Bakal melahirkan cahaya mata sulungnya pada Julai nanti, penyanyi, Wany Hasrita rupanya sudah pun mempersiapkan beberapa perkara untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya.
Hal itu dikongsikan oleh Wany sendiri menerusi beberapa perkongsian video di Tik Tok.
Bahkan ujar Wany lagi, dia juga sudah pun mempersiapkan beberapa helai baju bayi untuk ke hospital juga kelengkapan lain.
Malah akui Wany lagi, dia pada mulanya bercadang untuk melahirkan cahaya mata sulungnya itu di Sarawak namun menukar perancangan dan bersalin di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
“Saya sepatutnya bersalin di Sarawak, sebab tak nak susahkan suami. Tapi alhamdulillah dapat bersalin di sini nanti dan suami pun dapat ambil cuti. Jadi dia akan datang sini untuk certain time saja. Nasib baik ibu saya ada,”kongsinya lagi.
Ads
Tambah Wany lagi, bagi menyambut cahaya mata sulungnya itu, dia dan suami tidak berlebih-lebihan berbelanja namun kini lebih memfokuskan kepada persediaan menjadi ibu.
” Saya ada beli tiga helai baju baby, cukup untuk masuk keluar hospital sahaja. Orang kata jangan beli banyak sebab baby cepat membesar.
Ads
“Selain itu saya beli kerusi menyusu, baby cot dan semua barang yang essential saja.
“Saya lebih fokus untuk menjadi ibu yang kebanyakkannya saya dapat melalui pembacaan dan bertanyakan pengalaman orang lain,” kongsinya lagi.
Wany dijangka melahirkan bayinya pada Julai nanti di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Sambutan Hari Ibu yang diraikan semalam membawa erti paling bermakna buat pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang baru pertama kali meraikan sambutan itu.
Menerusi Instagram, pelantun lagu Pencuri Hati itu meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana diberi peluang untuk merasai nikmatnya menjadi ibu.
Malah sejak si comel Ana Nayla membesar, banyak yang dilaluinya dan merasai nikmat sebenarnya dalam membesarkan anak.
“My first mother’s day. Alhamdulillah. My best gift ever, my baby,” tulisnya meluahkan rasa syukur.
Dalam pada itu, Ayda juga turut memuat naik video momen bahagianya ketika hamil hinggalah Ana Nayla kini berusia enam bulan.
Ayda juga turut merakamkan penghargaan buat semua ibu-ibu yang turut meraikannya semalam malah mendoakan kebahagian dan ketabahan hati dalam membesarkan anak-anak.
Namun menariknya, Ayda turut berkongsi momen penuh rencah dalam membesarkan anak. Malah isteri kepada Nabil Mahir ini juga turut menyenaraikan beberapa perkara yang terpaksa ditinggalkan, semuanya demi buah hati tersayang.
Sambil berseloroh, Ayda berkongsi senarai pendek beberapa perkara remeh tapi penting buat ibu. Memang betul!
“Happy Mother’s Day to semua ibu ibu, semoga diberi kebahagiaan, tabah, dan stay strong mommies!
Bila jadi ibu:
1. Kebanyakkan tak dapat balik berat badan asal. 2. Kena pakai baju butang tengah (senang nak breastfeed) 3. Bye bye heels! Sneakers or sandal sudah la. 4. Makeup & bersiap 15 minit je ada. 5. Kalau nak pergi holiday, packing baju & barang sampai tak cukup tidur. 6. Makan cepat atau makan sambil pegang anak huhu.
Peminat Tambah List
Benar-benar belaka senarai yang dikongsikan oleh Ayda Jebat ini.
Tidak hanya enam senarai pendek ini bahkan pengikut Ayda turut menyenaraikan beberapa senarai lagi momen bergelar ibu. Menarik!
Terdahulu, Ayda Jebat menimang cahaya mata sulungnya pada 21 Oktober tahun lalu.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, memberi tempoh sehingga tahun depan untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata seperti pernah disuarakannya sebelum ini.
Kata Siti, tempoh berkenaan dilihat amat bersesuaian bagi menambah anggota keluarga kerana dia mahu melihat puteri sulungnya, Siti Aafiyah, membesar terlebih dulu.
Jika diizinkan Tuhan, penyanyi Segala Perasaan itu mengaku begitu mengidamkan anak lelaki.
“Perancangan untuk mendapatkan cahaya mata masih ada. Apabila usia Aafiyah sudah mencecah setahun lebih nanti, Siti akan cuba untuk hamil lagi.
“Usia Siti sendiri sudah memasuki 40 tahun pada Januari depan dan kalau boleh, Siti mahu menimang seorang lagi anak sebelum umur melangkau angka 43. Maklum sajalah, sewaktu mengandung kali pertama dulu pun Siti berdepan risiko, iaitu mengalami pendarahan.
“Kalau diizinkan, Siti memang teringin untuk dapat sepasang cahaya mata, perempuan dan lelaki. Begitupun, kalau dapat perempuan juga, Siti pastinya terima dengan penuh syukur. Itukan rezeki,” katanya.
Ditanya apakah reaksi Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengenai hasratnya untuk kembali hamil, penyanyi Comel Pipi Merah ini memberitahu, suaminya tidak pernah membantah keinginannya itu.
“Kalau bukan kerana Siti melahirkan Aafiyah secara pembedahan, mungkin dia sudah pun meminta Siti hamil cepat-cepat,” ujar Siti malu-malu.
Mengulas perkembangan terkini puteri kesayangannya itu, Siti memberitahu, Aafiyah kini sudah pandai berinteraksi menggunakan bahasa tubuh.
“Kalau mahu menyusu, dia akan menunjukkan isyarat dengan menggerakkan badan, seolah-olah tidak sabar. Dia juga sudah pandai memegang barang.
“Melihat keadaannya sekarang, Siti rasa sedih dan sayu pula setiap kali hendak meninggalkannya untuk keluar bekerja, terutama apabila melihat dia melambai-lambaikan tangan,” cerita Siti yang mendapatkan khidmat jururawat bertauliah sebagai penjaga anaknya itu.
Sumber: Berita Harian & ig ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berurut ketika hamil apakah ia selamat untuk dilakukan. Mungkin ada dikalangan ibu hamil risau dan bimbang urutan boleh memudaratkan ibu dan juga bayi dalam kandungan. Untuk menjawab persoalan tersebut, ikuti penjelasan daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai kebaikan dan juga risiko untuk ibu hamil berurut.
BERURUT KETIKA HAMIL
Rawatan urutan memberikan faedah kepada wanita hamil. Namun begitu ramai doktor yang agak berat memberikan galakan pada wanita hamil untuk berurut kerana rawatan ini bukan sahaja mendatangkan manfaat, tetapi juga boleh mendatangkan mudarat bergantung kepada cara dan latihan yang ada pada si pengurut.
Tidak semua pengurut mahir dalam bidang yang mereka lakukan. Ada di antara mereka yang langsung tidak ada pengetahuan dan berlagak seolah-olah tahu. Ada pula yang mengurut hanya berdasarkan pengalaman dan cuba-cuba. Sudah tentu ini akan membahayakan ibu dan bayi dalam rahem.
Urutan tidak digalakkan di awal kehamilan, iaitu apabila usia kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia boleh mendatangkan risiko keguguran. Lagi pun tidak banyak manfaat diperolehi untuk mereka berurut.
Urutan yang baik dapat merehatkan otot dan melancarkan peredaran darah dan cairan limfatik. Apabila otot dan darah tidak beredar lancar dalam darah, ini boleh menyebabkan pembentukan darah beku pada otot peha dan betis.
Oleh itu, pengurut yang baik tidak akan mengurut terlalu kuat di bahagian otot peha dan betis, bimbang darah beku yang telah pun terbentuk di situ akan tertanggal (dislodge) dan memasuki saluran darah. Serpihan darah beku ini akan membentuk thrombus dan boleh menyebabkan stroke.
Urutan bahagian tubuh lain kecuali Abdomen
Selain itu, urutan dibenarkan di bahagian tubuh yang lain kecuali abdomen. Namun ada juga pengurut yang melakukan urutan di bahagian ini, tetapi saya menasihatkan agar urutan pada abdomen walaupun ringan namun lebih baik ditinggalkan. Ini kerana urutan pada abdomen boleh merangsang rahem untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.
Urutan pada wanita hamil boleh digunakan pelbagai teknik. Urutan ini haruslah urutan yang bersifat ringan walaupun menekan ke dalam otot menggunakan teknik ‘deep-tissue massage’.
