Ketika bayi berumur 8 bulan, otak mereka punyai 1,000 trillion connections. 500 trillion akan mati ketika usia mencapai 10 tahun.
Yang berbaki pun akan hilang sedikit demi sedikit dari bayi sampai kanak kanak. Seterusnya alam dewasa. Kecuali mereka yang menjaga otak.
Perbuatan berikut akan cepatkan kematian connections ini. Antaranya:
1. Main gajet berjam jam lamanya.
2. Ketagihan pada games
3. Terdedah kepada toksin seperti asap rokok, gam, bau cat, bau marker pen, bau minyak petrol
4. Makanan bergula (dari sumber gula putih), berperisa (dari sumber bahan kimia), berwarna (dari sumber bahan kimia), pengawet (bukan semulajadi),
5. Tidur tidak cukup masanya dan tidak berkualiti.
Ads
Ada banyak lagi faktor. Jaga yang lima ini dulu. Supaya anak anak besar sempurna. Boleh boleh?
Galakkan Anak Anda Makan Banyak Ikan Untuk Otak
Ikan ialah salah satu makanan utama dalam hidangan harian kita. Ikan mengandungi banyak nutrien yang membawa banyak manfaat kepada kesihatan manusia. Hampir setiap individu sedar akan khasiat ikan kepada kesihatan tubuh. Walau bagaimanapun, hanya sedikit sahaja yang mengetahui mengapa makan ikan baik untuk kesihatan, dan jenis nutrien yang ada pada ikan.
Ikan ialah makanan yang mengandungi banyak nutrien penting untuk tubuh seperti protein, asid amino, omega-3, methionine, tyrosine, lysine, tryptophan, dan sebagainya. Protein yang terkandung dalam ikan adalah mudah untuk dicerna berbanding dengan yang ada dalam daging.
Ads
Ikan mengandungi beberapa jenis bahan-bahan lemak seperti lipid yang merupakan asid lemak tak tepu. Asid lemak ini adalah baik untuk tubuh dan mengelakkan lemak dalam darah, yang menjurus kepada obesiti.
Sesetengah ikan mengandungi banyak vitamin, seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B12, dan vitamin D. Ikan juga mengandungi pelbagai mineral, terutamanya kalsium. Malahan, kandungan kalsium dalam ikan adalah lebih tinggi berbanding daging.
Salah satu bahan baik untuk tubuh ialah DHA dalam ikan. DHA memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan sistem saraf dan sel otak.
Phosphatide dalam ikan terlibat secara aktif dalam metabolisme kolesterol, mencegah pengumpulan kolesterol dalam darah, membantu membuang kolesterol yang tidak baik daripada tubuh, mencegah obesiti, dan melindungi sistem kardiovaskular. Kandungan ini juga boleh menghalang pelbagai jenis kanser.
Secara ringkasnya, ikan adalah amat penting.
Ads
Berikut adalah beberapa jenis ikan yang selamat dan baik untuk anak anda termasuklah:
2 jenis ikan yang terbaik untuk kanak-kanak adalah:
Salmon
Salmon ialah ikan yang kaya dengan asid lemak tak tepu yang boleh merangsang perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan vitamin A, B, D, E, dan kalsium, zat besi, zink, magnesium, fosforus dan mineral lain. Isi salmon adalah lembut dan licin, jadi kanak-kanak akan menggemarinya. Ikan ini juga baik untuk kecerdasan kanak-kanak.
Tuna
Tuna mengandungi asid omega-3 yang baik untuk mencegah degenerasi makular, iaitu keadaan yang mengehadkan penglihatan mata, dan secara perlahan-lahan membawa kepada buta.
Informasi di atas tentang ikan boleh membantu anda mengetahui lebih lanjut khasiat dan sebab perlu makan ikan.
Ekzema biasanya terjadi pada bayi atau kanak-kanak dan selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan dan ketidakselesaan.
Menurut Dr Hafiz Sulaiman, disebabkan ekzema juga boleh menyebabkan emosi dan tingkah laku anak turut terkesan.
