Kasih sayang seorang ibu memang tiada tolok bandingnya sehingga ke syurga. Biar pun si kecil anak syurga sudah pergi, si ibu masih terkenangkannya. Masakan tidak, 9 bulan dikandung dan 5 bulan diurus, pastinya masih terngiang-ngiang lagi tangisan dan hilaian tawa si kecil.

“Masa Dimandikan Muka Awak Tersenyum Seakan Sudah Puas Berkasih Dengan Ibu.” Sebak Baca Luahan Rindu Si Ibu Kepada Anaknya Yang Sudah Tiada

Tidak dapat membayangkan bagaimana menghadapi pemergian anak di atas ribaan sendiri. Tetapi inilah yang dihadapi ibu muda ini, Puan Yana Roslan yang telah kehilangan bayinya  Nur Ainul Mardhiah 5 bulan. Si kecil ini mengalami Sindrom Patau atau disebut sebagai Trisomy 13 (lahir dengan 3 pasang kromosom 13) yang pergi menghadap Ilahi hanya kerana tersedak sedikit susu.

Kerinduan ibu muda ini atas pemergian bidadari syurganya itu diluahkan. Ia amat menyentuh naluri sesiapa sahaja yang membacanya. Jelas tergambar kerinduan ibu ini yang sarat buah permata hatinya yang sudah pergi.

“Masa Dimandikan Muka Awak Tersenyum Seakan Sudah Puas Berkasih Dengan Ibu.” Sebak Baca Luahan Rindu Si Ibu Kepada Anaknya Yang Sudah Tiada

“Masa Dimandikan Muka Awak Tersenyum Seakan Sudah Puas Berkasih Dengan Ibu.” Sebak Baca Luahan Rindu Si Ibu Kepada Anaknya Yang Sudah Tiada

BISMILLAH SEMOGA ALLAH BERIKAN AKU KEKUATAN .. Awak dilahirkan pada 21 Mac 2018 dan telah kembali pada para pencipta-Nya semalam 8 September 2018 ..

9 bulan Allahh pinjamkan awak dalam perut dan genap 5 bulan lebih awak didunia , video dan gambar itulah yang terakhir kita keluar semalam .. awak meninggal atas ibu cuma tersedak hanya sedikit susu dan Allah mengambil awak kembali.

“Masa Dimandikan Muka Awak Tersenyum Seakan Sudah Puas Berkasih Dengan Ibu.” Sebak Baca Luahan Rindu Si Ibu Kepada Anaknya Yang Sudah Tiada

Syukur mudahnya Allah mengambilmu , masa awak dimandikan muka awak tersenyum seakan awak sudah puas berkasih dengan ibu .. bau awak seharum bau syurga , ibu redha walaupun berat pergilah sayang di rumah baru awak.

“Masa Dimandikan Muka Awak Tersenyum Seakan Sudah Puas Berkasih Dengan Ibu.” Sebak Baca Luahan Rindu Si Ibu Kepada Anaknya Yang Sudah Tiada

Sampai akhir hayat awak ibu ada sampai saat awak dikebumikan sayang .. Tenanglah di sisi Penciptamu sayang sungguh berat bagi ibu tapi apa daya ibu nak lawan kuasa Pencipta?

“Masa Dimandikan Muka Awak Tersenyum Seakan Sudah Puas Berkasih Dengan Ibu.” Sebak Baca Luahan Rindu Si Ibu Kepada Anaknya Yang Sudah Tiada

Cukup lihat mata tertutup rapat muka awak tersenyum riang seakan2 awak dah puas berkasih dengan ibu .. Tanggungjawab ibu menjaga sampai akhir hayatmu sudah selesai sayang .. nanti ibu ziarah adik lagi nah ? 

“Masa Dimandikan Muka Awak Tersenyum Seakan Sudah Puas Berkasih Dengan Ibu.” Sebak Baca Luahan Rindu Si Ibu Kepada Anaknya Yang Sudah Tiada

Anak ibu NUR AINUL MARDHIAH sindrom pantau fighter
Tunggu ibu disyurga nah sayang .. terima kasih memberikan ibu kasih sayang, menjadikan ibu paling kuat menjagamu .. tenanglah supaya awak tak terseksa lagi .. Alfatihah 

“Masa Dimandikan Muka Awak Tersenyum Seakan Sudah Puas Berkasih Dengan Ibu.” Sebak Baca Luahan Rindu Si Ibu Kepada Anaknya Yang Sudah Tiada

#ainulmardhiah #anaksyurgaibu

Sumber: Instagram Yana Roslan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI