehingga ia dilahirkan. Kebanyakan simptom kehamilan yang anda alami adalah sama, tanpa mengira pertumbuhan bayi anda.
Antara tanda boleh mengesyaki bayi anda mempunyai makrosomia jika anda:
* Mempunyai ketinggian fundus yang besar (ukuran pertumbuhan janin)
* Berat badan bertambah semasa mengandung
* Menghidap diabetes, atau telah didiagnosis dengan diabetes semasa mengandung
* Pernah melahirkan bayi yang besar sebelum ini
* Melepasi tarikh akhir bersalin anda
Cara nak elak?
Mengamalkan kesihatan yang baik dan kehamilan yang sihat boleh meningkatkan kemungkinan:
1. Dapatkan penjagaan pra-natal secara berkala. Lawatan yang kerap membolehkan anda dan pakar kesihatan mengikuti perkembangan bayi dengan teliti dan juga memberi anda peluang untuk bertanya soalan.
2. Perhatikan berat badan. Berat badan anda sebelum kehamilan adalah penting, begitu juga dengan jumlah berat badan anda semasa hamil.
3. Jika anda menghidap diabetes, ambil langkah yang sesuai untuk menguruskannya. Diabetes sebelum kehamilan dan diabetes yang berlaku semasa kehamilan anda (diabetes gestasi) adalah faktor risiko makrosomia janin.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Baru-baru ini isteri kepada penyanyi terkenal John Legend, Chrissy Teigen mengalami keguguran selepas dimasukkan ke hospital akibat pendarahan teruk.
Ekoran daripada itu, pelakon Puteri Sarah bagaikan terpanggil untuk berkongsi pengalaman mengalami keguguran dan mengandung di luar rahim ketika awal perkahwinannya dahulu.
Menurut Puteri Sarah, 34, dia terpaksa menjalani pembedahan ketika itu bagi menyelamatkan nyawanya daripada terkorban.
“Menyayat hati. Satu benda yang harus diketahui. Sarah pernah keguguran dulu sebelum mengandungkan anak pertama Syaikhul, masa itu tahun 2014.
“Ectopic pregnancy (kehamilan luar rahim), lagi menakutkan..sakit perut teruk nak pengsan dan nasib baik masa itu cepat pergi hospital.
“Apabila kena Ectopic pregnancy tak bedah cepat-cepat ibu boleh meninggal ya,” tulisnya menerusi Instagram Stories pada Jumaat lalu.
Menerusi perkongsian tersebut, Puteri Sarah turut memuat naik posting isteri penyanyi John Legend, Chrissy Teigen yang baru sahaja mengalami keguguran, baru-baru ini.
Tambah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini, kejadian tersebut terjadi pada awal perkahwinannya bersama pelakon dan pengarah Syamsul Yusof.
“Dah la masa tu baru empat bulan berkahwin, masa kena itu banyak pendarahan dalaman.
“Kalau tak cepat-cepat, dah meninggal kut. Allah masih bagi peluang untuk hidup dan lahirkan Shaikhul dan Sumayyah, bersyukur masih hidup!” tulisnya lagi.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.