
Isi Kandungan
TogglePajeri antara masakan berkuah yang ringkas tapi cukup padu sehingga membuatkan kita makan nasi bertambah-tambah. Enak dinikmati bersama gelama masam goreng. Untuk anak-anak, boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng. Kuahnya yang pekat likat, memang enak menjilat jari.
Pajeri Terung, Kuah Pekat, Likat
Masakan pajeri biasanya daripada terung dan nanas. Dinamakan pajeri kerana masakannya berkuah pekat dan bukan berkuah cair. Bahan utama dan wajib dalam masakan pajeri sudah pasti kerisik dan rempah kari daging. Jom kita cuba buat pajeri terung.
RESIPI PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
5 biji terung
2 cawan air
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 sudu makan udang kering
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 pek kecil rempah kari ikan @ ayam
1 tangkai daun kari
3 sudu makan kerisik
¼ gula melaka
¼ kotak santan
Masak Untuk Anak-anak Kurangkan Cili Kering
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang, udang kering dan cili kering.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.
3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk.
4. Masukkan gula melaka dan kerisik.
5.Bila semua bahan sudah sekata, masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam dengan secukupnya supaya seimbang rasa masin, lemak dan manisnya.
6. Pajeri terung sedia untuk dinikmati. Enak dinikmati bersama telur dadar atau gelama masam.
Kredit resipi & foto: Umi Watie
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekali-Sekala Masak Untuk Anak Makanan Berasaskan Keju, Confirm Dia Suka! Ada 3 Resipi Menarik Wajib Cuba

Bayi yang berumur 8 bulan hingga 12 bulan sudah boleh makan keju. Namun tak semua keju sesuai untuk bayi. Bagi yang berumur 8 bulan hingga 12 bulan perkenalkan bayi dengan krim keju seperti Tatura.
Jika bayi anda tiada sebarang masalah alahan, anda boleh teruskan. Elakkan memberi keju yang mempunyai garam, kerana ia agak masin. Ikuti resipi di bawah yang dikongsi oleh Puan Nurul Hanim untuk panduan dalam penyediaan makanan kepada bayi anda.
hi momies… kimi 8months 12hari baru ibu intro cream cheese. Ni antara menu kimi untuk 3DR intro cream cheese dalam makanan kimi. So far kimi ok takde nampak alahan apa-apa.
CHEEZY SWEET POTATO Ccoated with DATES
Bahan-bahan:
1biji sweet potato – saiz sederhana
1tbsp tepung gandum Faiza
2biji kurma – jadikan puree
Cream cheese – potong dadu secukupnya
1tsp unsalted butter
Minyak masak
Cara penyediaan:
1. Rebus/kukus sweet potato hingga empuk. Sejukkan dan lenyek-lenyek.
2. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit dan uli bersama sweet potato hingga sebati adunan tak keras ye! Memang lembut je (kalau adunan telerai tambahkan air sikit-sikit sampai elok melekat je)
3. Gentel-gentel bagi bulat atau memanjang (ikut suka) dan masukkan cream cheese. Tutup semula dan goreng hingga garing.
4. Dalam periuk lain. Cairkan UB dan masukkan puree kurma. Biarkan sedikit likat dan masukkan cheezy potato. Pastikan semua bahagian disaluti kurma dan tutup api. Sedia dihidang & makan!
CHICKEN STUFFED with CHEEZY MIX VEGE
Bahan-bahan:
2ketul dada ayam
1/2biji bawang kecik – cincang(guna bawang holland lagi sedap)
1ulas bawang putih
Sayur pilihan *carrot, brokoli, cauliflower, leeks, tomato ceri -cincang&steam
2tbsp cream cheese -keluarkan awal spya x keras
1tbsp white sauce
Unsalted butter
Toothpicks – utk jahit ayam
Cara penyediaan:
