Menjadi suri rumah bukanya kerja yang mudah. Seawal 5 pagi, di saat ahli keluarga yang lain masih nyenyak tidur, suri rumah lah yang bertungkus lumus menyediakan sarapan pagi, menyediakan pakaian untuk suami dan anak. Disebelah malam pula, disaat semua sudah melelapkan mata barulah si isteri boleh berehat dengan aman.
Mereka bekerja tanpa mengira waktu dan hari, malah tanpa sebarang bayaran. Dengan hati yang ikhlas walaupun tak bergaji dan tak dapat membeli barang mengikut keinginan mereka, namun mereka tetap terus setia disamping keluarga.
Ads
Ads
Ads
Yang Namanya Suri Rumah Itu Unik…
Tulah orang tak tahu…dia kata kita suri rumah tak ada kerja…bila suruh buat kerja suri rumah banyak komplen…sebabnye…bila si isteri check kerja suami, dia orang tak ikut skop yang betul.
Dalam kerja pun ada skop kerja,ade panduan dan bertindak mengikut arahankan….jadi suri rumah ni dah jadi 1 kerjaya bagi kami 😆 semua kerja kene ikut Skop…kalau tak, tak akan wujud rumah yang bersih,kemas,teratur…
Kalau ye pon nak bersyukur & terima seadanya kelebihan dan kekurangan pasangan, tak kan nak di bior dia gantung seluar jeans pakai hanger halus sampai melendut hanger tu 😝🤣🤣
Kredit: Seri Atim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bukan tak redha, tapi hati ini terlalu rindu” itulah kata-kata yang paling tepat sekali buat ahli keluarga yang pernah merasai kehilangan insan tersayang. Tak mampu digambarkan melalui kata-kata betapa rindunya pada insan yang telah tiada.
Sama seperti anak kecil ini yang merindui arwah abangnya. Hanya mampu dilukiskan kisah mereka dalam sehelai kertas kosong yang menggambarkan mereka tetap satu keluarga walaupun si abang telah pergi buat selamanya. Lukisan dari anak kecil tersebut mengundang sebak ramai.
Lukisan rindu hati seorang Iman
Dapat wassap dari teacher Iman.
Sungguh..
Hati Mama tak kuat tatkala melihat hasil yang dilukiskan Iman. Airmata Mama laju mengalir. Lukisan yang jujur dari seorang anak kecil
Yang merindui seorang Abang. Diluahkan melalui sebuah lukisan. Terima kasih Iman. Sentiasa ingat pesan Mama
Jangan pernah lupakan Abang Adam kamu. Jangan lupa bacaan al fatihah untuk Abang Adam. Abang Adam tetap Abang kamu selamanya. Sampai bila-bila.
Mama tahu kamu rindu. Mama dan kita semua pun rindu. Tapi Abang Adam kamu dah berbahagia di sana. Dah sihat di sana. Pastinya di taman Syurga. Moga 1 hari nanti kita sekeluarga akan bersatu semula di sana.
Puan Norunajwa Safiei sudi berkongsi tentang pemergian anaknya yang berjuang dengan sakit kanser darah dan “menjadi kenangan buat selama-lamanya.
Penyakit yang paling ditakuti Allah uji pada anak
Tarikh 4 Februari setiap tahun adalah tarikh Hari Kanser Sedunia. Izinkan saya berkongsi kisah anak Syurga saya Adam yang diuji sakit kanser.
Sewaktu dimaklumkan anak menghidapi sakit kanser darah (leukimia) hati bagai tidak percaya. Lutut rasa lemah. Kepala rasa sakit bagai di hempap batu yang besar. Penyakit yang paling ditakuti akhirnya di alami oleh anak sendiri.
Hanya air mata sebagai peneman
Air mata sentiasa menjadi peneman. Anak saya juga sering menangis. Mungkin masih terkejut dengan suasana wad yang sangat asing baginya. Akhirnya, atas sokongan keluarga dan rakan-rakan, saya tanamkan dalam diri yang saya perlu positif.
Perlu kuat di hadapan anak agar anak lebih kuat semangat. Walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Tapi saya cuba kelihatan tenang dan bagaikan tiada apa yang berlaku. Sentiasa layankan dan hiburkan hatinya.Berusaha untuk buat mereka tersenyum. Saya tidak mahu anak saya sedih. Tipulah jika saya tidak menangis. Tapi elakkan menangis di hadapannya.
