Pakar Jelaskan Anak Pandai Baca Seawal 5 Tahun Bukan Kerana Latihan Membaca Tapi Sebab Ini

Share

Kebolehan membaca bermula dari minat anak pada buku, dan sifat ingin tahu tentang makna teks. Kecenderungan ini tidak bermula di tadika atau sekolah, sebaliknya ia bermula dari rumah.

Oleh itu ibu bapa yang panik dan beria-ia bertanya bolehkah Tadika ABCD menjamin yang anaknya boleh membaca pada usia 5 tahun harus menilai budaya cintakan buku dalam rumah terlebih dahulu. Sekiranya budaya itu tidak ada, amalan dalam keluarga harus diubah.

Ramai kanak-kanak boleh membaca pada usia awal bukan kerana mereka di’dril’ dengan latihan membaca, sebaliknya membaca menjadi amalan dalam keluarga yang ditiru. Anak-anak ini didedahkan dengan pengalaman membaca yang ‘rich’ dan ‘interactive’ dari usia awal tanpa paksaan untuk belajar membaca.

Syabas diucapkan kiranya anak kecil anda mempunyai 5 tanda-tanda yang disebutkan ini. Teruskanlah memupuk minat anak pada buku dan amalan membaca. Layanlah.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

IKLAN