“Doktor kata bayi saya kecil dan air ketuban kurang.” Intrauterine growth restriction (IUGR) ialah keadaan di mana janin tidak membesar dengan kadar yang sepatutnya. Dengan erti kata lain, pembesaran janin adalah terbantut.
Terdapat pelbagai punca pembesaran janin terbantut. Punca utamanya ialah masalah pada uri “placental insufficiency”. Placental insufficiency ialah keadaan di mana sama ada:
1. Uri/kandungan tidak tertanam elok di rahim ibu (problems with implantation or invasion of the spiral arterioles). Dalam kes sebegini, risiko untuk ibu mengalami komplikasi tekanan darah tinggi (pregnancy induced hypertension, pre eclampsia) adalah tinggi.
2. Uri tidak sihat atau tidak berfungsi dengan sempurna. Kebanyakkan `uri tidak sihat’ berlaku secara kebetulan (punca tidak diketahui). Ada yang disebabkan oleh keadaan di mana darah si ibu adalah `pekat’ seperti Antiphospholipid syndrome (APS). Ada juga yang disebabkan jangkitan kuman/virus seperti Toxoplasma, Cytomegalovirus, Rubella, Herpes Simplex.
Fungsi uri ialah sebagai penghubung di antara ibu dan janin. Uri penting untuk membawa bekalan zat makanan, oksigen dan air kepada janin. Uri juga penting untuk membawa karbon dioksida dan bahan kumbahan daripada janin ke ibu.
Apabila uri tidak berfungsi dengan elok (placental insufficiency), maka bekalan daripada ibu kepada janin terjejas. Janin akan kekurangan zat makanan, oksigen dan air. Bayangkan seorang bayi yang tak cukup makan, tak boleh bernafas dengan sempurna dan tak cukup minum. Sudah tentunya bayi ini akan menjadi kurus, tidak meninggi, kurang aktif dan kurang kencing. Itulah apa yang doktor akan lihat apabila melakukan pemeriksaan ultrasound – ukuran ukurlilit abdomen bayi kecil (kurus), ukuran tulang peha juga mungkin pendek (kurang tinggi) dan air ketuban kurang (kurang kencing). Jika keadaan janin terlalu tidak sihat, pergerakan bayi juga akan berkurangan kerana janin perlu menyimpan tenaga dan mengurangkan penggunaan oksigen.
Punca-punca lain intrauterine growth restriction (IUGR) ialah:
Ads
3. Masalah genetik/kromosom seperti Downs Syndrome, Edwards Syndrome, Pataus Syndrome, Turner’s Syndrome dan lain-lain. Janin tidak membesar dengan kadar yang betul kerna semua sel di dalam tubuhnya tidak berfungsi dengan normal.
4. Kecacatan pada janin, contoh jantung berlubang, usus tersumbat, masalah otak dan lain-lain.
5. Masalah kesihatan pada ibu yang menyebabkan ibu tidak membekalkan zat makanan/oksigen/air kepada uri. Contohnya, jika ibu sendiri kekurangan oksigen disebabkan oleh masalah jantung (cyanotic heart disease) atau masalah paru-paru (chronic obstructive pulmonary disease), sudah tentunya dia tidak dapat membekalkan oksigen yang secukupnya kepada janin. Jika ibu mengalami masalah kurang zat yang teruk (severe malnutrition), maka dia tidak akan membekalkan zat yang secukupnya kepada janin. Tetapi harus saya tekankan di sini, bahawa orang Malaysia jarang sekali kurang zat! Semua terlebih makan!! Kencing manis yang tidak terkawal (dari sebelum mengandung), penyakit kanser, merokok, penggunaan dadah berbahaya dll. juga boleh menyebabkan kekurangan bekalan kepada janin.
Jika doktor mendapati bahawa janin anda mengalami IUGR, dia akan mengesyorkan beberapa ujian/pemeriksaan untuk mengenalpasti punca IUGR, Antara ujian-ujian yang akan dilakukan ialah:
1. Ultrasound 2D untuk memantau pembesaran janin dan air ketuban.
Ads
2. Ultrasound Doppler untuk memantau aliran darah melalui tali pusat (umbilical artery Doppler), aliran darah ke otak janin (middle cerebral artery doppler) dan aliran darah di salur darah berhampiran hati janin (ductus venosus).