Sebagai seorang yang melihat pesakit ekzema secara harian, terdapat beberapa persamaan yang saya perhatikan pada pesakit ekzema anak kecil.
EMOSI TAK STABIL
* Lebih sensitif, lebih tak stabil.
– Cepat marah.
– Mudah sedih.
– Kuat sentap, terutama jika kena marah.
– Cepat terkejut.
– Clingy..asyik nak dukung je. Tak boleh ditinggalkan.
– Obsesif: fanatik dan mungkin sangat fokus benda dia minat.
– Susah sesuaikan diri tempat baru.
– Penakut dan fobia sangat.
– Ahli fikir: suka termenung dan berkhayal.
– Sangat responsif: umur beberapa bulan dah toleh bila orang panggil nama dia. Comel kan.
– Dramaqueen: Sangat hepi tiba-tiba boleh nangis kuat-kuat. Emosinya ekstrem banget.
SIMPTOM LAIN
– Tidur lewat, walaupun tak gatal waktu malam.
– Clumsy. Kerap jatuh bila jalan. Kerap terlanggar.
– Selera makan ekstrem. Kurang atau lebih.
– Waktu baby nafas berbunyi macam ada lendir.
– Baby kerap muntah susu (mungkin refluks).
– Perut kerap kembung.
– Sembelit. Atau bila ekzema flare cirit birit (bahaya).
– Kerap demam.
Biasanya simptom atas ni hilang bila ekzema pulih. Anak-anak jadi playful dan ceria kembali insha Allah.
Ini pemerhatian saja bukan kajian saintifik atau simtom biasa dalam buku teks. Jika ada masalah di atas boleh lah rujuk doktor perubatan berkenaan ya.
Semoga ekzema anak-anak diberi kesembuhan secara total. Ameen.
Lenguh tangan dan penat memegang bayi bila dia mula melompat-lompat? Ya hampir semua ibu bapa akan menghadapi fasa ini. Tapi kalau tahu faedahnya, mama papa tidak akan mengeluh.
Perkembangan fizikal bayi memang sangat pesat dan pantas. Tidak sekadar itu, kebolehannya dari segi psikologi, fizikal, kognitif, pertuturan sangat pesat!
Mama dan papa mungkin akan keletihan untuk memegang bayi pada fasa ini. Bila diletakkan dalam kedudukan berdiri pasti ia akan terus melompat-lompat! Malah jika didukung, kakinya mula menunjal perut atau dada anda. Jika anda tahu faedahnya melompat ini kepada bayi, tentu anda tidak akan mengeluh lagi!
Keadaan ini selalunya berlaku lebih kurang pada usia bayi 6 hingga 9 bulan. Lazimnya bayi akan mula melompat apabila dipegang secara berdiri.
Melompat adalah sebahagian proses yang untuk menguatkan otot kaki dan paha sebagai persediaannya untuk merangkak dan berjalan. Ia juga menguatkan bahagian belakang bayi.
5 PERKARA MAMA PAPA PERLU TAHU BILA BAYI MELOMPAT
Apabila bayi mula melompat, dia sebenarnya sedang melatih dirinya untuk berjalan dalam satu jangka masa yang panjang.
Aktiviti melompat ini ialah peringkat awal bayi kepada fasa perkembangan seterusnya iaitu berjalan.
#1 PEGANG BAYI & PERMUKAAN KERAS
Pada sekitar usia enam bulan, bayi akan mula melompat apabila berada dalam keadaan berdiri. Jadi, pastikan mama dan papa bantunya dengan memegang pada bahagian ketiaknya dan biarkan dia dia berpijak pada permukaan yang keras dan rata untuk aktiviti ini.
#2 PERSEKITARAN YANG MENYOKONG
Bayi ialah peniru yang baik. Dia suka memerhati dan meniru apa yang dilihat di sekelilingnya. Jadi apabila bayi dalam fasa melompat ini, dedahkan mereka kepada persekitaran yang memperlihatkan kanak-kanak dan bayi lain yang sudah berdiri dan berjalan. Ini sebagai galakan untuknya meniru perbuatan kanak-kanak lain iaitu berdiri dengan sendiri.
