Setelah bergelar ibu bapa, rutin harian suami isteri automatik berubah. Jika sebelum ini, kita tak kisah nak bangun pukul berapa, nak tidur lambat atau cepat kerana tiada komitmen lain yang menganggu.
Bagaimanapun, Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar menjelaskan jika ada anak kecil rutin tidur dah mula berubah sepatutnya suami isteri kena saling bertolak ansur.
Cara ini bagi memastikan pasangan tidak cepat rasa stres kerana terlalu penat dan tak cukup rehat.
Berikut perkongsian Dr Rizal:
Bila ada anak kecil tidur mula terganggu. Ramai telah alami. Ramai sedang alami. Tekuni luahan berikut:
“Dr. Rizal. Saya marah betul dengan suami. Dia dapat tidur lama. Nyenyak.
Anak saya baru 9 bulan. Bangun malam 2-3 kali. Suami tidur mampus.
Anak menangis dia tak dengar. Tak bergerak. Bila bangun komplen dia letih sangat.
Saya yang menderita tidur tak cukup. Malam tak nyenyak. Siang pun tak dapat lelap.
Abang si baby kacau. Macam-macam yang dia nak. Macam-macam dia buat untuk tarik perhatian.
Saya yang patutnya letih. Bukan suami saya. Dia pulak yang letih lebih!!!”
Ini luahan Puan N. Ibu muda beranak dua. Suri rumah sepenuh masa.
Mungkin ada senada seirama luahan seperti ini di luar sana.
Ads
Beberapa fakta tentang bayi. Kita perlu tahu. Perlu bersedia:
1. Bayi tidak ada jadual tidur yang tetap. Waktu tidur mereka tidak sama dengan orang yang lebih dewasa. Tidur mereka berbeza.
2. Waktu makan mereka juga tidak sama jadual makannya dengan kita. Berbeza.
3. Antara 25-40% bayi mengalami masalah tidur. Mereka menangis di waktu malam. Atau berjaga untuk bermain.
Si ibu atau si ayah pula (bergantung siapa yang bangun) akan mengambil masa selama setengah jam untuk dapat kembali lelapkan mata. Kesannya pada otak dan fizikal sangat besar.
Seminggu sahaja hidup dengan tidur yang tidak menentu seperti ini akan:
1. Menjadi si ibu dan si ayah mudah marah. Mengganggu bahagian kiri temporal lobe. Letaknya di belakang mata kiri kita.
Ads
2. 91% hilang kemampuan mengurus emosi dengan baik. Prefrontal cortex (PFC) terganggu. Kedudukannya di belakang dahi kita.
3. Turun mendadak kebolehan kognitif (berfikir) mereka. Sebabnya? PFC menjadi tidak aktif.
4. Kebolehan menyelesaikan masalah akan terganggu. Juga gangguan pada PFC
Pada permulaannya si ibu atau si ayah akan mengalami perubahan mood. Kemudiannya perubahan kognitif. Akhirnya perubahan fizikal.
Berat mula meningkat. Lemak dengan bangganya berkumpul. Perut pula membesar sebagai johan.
Kesannya pada hubungan suami isteri. Anak juga akan menjadi mangsa. Prestasi kerja juga tidak mencanak naik.
“Jadi penyelesaiannya bagaimana doctor? Tanya Puan N.
“Puan boleh cuba beberapa pendekatan ini. Salin.” Jawab saya ringkas.
Ads
1. Buat sistem giliran bangun dengan suami.
2. Elakkan bayi tidur dengan perut yang tidak kenyang.
3. Dapatkan tidur di waktu tengahari sebanyak 30 minit. Suami boleh tidur di tempat kerja.
4. Mesti ada komunikasi terbuka dengan suami dalam hal penjagaan anak. Usah hidup dengan andaian dia tahu.
5. Ambil “time-off” seminggu sekali. Tinggalkan anak dengan pengasuh. Boleh juga dengan ibu bapa. Dua atau tiga jam sudah memadai.
Penting untuk kita ada ilmu tentang anak-anak. Kursus kahwin kurang menyentuh hal ini. Perlu sentiasa memperbaharui ilmu.
“Doktor tak buat kursus begini ke?” Tanya Puan N lagi.
“Tidak puan. Perlu ke.” Soal saya.
“Perlu sangat. Sebab penting untuk orang macam kami.” Kata Puan N bersungguh.
Difikirkan macam tak ada sahaja program begini. Atau mungkin sudah ada tapi saya yang tak tahu. Anda rasa bagaimana?
P/S : Mahu ikuti & pelajari ilmu tentang Neurohacking? klik https://neuroversiti.com/neurohacking.
Setiap kali masak nasi dengan kuantiti lebih dari biasa, nasi kebiasaannya jadi mentah. Begitu juga dengan nasi seperti nasi beriani, nasi lemak dan sebagainya yang lebih senang mentah jika di masak pada kuantiti yang banyak.
Tak perlu kecewa, jika mentah apa kata cuba aplikasikan tip yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok @asiacleopatra ini. Memang mudah!
Sharing is caring uollsss. Manfaat untuk suri hati kat dapur.
Nasi mentah jangan risau, nah sis share petua.
Korang sarung je tudung plastik dekat tudung periuk tu.
Insyallah nasi masak elok semula.
Nampak lain dari yang lain. Apa kata kita cuba lakukan teknik mudah ini setiap kali nasi mentah. Jom cuba!
3 cara atasi masalah nasi mentah
Selain menggunakan plastik ini, tiga cara lain adalah dengan menggunakan renjisan air, mengukus dan juga meletakkan air dengan cawan di tengahnya.