1. Cairkan UB dan tumiskan bawang hingga naik bau.
2. Masukkan sayur-sayur yg telah dikukus sebatikan dengan bawang tumis dan tutup api. Sejukkan sekejap.
3. Masukkan sayur2 dlm mangkuk. Campurkan dengan white sauce dan cream cheese biar sebati.
4. Lubangkan ayam dan sumbat campuran sayur td. Dan tutup ayam gunakan toothpicks kemas-kemas supaya isi tak terkeluar.
5. Goreng/grilled gunakan UB hingga ayam masak. Sedia dimakan.
WHITE SAUCE @ BECHAMEL SAUCE
(Kuantiti terhasil banyak bole simpan utk buat carbonara, lasagna atau sebagai agen pemekat)
Bahan-bahan:
1/2 cawan Unsalted butter
1/2 cawan tepung gandum faiza
1cawan susu (fm-under 1y,, freshmilk -1y above)
Oregano & parsley flakes (optional)
Cara penyediaan:
1.Cairkan UB dan masukkan tepung dan gaul sekata hingga sedikit bubble2 tp jgn sampai jd brown colour.
2. Masukkan susu dan tutup air. Gaul2 sampai x berketul. Tekstur licin je. Kalau pekat bole tambah susu lg. (Sy letak air kosong je)
3. Taburkan oregano & parsley flakes *jika suka.
CHICKEN CHEEZY BUTTERMILK
Bahan-bahan:
1keping dada ayam hiris nipis kecil2*
1tsp tepung gandum*
1tsp tepung jagung*
1/4tsp rempah kari ayam*
1tbsp bawang holland cincang
1ulas bawnag putih cincang
2tbsp white sauce (bole guna susu)
1kiub chicken stock
1tbsp cream cheese
1 1/2tbsp unsalted butter
7helai daun kari
Air
Cara penyediaan:
1. Campurkan bahan * sebati dan perap selama 30min atau lebih.
2. Cairkan 1tsp UB dan gorengkan ayam yg telah diperap. Ketepikan.
3. Gunakan kuali yg sama cairkan lebihan UB yg ada dan tumis bawang & daun kari hingga naik bau dan kekuningan.
4. Masukkan CS dan white sauce@susu. Tambahkan air sedikit. Biar hingga sedikit menggelagak.
5. Masukkan cream cheese dan kacau hingga tidak berketul.
6. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaul sekata. Siap!
Sumber: Facebook Nurul Hanim Omar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Untuk Anak Tak Sihat Dan Tiada Selera Makan. Kaya Dengan Bahan Tingkatkan Imun Badan

Anak tak sihat mulalah susah nak makan. Lagi-lagi masa si kecil tak sihat lagi lah pening sebab langsung tak selera makan. Kebanyakan resipi dalam ni gunakan bahan/makanan yang bantu tambah selera makan, tingkatkan imun dan sebagainya.
Ibu boleh cuba resipi yang dikongsikan Puan Yatie Eimra yang mungkin boleh menambat selera anak-anak yang tak sihat.
Pasta Sup Ayam
Hari pertama Fydh demam, langsung tak nak makan. Selalu kalau dia tak selera makan nasi, saya masakkan pasta/spaghetti atau bihun. Alhamdulillah saya buatkan pasta sup, dak Fydh ni makan gak akhirnya. Saya masukkan kismis dalam sup ni untuk tambah selera makan anak di samping berikan rasa masam-masam manis sikit.
Bahan-bahan:
Bawang merah – dihiris
Bawang putih – dihiris
Halia – dihiris
Isi ayam
Kiub bone broth
Kiub sup homemade
Sedikit lada hitam
Secubit mixed herbs (optional)
Lobak merah/cauliflower/sayur pilihan
Kismis
Pasta/makeroni
Air secukupnya
Garam pink
Minyak zaitun untuk menumis
Daun sup
Cara-cara:
Tumis bahan² yang dikisar dengan sedikit minyak zaitun.
Masukkan semua bahan kecuali daun sup. Masukkan air secukupnya untuk pastikan pasta masak sekata.
Lepas masak, taburkan daun sup untuk aroma yang lebih wangi.
* lebihkan sayur jika suka. Saya parut carrot supaya dak Fydh ni tak boleh pilih-pilih & buang masa makan tu pun cauliflower & daun sup tak boleh masuk mangkuk dia, kang kompem langsung tak nak makan.