3. Ultrasound detailed scan untuk memastikan janin tiada kecacatan.
4. Amniocentesis & karyotyping untuk mengenalpasti jika ada masalah genetic.
5. Ujian darah TORCH IgM untuk mengesan jangkitan kuman.
Ujian-ujian ini akan membantu doktor membezakan antara janin yang boleh diselamatkan, dan janin yang tidak dapat dibantu. Oleh itu, adalah penting untuk melakukan ujian-ujian yang disyorkan oleh doktor. Seandainya janin anda didapati jenis yang boleh terselamat, doktor akan memantau keadaan janin melalui ultrasound sekurang-kurangnya setiap 2 minggu, sehingga bersalin. Doktor akan terus pantau janin melainkan didapati aliran darah di tali pusat/otak/hati mula terjejas. Jika keadaan ini berlaku, janin anda akan dilahirkan dalam masa terdekat kerana risiko janin meninggal dalam rahim adalah tinggi. Janin/bayi anda berkemungkinan tinggi memerlukan alat bantuan pernafasan setelah lahir, dan perlu dilahirkan di hospital yang mempunyai perkhidmatan NICU.
Ads
Saiz/berat janin tidak boleh ditingkatkan dengan memakan lebih banyak. Hanya berat ibu akan bertambah dengan cara ini! Air ketuban tidak boleh ditambah dengan meminum air yang banyak. Air berlebihan yang diminum tidak akan menjadi air ketuban. Air berlebihan hanya akan dikeluarkan daripada badan ibu sebagai air kencing.
Jika janin anda disahkan mengalami IUGR, anda mesti memantau pergerakan janin anda dengan lebih teliti, dan mesti hadir untuk setiap temujanji dengan doktor. Juga, persiapkan emosi dan mental anda untuk kemungkinan tinggi bayi anda perlu dilahirkan secara pembedahan.
Seksa rasanya bila melihatkan bayi comel kita sukar bernafas kerana selesema yang berpanjangan. Jangan biarkan sahaja, bantu anak kita untuk lebih selesa. Apa caranya?
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, bantu bayi untuk menjadi lebih selesa dengan penggunaan tiga alatan ini. Wajib ada!
Bayi ialah nasal breather. Maksudnya bayi cuma tahu bernafas melalui hidung sahaja. Bila bayi semakin besar barulah dia belajar untuk bernafas melalui mulut juga.
Sebab itu bila bayi kecil kena jangkitan selesema dan batuk, mereka merengek teruk.
Bayangkan satu-satunya laluan pernafasan mereka dan tersumbat. Jadi mereka merengek dan menangis sebab tak dapat bernafas dengan baik.
Untuk bayi pramatang, hidung yang tersumbat tu boleh buatkan mereka jadi biru dan berhenti bernafas.
Tiga cara ni dapat legakan bayi yang hidungnya tersumbat:
1. Guna Normal Saline Nasal Drop
Boleh beri 1 titis nasal drop setiap 3-6 jam pada setiap satu lubang hidung bayi.
2. Guna nasal spray seperti Sterimar
Selepas spray diberi, hingus akan meleleh keluar. Lap hingus yang dah keluar dan baiki yang masih ada boleh disedut keluar menggunakan baby nasal aspirator.
3. Pakai baby nasal aspirator.
Nasal aspirator ada dalam pelbagai bentuk. Saya cadangkan beli dan simpan satu di rumah. Bila hidung dah tak tersumbat, barulah bayi rasa lega. Tidur pun nyenyak.
Ibu selalu cakap, bila anak makin besar, makin cerewet nak makan. Tambah pula bila bagi makan nasi, hanya dua tiga suap dah tak mahu. Bila pergi check up, berat dan ketinggian anak tak seimbang sehingga ibu pula susah hati.
Nak tahu apa perlu ibu lakukan dalam menangani masalah ini, Dietitian Fizah Sobri ada berkongsi tips yang perlu dilakukan bagi memastikan anak tak susah makan. Boleh cuba mana yang sesuai dengan anak kita ya.
TIPS UNTUK PICKY EATER NO 1
Lihat perubahan perangai anak. Jangan lebih dari 25 minit waktu makan.Lagi lama lagi susah untuk anak makan.