#3 PENTING UNTUK MENGUATKAN KAKI
Aktiviti ini bertindak sebagai latihan untuk menguatkan kaki bayi.
#4BERI GALAKAN & PUJIAN
Pada sekitar usia sembilan bulan, kebanyakan bayi sudah boleh berdiri sendiri. Jika dia menunjukkan perkembangan ini, mama dan papa boleh boleh turut serta dalam aktiviti si kecil sebagai galakan.
Berikan pujian kalau dia boleh berdiri sendiri walau pun terjatuh. Galakkan dia terus mencuba. Anda juga boleh cuba untuk memegang mainan dari atas dan biarkan bayi cuba mencapai mainan tersebut dalam keadaan berdiri.
#5 TIKAR YANG LEMBUT
Sediakan tikar permainan yang lembut supaya bayi tidak sakit apabila terjatuh semasa cuba untuk berdiri.
#6 BELAJAR MENGIMBANGI BADAN
Ia melatih otot dan tulang kakinya, belajar mengimbang badan dan berdiri. Lama kelamaan, bayi akan belajar untuk berdiri lebih tegap dan lama seterusnya mampu berpegang pada perabot.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekejap masa berlalu, dah 8 bulan usia Ana Nayla. Bagi pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat, sebagai ibu, apa saja yang Ana Nayla dah pandai buat dan sebut ketika ini jadi momen bermakna untuknya dan suami, Nabil Mahir.
Menurut Ayda, 30, Ana kini sudah pun mampu menyebut beberapa patah perkataan dan kerap mahu bersama dengannya.
Bukan itu saja, sejak Ana Nayla makin besar, dia asyik nak melekat saja. Pantang dengar suara mommy, elok-elok main terus bertukar moodnya minta dukung. Kalau tak nampak atau dengar suara elok je.
“I wanna post it! Coz you shooo cute! She can says ‘Mama’ yup! Thanks Baby for choosing Mommy instead of Daddy Bil. Daddy dia sampai merajuk. And few more words! I’ll record and tengok dekat Boss Baby @ananaylaofficial okay!
“And now she so clingy with me, 24 jam nak berkepit, and bila main dengan orang lain dia okay je gelak-gelak, but bila nampak je Mommy or dengar my voice, habis terus mood bertukar muka cebik nak mintak kena amik,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, di usia Ana Nayla ini, clingy atau nak melekat ini adalah normal. Mengikut istilah kesihatan, perkara ini dikenali sebagai ‘separation anxiety’. Ia boleh berlaku kepada bayi seawal 7 bulan, iaitu ketika bayi sudah mula mengenal kehadiran ibunya.
Keadaan ini sering berlaku kepada bayi sekitar 10-18 bulan dan ada yang berlarutan sehingga ke peringkat kanak-kanak.
Cuma ada cara yang boleh dilakukan untuk anak mula memahami. Marah bukan penyelesaian untuk anak kerana fasa ini, anak sedang belajar memahami kehadiran orang sekelilingnya. Sebab ibu orang paling rapat dengannya sejak dalam kandungan lagi, itu menyebabkan anak pilih IBU dulu berbanding orang lain.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat ada berkongsikan pengalaman bersama anak masing-masing selain turut menitipkan doa yang baik-baik buat Ayda seisi keluarga.
“Sama la my baby pun nak berkepit je dgn ibu sejak masuk 6m. Sekarang dah 7m.. 😩 tengah main dgn papa dia elok je nampak ibu dah macam nak terbang gayanye nak dekat ibu 😂 . Sabar je laa”
“Bertabah la mommy..fasa ni sekejap je, lepas ni kita pula rindu..”
Ayda mendirikan rumah tangga bersama Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan mereka menyambut kelahiran Ana Nayla pada 21 September tahun sama.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.