Ayam Masak Halia
Resipi ayam masak halia biasanya ada sos tiram. Tapi since masak untuk anak tak sihat, saya tak letak sos tiram & tepung jagung (makanan proses lemahkan imun). Sesetengah resipi, kena goreng ayam dulu. Untuk versi yang lebih sihat ni ayam dibiarkan masak dari stim/wap air je. Boleh lebihkan halia (upkan imun) & lada hitam (tambah selera) jika anak dah pandai makan pedas sikit. Sebabkan tak tambah tepung, bawang perlu dikisar untuk pekatkan sikit kuahnya. Untuk sayur, saya gunakan cendawan & carrot (kurangkan mukus). Resipi ni sesuai gak tuk anak setahun++ makan dengan nasi lembik.
Bahan-bahan:
Bawang merah – dikisar
Bawang putih – dikisar
Halia – dikisar & dihiris
Sedikit serbuk lada hitam
Ayam 3-4 ketul/isi ayam
Cendawan/carrot/sayur pilihan
Buah tomato
Air secukupnya
Garam pink, madu asli
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
Bawang merah & bawang putih dikisar bersama sedikit halia.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
Tumiskan pula cendawan sehingga keluar airnya. Biarkan merenih seketika.
Masukkan ayam, lada hitam dan halia yang dihiris & air secukupnya. Tutup tudung periuk supaya ayam masak sekata.
Setelah ayam empuk masukkan carrot/tomato/sayur pilihan dan gaul sebati.
Perasakan garamnya. Biarkan merenih seketika sebelum tutup api.
Tambah madu untuk imbangi rasa menggantikan gula.
*tip apabila memasak cendawan dari chef – cendawan perlu dimasak lama untuk naikkan flavournya dalam masakan.
Agar-agar Sedut Nabeez Kismis
Siapa cakap orang sakit tak boleh makan dessert? Masa sakit dah tentu selera makan anak dah kurang. Tak salah pun bagi anak makan sikit dessert asalkan yang berkhasiat. Kali ni nak share agar² sedut nabeez kismis (air rendaman kismis semalaman) yang elok untuk anak demam & melegakan tekak. Agar² boleh sejukkan badan & nabeez kismis lak bertindak sebagai antibakteria & antioksidan yang membantu menentang jangkitan, redakan demam juga boleh tingkatkan selera makan.
Tempoh hari masa Fydh demam & selesema, hari ke-3 tu demam dah kebah pun. Tapi start batuk jenis chesty cough (kahak masih sikit tapi pekat sampai susah nak keluar) lak. Doc check tekak dah bengkak & luka. Sebabkan batuk dia teruk sangat, hari ke 4 tu Fydh demam balik. Selain penjagaan demam yang betul, pengambilan ubat ikut dos & masa yang ditetapkan, boleh juga berikhtiar dengan jaga pemakanan. Kali ni mak² bolehlah buat dessert lak tuk anak yang demam & tak selera makan tu.
Nabeez kismis:
1-2 sudu makan kismis
½ cawan air masak
Rendam semalaman atau paling kurang 8-12 jam pada suhu bilik (supaya khasiat dapat larut ke dalam air dengan baik).
* kalau rendam pagi, petang dah boleh guna.
Bahan agar-agar sedut:
2 sudu penuh (guna sudu kfc) agar² tali (potongkan pendek² supaya senang nak sukat)
1 cawan air (250ml)
3 biji kurma merah (kering) – optional
½ cawan nabeez kismis
Sedikit madu
Buah²an pilihan (pastikan buah yang anak makan)
Cara-cara:
Pastikan basuh dulu agar² tali & tapis. Masukkan ke dalam periuk bersama kurma merah & secawan air.
Masak dengan api sederhana sehingga mendidih & agar² tali larut sepenuhnya. Tutupkan api.
Campurkan air nabeez kismis. Tambahkan sedikit madu. Masukkan ke dalam bekas & biarkan suam sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang²nya 2 jam.
Tambah buah²an potong sebelum hidang.
* untuk anak yang dah besar boleh sedut agar² macam tu je. Tapi untuk anak kecik, makan dengan sudu supaya tak tercekik pulak kismis tu.
* kalau anak tak suka agar² yang lembik, boleh lebihkan agar² tali masa masak.
Hari ni saya buat agar² sedut perisa oren & nanas lak. Agar² oren & nanas ni tinggi vitamin C, elok untuk anak demam. Tapi kalau anak sakit tekak/tekak dah luka jangan buat perisa oren & nanas ye. Asid boleh menyebabkan keradangan pada tekak yang dah luka.
Jus oren
2 biji oren
Gunakan lemon squeezer, ambil jus dari 2 biji oren. (Jgn blend sebab nak dapatkan pulp/sari oren). Tambah sikit air untuk cukupkan setengah cawan (jika saiz oren kecil)
Bahan agar-agar sedut:
2 sudu penuh (guna sudu kfc) agar² tali (potongkan pendek² supaya senang nak sukat)
1 cawan air (250ml)
Sedikit nanas dipotong
½ cawan jus oren
Sedikit madu
Cara-cara
Pastikan basuh dulu agar² tali & tapis. Masak bersama secawan air.
Campurkan agar² ke dalam air & masak dengan api sederhana sehingga mendidih & agar² tali larut sepenuhnya. Tutupkan api.
Campurkan nanas yang telah dipotong & jus oren tadi. Tambah madu jika suka. Kacau sebati.
Masukkan ke dalam bekas & biarkan suam sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang²nya 2 jam.
* kalau anak tak suka agar² yang lembik, boleh lebihkan agar² tali masa masak.
* yang saya buat ni, saya tambah sesudu sunquick sebab anak memang tak makan buah oren/minus jus oren kecuali tambah sunquick jer.
Sumber: Yatie Eimra
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Salad Kentang Tiada Pantang Larang, Tambah Apa-Apa Pun Boleh Jadi Sedap

Salad kentang paling versatil yang boleh anda siapkan dalam masa 10 minit. Menu ni anda boleh letak apa-apa sahaja protein yang anda suka samada ayam, jejari ketam, telur atau makanan laut, silakan.
Yang paling menarik, salad kentang ini sangat mesra dengan pelbagai rasa dari latar budaya yang berbeza. Nak kan rasa Asia? tambah serai atau halia. Rumpai laut pun boleh. Mahu rasa Mexico? Gunakan rempah ratus Cajun atau Tex-Mex.
Tambah lagi resepi ini resepi “bebas pening kepala” kerana tidak renyah cara pembuatan dan penyimpanannya. Senang kata, resepi ikut citarasa masing-masing. Tapi hari ini, Pa&Ma ingin kongsikan resepi salad kentang dari perkongsian Siti Hazneza
Bahan-bahan:
5 biji ubi kentang – rebus sehingga empuk
4 biji telur – rebus
1 biji bawang besar – cincang halus
¼ biji lobak merah – cincang halus
½ biji cili hidup (merah) – buang biji dan cincang halus
½ biji cili muda (hijau) – buang biji dan cincang halus
2 sudu makan daun bawang – dihiris
2 sudu makan daun sup – dihiris
1 batang saderi – dicincang halus
Jika hendak pedas, biarkan biji cili.
Cara-cara:
- Dadukan ubi agak saiz semulut
- Sekarang kita buat kuah saladnya dengan bahan-bahan yang cantik berwarna-warni ini.
3. Lecek telur rebus guna garfu seperti yang kita belajar dalam ERT di sekolah dulu
4. Tambah:
½ cawan mayonis
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk rosemary/ oregano/ Italian herbs
2 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1 sudu teh gula
2-3 sudu makan cuka/jus lemon/ jus limau nipis
Gaul rata
5. Masukkan sayur-mayur dan gaul rata
6. Masukkan ubi yang didadu dan gaul rata
7. Siap untuk dihidang atau disimpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup jika mahu makan sejuk

Menu ini mungkin pelik bagi kita orang Malaysia, tapi anda boleh buat dan cuba. Hasilnya memang sedap.
Kredit: Siti Hazneza
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI