Adakah selamat untuk saya makan durian semasa hamil? Ini antara persoalan yang sering dikemukakan oleh ibu hamil yang teringin untuk menikmati raja buah itu.
Mengikut kajian durian selamat dimakan tapi ia mesti dalam jumlah sederhana. Ini kerana, durian mempunyai kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi 60 kalori. Durian dianggap sebagai makanan yang mempunyai glisemik tinggi, oleh itu lebih baik jika anda mengehadkan pengambilan durian semasa hamil.
Wanita hamil yang menghidap kencing manis (diabetes gestasi) perlu mengelak daripada memakan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.
Ads
Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan manfaat organo-sulfur dan triptofan dalam durian. Bahan-bahan tersebut mempunyai kesan antioksidan. Ia juga mempunyai unsur-unsur anti-mikrobial, anti-bakteria dan anti-fungus yang bermanfaat bagi wanita hamil.
Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan.
Sebagai contoh, pendekatan tradisional Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu “panas” untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan raja buah ini.
Ads
Walau bagaimanapun, tidak ada kajian yang dilakukan mengenai sama ada durian selamat dimakan semasa hamil.
Pada masa yang sama, kaedah sains moden belum membuktikan sebarang sebab yang boleh dipercayai bahawa ianya tidak selamat.
Ads
Tidak ada sebab untuk memutuskan bahawa memakan durian semasa hamil boleh menyebabkan tekanan darah tinggi kepada si ibu atau ruam lampin kepada bayi yang baru lahir, seperti mana yang digembar-gemburkan oleh orang-orang dulu.
Melakukan senaman dapat meningkatkan tahap kesihatan ibu hamil. Ia juga sebagai langkah persediaan fizikal bagi menghadapi cabaran sepanjang tempoh kehamilan. Sekiranya anda tidak menghadapi sebarang komplikasi kehamilan, disyorkan agar menjalani rutin senaman yang sederhana, lembut dan tidak memudaratkan.
Syarat senaman
Plie (Menguatkan Quadrisep dan faraj, meningkatkan keseimbangan tubuh.)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Curl and lift (Menguatkan Bisep dan bahu)
Plank (Menguatkan lengan dan belakang)
Side-lying innerlift and outer thigh (Menguatkan Paha)
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak keduanya baru-baru ini ada mengalami tanda-tanda akan bersalin. Namun Bella tetap mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya Ayden pada Rabu lepas.
Memetik laporan Mstar Online, adik kepada Bella, Didi Astillah memberitahu sebelum majlis berlangsung kakaknya sudah membuat pemeriksaan dan doktor memaklumkan sudah ada bukaan rahim sebanyak 2 sentimeter.
“Malam sebelum majlis sambutan hari lahir Ayden, saya ada teman Bella pergi buat pemeriksaan doktor sebab dia dah ada rasa perut keras dan tanda nak bersalin.
“Doktor beritahu yang bukaan sudah 2cm tapi belum tiba masa untuk bersalin, jadi kami pun pulang ke rumah. Walaupun dalam keadaan macam itu, Bella tetap nak buat birthday Ayden.
“Memang risau juga tapi dia tetap nampak kuat dan Alhamdullilah majlis sambutan hari lahir Ayden pun berjalan dengan lancar,” kata Didi.
Dijangka bakal melahirkan cahaya mata perempuan pada 17 Julai ini, Bella berkata, apa yang lebih penting adalah memastikan proses bersalin berjalan lancar.
Memetik pula laporan daripada BH online, penyanyi lagu Tenang itu berkata, biarpun berbulan-bulan tidak dapat bertemu berikutan pintu sempadan masih lagi ditutup, namun Aliff tak lupa tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
“Aliff tanpa gagal menghubungi setiap hari bertanya khabar mengenai saya dan anak, Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.
“Kesibukan kerja juga menyebabkan saya tidak sempat melayan perasaan. Lagipun, saya tidak bersendirian, ibu, ayah dan adik beradik sentiasa menemani. Jadi, saya tidak kesunyian atau sedih terpaksa melalui proses mengandung dan bersalin tanpa suami di sisi.
“Fokus saya hanya mahu proses bersalin berjalan lancar. Lagipun, saya sudah dewasa, tiada masa untuk terlalu banyak berfikir hal sedemikian. Sebaliknya, saya hanya reda dan bersabar dengan apa yang berlaku,” katanya.
Sepanjang mengandungkan anak kedua, kata Bella, dia hanya mengalami alahan pada peringkat awal, tetapi kini selepas memasuki trimester ketiga, keadaannya kembali normal.
Bella berkata, dia tidak pernah mengeluh apabila pintu sempadan masih belum dibuka kepada orang luar kerana keputusan kerajaan demi kebaikan rakyat.
Walau berjauhan, Bella berkata, dia tetap merasa dekat dengan suaminya kerana setiap hari mereka saling berhubung untuk bertanya khabar.
“Walaupun berjauhan tidak bermakna Aliff melepaskan tanggungjawabnya. Kami berhubung setiap hari sama ada melalui panggilan suara dan video. Suami selalu mengambil berat mengenai saya dan bayi dalam kandungan, jadi saya tidak terasa sunyi.
“Apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak dijangka. Saya akan mengikut sahaja keadaan, jika pintu sempadan di buka kembali, Alhamdulillah. Saya percaya ini semua dilakukan untuk kebaikan, jadi tak perlu untuk saya mengeluh. Semua orang terjejas akibat pandemik COVID-19,” katanya.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Bagaimanapun, rumah tangga mereka beberapa kali diuji hingga kemuncaknya berakhir dengan perceraian pada 16 Mei, tahun lalu. Namun, pasangan ini kembali rujuk ketika dalam tempoh edah dan kini sedang menanti kelahiran anak kedua mereka.