Kesalahan yang dilakukan oleh pengurut yang tidak bertauliah ialah mereka menggunakan hujung kuku untuk menekan ke dalam otot menyebabkan rasa sakit dan meninggalkan bekas pada badan. Cara ini tidak memberikan manfaat. Malah mendatangkan kemudaratan.
Selain itu pengurut harus berhati-hati ketika mengurut wanita hamil kerana terdapat bahagian-bahagian yang sensitif yang harus dielakkan ketika mengurut.
Selain abdomen, bahagian yang sensitif ialah bahagian pergelangan kaki (ankle) dan pergelangan tangan (wrist). Urutan di bahagian ini akan merangsangkan otot-otot pada bahagian abdomen dan pelvik terutama otot rahem untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.
Oleh itu jika mengalami rasa sakit di bahagian abdomen ketika sedang berurut seolah-olah mahu melahirkan (Braxton-Hicks contraction), segeralah memberitahu pengurut agar urutan dapat dihentikan dan segera berkonsultasi dengan doktor yang merawat.
Apakah manfaat yang diperolehi ketika berurut?
Wanita hamil sering mengalami kelenguhan badan akibat perubahan hormon yang mereka alami. Rawatan urutan untuk mereka akan memberikan banyak manfaat apabila mereka berurut sebanyak dua kali setiap minggu selama lima minggu.
Kebaikan Berurut untuk ibu hamil
Urutan akan mengurangkan kepekatan norepinephrine dan cortisol yang menyebabkan tubuh rasa stress. Stress akan mengakibatkan wanita hamil mudah berasa penat dan tidak bertenaga. Ia juga akan menjadikan mereka cepat marah, berputus asa dan rasa tertekan.
Urutan juga akan meningkatkan kepekatan hormon yang dopamine dan serotonin yang akan menyebabkan tubuh berasa tenang dan bersemangat. Hormone ini juga akan mengurangkan masalah dan komplikasi ketika proses melahirkan bayi.
Urutan akan mengurangkan kesakitan dan memperbaiki sistem imuniti melawan jangkitan kuman dan virus. Urutan juga boleh mengurangkan bengkak pada sendi dan tubuh. Selain itu berurut dapat membuatkan mereka dapat tidur dengan lebih nyenyak.
Ramai wanita hamil yang mengadu sakit pinggang terutama di peringkat akhir kehamilan. Adakalanya sakit yang dialami melarat hingga ke peha akibat saraf pada pelvis ditekan oleh rahem yang membesar. Berurut membantu mengurangkan kesakitan pada pinggang belakang tanpa memakan ubat penahan sakit.
Urutan yang baik akan memakan masa sekurang-kurangnya sejam. Pengurut akan menggunakan katil urutan biasa dan meletakkan sebiji bantal yang sesuai untuk menyokong abdomen wanita yang baring dalam kedudukan mengiring.
Ramai doktor yang berpendapat bahawa menggunakan katil khas yang mempunyai lubang di tengah-tengahnya untuk memuatkan abdomen yang membesar bukanlah cara terbaik.
Abdomen akan berkeadaan seolah-olah tergantung dan menyebabkan ligamen yang menyokong rahem akan menjadi tegang dan akan mengganggu bayi yang berada dalam rahem.
Sungguh pun berurut adalah satu cara rawatan yang memberi manfaat kepada wanita hamil, namun tidak semua wanita selamat untuk berurut.
Antara wanita hamil yang tidak digalakkan berurut ketika hamil ialah:
Oleh itu berhati-hatilah ketika berurut kerana wanita yang hamil mempunyai keadaan fisiologi yang tidak sama dengan wanita yang tidak hamil.
Saya mencadangkan mereka memberitahu pengurut bahawa mereka sedang hamil dan perlu lebih berhati-hati. Ini bertujuan untuk mengelakkan risiko yang mungkin dihadapi.
Berurutlah dengan pengurut yang bertauliah dan berpengalaman agar mendapat manfaat dan memperbaiki kesihatan secara keseluruhannya.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Kes dera anak melibatkan seorang ibu yang dihukum penjara kerana memukul anak akibat alat solek membuka mata tentang bahaya emosi tidak terkawal dan kepentingan kesihatan mental ibu bapa.