Pengorbanan buat anak
Lama kelamaan anak saya juga semakin positif. Dia sentiasa tersenyum walaupun menanggung sakit yang dihadapinya. Sakit kanser bukan seperti sakit demam biasa. Tapi terlalu banyak ujian yang dialaminya selepas kimoterapi seperti ulser, demam, sakit badan. Bergantung kepada antibodi masing- masing.
Ujian yang dilalui buat saya lebih belajar. Belajar erti sebuah pengorbanan, kasih sayang dan kesabaran. Pengorbanan seorang ibu yang amat kasih dan sayangkan anaknya. Juga kesabaran dalam menjalani hari-hari bersama mereka.
Tanggal 27 Ogos Allah jemput kembali pada-Nya
Sungguh, kadangkala runtun hati saya sebagai seorang ibu bila melihat rawatan yang diterimanya di kala umur masih kecil begitu. Namun, bila memikirkan itu salah satu usaha, saya perlu juga kuatkan hati.
Akhirnya tanggal 27 Ogos 2020 anak saya pergi jua. Walaupun berat, tapi saya sekeluarga redha dan ikhlas. Berbaik sangka dengan Allah. Ada hikmah atas perancanganNya. Sakit cuma asbab.
Hakikatnya masa mereka telah tiba. Allah lebih sayangkan mereka. Hilang sudah segala kesakitan mereka. Buat ibu bapa yang diuji anak sakit kanser atau sakit lain, moga kalian sentiasa di permudahkan urusan.
Diberikan kekuatan dan kesabaran. Hanya kepada Allah kita memohon. Anggap ini sebagai satu ujian dan hikmah. Jika ada keluarga atau rakan yang mengalami situasi yang sama, berikanlah kata semangat. Kata semangat juga mampu untuk membuatkan mereka lebih kuat.
-Mama Wildan Syurga Muhammad Adam Furqan-
Tanggal 5 April 2013
Tarikh di mana Mama melahirkan kamu Mama sambut kelahiran kamu dengan tangisan gembira Gembira menyambut kelahiran seorang bayi yang sangat comel.
Namun.. Allah pinjamkan kamu hanya beberapa tika Mama harus pulangkan semula di saat umur kamu 7 tahun 4 bulan kepada Pemilik kamu yang hakiki Ke negeri kamu yang abadi. Saat bersama kamu sangat indah
Diberi peluang memeluk, mencium, membelai kamu dan menjaga kamu adalah satu kenangan terindah bagi Mama Ayah. Syukur Allah bagi peluang itu walaupun cuma seketika. Kamu anak yang sangat manja Anak yang sangat menghiburkan Sentiasa membuat satu perkara lain dari yang lain
Yang sehingga kini kami masih ingat segala kenangan kamu. Senyuman kamu, tangisan kamu, gelak tawa kamu dan suara manja kamu… Semuanya masih segar dalam ingatan.
Dan.. Hari ini 5 April 2021
Tahun pertama kami menyambut tanpa kehadiran kamu Sungguh terasa kehilangan kamu.
Tiada lagi nyanyian lagu harijadi kamu Hanya bacaan al fatihah dan surah Yaasin yang kami bacakan
Tiada lagi kek untuk kami raikan kamu Tapi Mama berikan kek harijadi kamu pada insan2 yang pernah merawat kamu di wad 8C dulu.
Hadiah yang Mama sediakan untuk kamu akan Mama wakafkan agar pahalanya sentiasa mengalir untuk kamu. Saudara mara kamu juga adakan tahlil sempena hari lahir kamu Adam.
Tanda ingatan mereka yang tak pernah lupakan kamu. Selamat hari lahir Wildan Syurgaku Adam Furqan yang ke 8
Pastinya di sana lebih indah bersama rakan syurga kamu yang lain. Tiada apa yang lebih indah melainkan taman Syurga yang sentiasa diimpikan semua orang. Tunggu kami di sana ye Syg..dan Pimpin tangan kami di sana nanti..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasihnya suami pada isteri, sayangnya ayah pada anak. Ungkapan ini cukup mengambarkan betapa hebat kudrat seorang lelaki yang begitu menyayangi orang yang dia sayang. Pengorbanan ini buatkan sesiapa yang melihatnya rasa sebak.