Apa yang akan berlaku jika kedudukan bayi songsang ketika menghampiri tarikh jangkaan bersalin? Bolehkan melahirkan anak secara normal? Ayuh teruskan membaca perkongsian ini untuk pemahaman lebih lanjut mengenai kehamilan songsang dan cara mengatasinya.
Bayi songsang?
Sepanjang tempoh kehamilan, terdapat ruang di dalam rahim yang mencukupi untuk bayi (janin) mengubah kedudukan.
Pada fasa awal mengandung, bayi akan berbaring secara songsang, iaitu kepala di atas dan kaki ke bawah.
Manakala menjelang minggu ke 36 hingga 37 kehamilan, kebanyakan bayi akan berubah posisi menjadikan bahagian kepala ke bawah. Ini adalah kedudukan normal dan paling selamat untuk proses kelahiran.
Pun begitu, dianggarkan 4 daripada 100 kelahiran, yang mana bayi tidak berubah posisi secara semula jadi.
Sebaliknya kedudukan bayi songsang dan perlu dilahirkan secara pembedahan caesarean.
3 kedudukan bayi songsang
Bayi dalam kandungan yang songsang boleh berada pada salah satu kedudukan berikut:
Songsang rentang
Dikenali sebagai Frank breech, ia merupakan kedudukan di mana punggung si manja berada pada pintu rahim dan akan keluar terlebih dahulu semasa dilahirkan. Kaki akan diluruskan di hadapan badan dan telapak kaki berada hampir dengan kepala. Posisi si manja dalam kandungan yang songsang ini dikatakan situasi paling biasa terjadi.
Kedudukan bayi songsang fleksi
Dikenali dengan nama complete breech – adalah kedudukan di mana punggung berada hampir dengan saluran kelahiran. Manakala kaki pula dalam keadaan terlipat (bent) pada lutut. Telapak kaki berada dekat dengan punggung.
Songsang footling
Nama lainnya adalah footling breech di mana satu kaki terlipat pada lutut dan sebelah yang lain lurus atau kedua-dua kaki lurus ke bawah. Jika si manja berada posisi ini, kaki akan keluar terlebih dahulu semasa proses bersalin.
Punca kedudukan bayi songsang dan tanda
Selalunya tiada sebab jelas mengapa bayi tidak memusingkan kedudukan badannya. Walau bagaimanapun, dikatakan terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan bayi lebih sukar berpusing atau mengubah kedudukan semasa kehamilan.
Ia sekali gus menjadi punca mengapa si manja cenderung kekal pada kedudukan songsang.
Antara faktor-faktor yang mendasari adalah seperti:
Jika ini adalah situasi anda alami, ia boleh dikesan pada sesi imbasan ultrabunyi bayi yang dilakukan pada sekitar minggu ke 20 kehamilan.
Petanda anak berada dalam posisi songsang
Berkemungkinan besar, anda mungkin tidak dapat menentukan sama ada kedudukan bayi songsang atau tidak.
Tetapi jika anda sedang hamil minggu ke 36 atau lebih dan berasakan kepala bayi terangkat pada bahagian perut mahupun tendangan manja daripada si kecil dirasakan di abdomon bawah, lakukan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian.
Diagnosis & rawatan
Semasa pemeriksaan rutin pranatal pada akhir kehamilan, doktor akan menyentuh bahagian perut atas dan bawah.
Mereka juga mungkin akan melakukan imbasan ultrabunyi janin untuk menentukan sama ada si manja berada dalam kedudukan songsang atau tidak.
Rawatan untuk kedudukan bayi songsang
Ada ketikanya doktor boleh bantu mengubah posisi bayi daripada songsang kepada kedudukan normal menggunakan prosedur yang dinamakan versi kefalik luaran (external cephalic version, ECV).
Jika posisi bayi dapat diubah di mana kepala berada di bawah sebelum bersalin, anda berkemungkinan besar boleh meneruskan proses kelahiran secara normal.kedudukan bayi songsang
Tidak dinafikan jika kehamilan songsang ini tidak berjaya diperbetulkan, anda akan berasa kecewa dan bimbang.
Pun begitu, anda harus mengetahui kebanyakan kehamilan melibatkan bayi dengan posisi songsang adalah selamat dan tidak berdepan sebarang masalah selepas dilahirkan.
Pilihan kelahiran selamat jika kedudukan bayi songsang
Dalam kebanyakan kes melibatkan kehamilan bayi songsang, kelahiran czer yang dirancang adalah jalan paling selamat.
Jika bayi dalam kandungan kekal berada dalam posisi songsang ketika menghampiri tarikh jangkaan bersalin (EDD), doktor akan menjadualkan pembedahan caesarean.
Bagi kes melibatkan kehamilan songsang yang jarang berlaku, pembedahan caesar mungkin tidak digalakkan atau sukar dilakukan.
Sebagai contoh, jika proses kelahiran songsang berlaku terlalu cepat, kelahiran secara normal atau faraj, mungkin satu-satunya pilihan selamat.
Bagi kehamilan kembar, di mana seorang anak menghadap ke bawah iaitu posisi normal bersalin, manakala kembar kedua songsang, sebaiknya kedua-duanya dilahirkan melalui faraj.
Tidak kira apa pun kedudukan bayi, ibu yang mengandung harus mengetahui bahawa setiap proses kelahiran adalah unik.
Sekiranya terdapat kebimbangan atau keraguan, lakukan rundingan bersama doktor untuk lebih kepastian, okay?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!