Letak air di tengah nasi
Sendukkan nasi dan beri ruang di tengah nasi kemudian masukkan secawan air di tengah-tengahnya. Biarkan nasi dimasak seketika.
Kukus semula
Jika dalam kuantiti yang terlampau banyak, senduk nasi yang mentah dan kukus dalam bekas berasingan hingga nasi masak dengan baik.
Renjiskan air
Lihat keadaan nasi mentah, jika nasi dalam keadaan yang sedikit, hanya renjiskan sahaja air di permukaan nasi dan biarkan dimasak semula. Kacau terlebih dahulu sebelum kembali untuk masak.
Dalam rumah tangga ni, kalau bertengkar tu biasa la. Asam garam dalam rumah tangga kan. Lidah sendiri pun kadang-kadang tergigit, apatah lagi duduk serumah dengan pasangan yang baru kita kenal.
Tetapi kalau bertengkar jangan sampai keluarkan kata kesat kepada pasangan. Caci maki kaw-kaw. Sumpah saranah tak ingat dunia. Lebih teruk lagi sampai pukul pasangan.
Apa yang dikongsikan oleh Encik Amir Syahir ni memang betul dan mungkin kita dapat sama-sama perbaiki kelemahan dalam diri masing-masing.
Ada orang bila bergaduh, dia tutup pintu bilik pastu nangis. Ada jugak jenis pukul bantal. Ada orang bila bergaduh dia ambil kunci kereta lepastu keluar tenangkan fikiran. Ada yang mogok taknak masak. Ada orang bergaduh tak cakap dua hari. Hari ketiga bercakap balik.
Apa pun cara korang tenangkan diri, janganlah sampai keluar berdua-dua dengan ajnabi. Itu sama sekali salah. Mungkin akan hadir rasa sayang dengan ajnabi tu nanti. Tengah fikiran kusut, mesti akan buat keputusan terburu-buru. Masa tu juga akan ada yang ketiga ambil kesempatan. Syaitan suka kalau rumah tangga umat manusia musnah.
Bersikap professional dan bertenang
Masalah dalam rumah tangga korang tak boleh lari. Mana ada hidup takde masalah kan. Korang kena hadapinya. Hadapi dengan tenang dan senyuman. Itulah yang dikatakan pahit manis dalam rumah tangga.
Pasangan yang berkahwin lewat biasanya jarang nak bertengkar tentang perkara remeh. Bagi mereka, rugi dorang bertengkar. Dah la lambat kahwin, rugi masa bahagia untuk bersama.
Pasangan muda yang baru berkahwin, lima tahun pertama biasanya selalu akan gaduh. Dalam masa tu korang baru nak kenal pasangan luar dan dalam. Kuatkan hati. Gaduh tu perkara biasa.
Dalam sebulan, gaduh tiga hari. 27 hari bahagia. Apa ada hal. Anggap saja tu ujian nak kukuhkan rumah tangga korang. Bukannya semakin goyang. Kalau 27 hari kau gaduh, tiga hari je baik memang ada yang tak kena tu.
Ingat Anak-Anak
Bila bergaduh jangan cepat nak buat keputusan. Tengah marah selalunya otak tak dapat berfikir dengan baik. Masa tu ego dan emosi lebih mengatasi.
Masa bergaduh tu ingat la anak-anak. Anak-anak pun tak gembira kalau suasana dalam rumah tu tak ceria dan hambar je. Pandang dan renung wajah anak. Mesti korang rasa rugi gaduh lama-lama. Jangan biarkan senyuman di wajah anak-anak hilang hanya kerana masalah kita sebagai suami isteri.
Selamat melahirkan bayi sulungnya pada Selasa lalu, penyanyi Ernie Zakri yang kini sedang berpantang turut berkongsi kisahnya yang mula tidak cukup tidur dek menjaga cinta hatinya itu.
Kata pelantun lagu Boneka ini lagi, dia kini tidak sabar untuk memulakan perjalanan pantangnya dan berehat sebaik mungkin untuk cepat-cepat sihat.
Malah menurut Insta Storynya, kata isteri kesayangan Syamel ini, dia mengakui tidak cukup tidur namun begitu seronok melalui detik-detik bahagia itu bersama bayinya.
“Day 3. Subhaallah. Can’t wait to start my pantang journey. Waiting for CL to come tomorrow.
“Moga Allah permudahkan. In the mean time, anak syurga Ibu jaga sendiri dulu eh.
“Kepala ibu pening tak cukup tidur. Hai nasib baik comel wahai anak,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi Instagramnya, Ernie yang bakal melancarkan single Korban ini turut berkongsi cerita pengorbanannya dan suami melalui lagu yang ditulisnya.
“Korban, perkataan yang paling tepat ketika ini, ketika anak kami berusia 3 hari.
“Subhanallah, begitu besar pengorbanan ibu bapa kita membesarkan. Melalui detik detik sukar & gembira untuk kita, ANAK.
“Untuk suamiku, sememangnya tepat untuk ku tulis lagu ini untuk mu. Pengorbanan mu sepanjang perkahwinan hingga ke hari ini tak dapat ku bayangkan.
“Terima kasih untuk segalanya. We can do this, Daddy. Sayang sampai syurga. ❤,” tulisnya lagi.
Menerusi perkongsian Ernie dan Syamel di Insta Story mereka setiap hari jelas kedua-duanya begitu teruja namun cukup bahagia melalui detik-detik indah dalam hidup mereka.
Kerap kali Syamel di lihat ‘melekat’ bersama bayinya dan mahu sentiasa menemani Ernie untuk turut membantu isterinya itu.
Terdahulu, Ernie Zakri dan Syamel mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu dan kini pasangan ini meniti bahagia menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.