Menerusi perkongsian di TikTok amar_amarpg, kelihatan seorang suami sanggup buat apa saja demi isteri dan anak tercinta. Dipercayai tidak mempunyai kenderaan, dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ini, ia tidak menjadi penghalang buat seorang lelaki untuk menolak isteri serta anaknya yang berada di atas kerusi roda.
Hebatnya kasih seorang suami
Meraih lebih satu juta tontonan di laman TikTok, video dikongsi itu mendapat perhatian wargamaya.
Menerusi video pendek yang dikongsikan itu, memaparkan seorang lelaki memakai baju berwarna merah sedang menunggu di lampu isyarat untuk melintas.
Bersama dengannya seorang wanita serta kanak-kanak yang diriba dan berada di atas kerusi roda.
“Cinta sampai mati. Hebatnya kasih sayang seorang suami dan ayah.”
Dalam video tersebut, apa yang lebih menyentuh hati adalah ketika lampu isyarat nak bertukar hijau, nampak kudrat seorang lelaki bersiap sedia untuk menolak kerusi roda tersebut. Setelah lampu bertukar hijau, cepat-cepat ditolaknya isteri dan anak.
Difahamkan kejadian ini berlaku di Butterworth, Pulau Pinang dan menerusi ruangan komen rata-rata netizen sebak melihat video tersebut serta terharu dengan pengorbanan yang dilakukan oleh si bapa.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu yang mempunyai anak perempuan yang masih kecil tidak dinafikan saat ‘menyiapkan’ mereka agar nampak cantik menjadi antara perkara yang menarik dan teruja untuk kita lakukan setiap hari.
Apatah lagi jika ingin keluar rumah untuk berjalan-jalan. Kita akan pastikan bukan sahaja anak-anak mengenakan pakaian yang cantik, malah rambut disisir cantik dengan pelbagai gaya untuk tampak rapi.
Pun begitu bercerita tentang saat merapikan anak, seorang ibu ini ada berkongsi video di media sosial yang mencuri tumpuan warganet apabila ibu tersebut terpaksa meminta bantuan anggota bomba kerana sikat rambut anaknya tersekat dan melakat hingga tidak boleh dikeluarkan.
Menerusi perkongsian Hakimah Zikir, di aplikasi TikTok terakam sepasukan anggota bomba sedang berusaha untuk membantu seorang kanak-kanak perempuan bagi meleraikan sikat yang tersekat di rambutnya.
Reaksi Nur Mayram Medina saat menerima bantuan daripada pegawai bomba telah mendapat perhatian umum. Difahamkan pada mulanya ibunya berhasrat untuk berjalan-jalan dengan anaknya dan atas sebab itu sedang mempersiapkan anak.
Entah bagaimana ketika menyikat rambut tiba-tiba sikat yang digunakan untuk menyisir rambut anaknya itu tersekat dan tidak boleh ditanggalkan. Mencari idea untuk meluruskan rambut anaknya yang kusut, terus diambilnya pula minyak rambut dengan harapan sikat tersebut boleh ditanggalkan daripada terus tersekat di rambut anaknya yang sememangnya ikal.
Namun belum sempat ibunya berbuat demikian, lain pula jadinya di mana apabila anaknya itu berusasha untuk mengeluarkan sendiri sikat tersebut yang akhirnya menjadikan keadaan semakin teruk. Dimana gulungan rambut pada sikat tersebut semakin seakan rumit pula untuk dileraikan.
Melihat keadaan itu, ibunya yang pada awalnya tenang tiba-tiba gusar dan seakan ingin menangis melihat keadaan rambut anaknya yang terbelit dengan sikat. Malah ibunya juga telah bertindak untuk menggunting sikat tersebut bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Namun masih tidak berjaya dan akhirnya ibu ini mengambil keputusan terus segera pergi ke balai bomba untuk mendapatkan bantuan. Syukur pegawai-pegawai bomba tersebut berjaya meleraikan kekusutan rambut pada sikat tersebut tanpa menggunakan sebarang alatan khusus. Bahkan masa yang diperlukan hampir 15 minit lamanya dengan tanpa perlu menggunting rambut kanak-kanak tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.