Jika waktu awal makan dah berubah mood – maksudnya persekitaraan yang tidak sesuai untuk makan. Mengantuk? Marah? Baru lepas kena rotan? Merajuk?…
Jika waktu awal mood ok tapi tengah-tengah mood tak ok – maksudnya ada kaitan dengan menu yang dihidang. Adakah menarik? ada benda lain yang boleh alih perhatian (tv/ipad/gadget?)..
Jika waktu sepanjang makan ok tapi mood jadi tak baik bila dah nak akhir – maksudnya ada kaitan dengan cara kita menguruskan anak waktu makan. Adakah terlalu memaksa? Sikit-sikit nak cubit? Marah anak kalau tak makan?..adakah kita mengarah dari guide?
Nak jadikan waktu makan yang baik dan tidak melebihi 25 minit..
1. Perlu makan bersama
– jangan biarkan anak makan seorang di meja
2. Pelbagaikan warna atas pinggan
– yang mana lebih menarik nasi sup kosong dan ayam goreng saja, atau nasi goreng dan sup sayur serta ayam masak merah? Dipadankan lagi dengan buah buahan
3. Ibu bapa perlu jadi role model terbaik
– nak anak makan sihat ,ibu bapa juga perlu makan sihat
4. Jangan ada gadget di meja
– tutup tv, tutup ipad, tutup gadget..eating time is family time
5. Makan ON TIME
– jadual makan yang konsisten dan waktu sama setiap hari akan membantu anak lapar pada masa yang sepatutunya
IT IS NORMAL…anak suka menu ni hari ni esoknya tak suka
IT IS NORMAL…anak kadang kadang habis atau tak habis makan
IT IS NORMAL…ada yang makan makanan tertentu atas pinggan
Mommies daddies jangan terlalu susah hati. Teruskan beri menu yang sihat dan seimbang. Konsisten dan be creative…lama-lama anak akan terima juga ye.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mencuci botol susu anak dengan cara yang betul sangat penting untuk mengelakkan bakteria membiak. Botol susu yang tidak dicuci dengan bersih boleh menyebabkan risiko penyakit seperti sakit perut dan gastroenteritis.
Gastroenteritis adalah radang pada usus atau perut akibat jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan mual, muntah, cirit birit dan demam.
Jangan disebabkan nak cepat atau tak nampak kotor jadi kita bersihkan botol anak secara ala kadar. Bagi yang menggunakan botol susu, ini nasihat daripada doktor buat anda semua. Semoga bermanfaat.
Tolong amalkan 10 tips ni kalau anak kita tu gunakan botol untuk menyusu: 👶🔅
🍼 Cuci botol susu tu sebaik saja mereka selesai menyusu. Pastikan tangan kita bersih semasa proses mencuci.
🍼 Elakkan sisa susu tak habis terbiar lama dalam botol susu. Susu tu berisiko jadi medium pembiakan kuman dan bakteria, basi lalu menghasilkan bau yang kurang enak.
🍼 Gunakan berus khas supaya puting tak terkoyak bila dicuci. Puting yang terkoyak atau merekah berpotensi jadi sarang kuman membiak.
🍼 Nak bersihkan botol susu pun kena guna berus khas supaya tak ada kotoran yang tertinggal.
🍼 Gunakan cairan pembersih botol susu – liquid cleanser yang khusus untuk mencuci botol bayi.
🍼 Pastikan botol susu sentiasa kering. Elakkan simpan dalam keadaan basah dan tertutup.
🍼 Sterilkan botol dan puting secara berkala.
🍼 Molek sangat jika dapat sediakan lebih dari 3 botol susu. Bertukar-tukar botol susu memudahkan kita untuk pastikan setiap botol bergilir-gilir dibersihkan sempurna.
🍼 Ganti botol susu baru sekurang-kurangnya setiap 3 bulan – 6 bulan sekali atau apabila botol telah berubah warna, nampak kekuningan dan bercalar sana sini.
🍼 Paling bagus, galakkan si kecil tu mula minum pakai cawan seawal yang mungkin. Hati-hati ye. Cuba periksa balik cara kita kendalikan botol susu budak-budak tu selama ni.
InsyaAllah kesihatan baby kita tu akan lebih terjaga bila kita jaga baik-baik bab botol susu ni. 😉
Kredit: Dr Ahmad Luqman Bukhari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.