Bercerita ada seninya. Ada lenggoknya. Ia ada kesan pada otak. Waktu dahulu, saat bercerita adalah momen penting. Semua menanti. Mahu mendengar cerita.
Menurut Dr Otak/Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar, dalam psikoterapi juga ada cerita. Bercerita jadi alat menyembuh.
Banyak cerita diguna dengan kanak-kanak.
Cerita juga diguna dengan orang dewasa. Kes sukar rawat. Namun, akhirnya terbenih jua air mata. Lahirlah kesedaran. Muncullah keinsafan.
Ini contoh cerita saya gunakan.
Contoh Cerita
Adik ada kawan. Adik baik dengan dia. BFF-lah katakan. Siapa nama kawan adik itu?
Baik namanya Alin. Adik suka berbual dengan Alin. Selalu pergi ke kantin bersama. Ketawa bersama.
Adik sayang pada Alin sebab dia BFF adik. Alin pun sama. Dia sayang pada adik.
Kalau Alin tak datang ke sekolah, adik akan tercari-cari.
Tertanya-tanya di mana Alin. Pulang rumah pasti akan telefon rumah Alin. Bertanya khabar.
Hati rasa tak tenang selagi tidak telefon Alin. Lepas telefon dan tahu kisahnya baharu rasa lega.
Apabila ada kelas ko-kurikulum pasti akan duduk bersama. Jenis aktiviti pun sama. Maklumlah BFF.
Suatu hari, adik nampak Alin berjalan-jalan dengan rakan lain. Mereka nampak gembira. Ketawa mereka jelas terdengar.
Ads
Adik perasan di depan laluan Alin ada longkang. Besar dan dalam longkangnya.
Andai terjatuh pasti cedera. Pasti akan ada patah dan luka.
Alin dan rakan-rakan tidak sedar ada longkang. Alin pulak asyik berjalan melihat ke belakang. Berbual dengan rakan-rakannya.
Andai Alin tidak berhenti atau membelok, pasti Alin akan jatuh.
Pasti Alin akan terluka. Sanggupkah adik melihat Alin sakit begitu.
“Tidak.” jawab adik.
Apa yang akan adik lakukan?
“Adik akan jerit kuat-kuat pada Alin. Alin ada longkang di hadapan. Hati-hati.” kata adik.
Mendengar jeritan adik, Alin pun berpaling. Dia melihat adik.
Ads
Lantas terus berpaling kepada rakan-rakannya. Dia seolah-olah tidak kisah dengan amaran adik.
Apa yang adik rasa ketika itu?
“Adik rasa marah dan kecewa.” kata adik dengan wajah yang sedikit sugul.
Adik rasa marah Alin yang adik sayang tida endah dengan teguran adik.
Adik juga rasa kecewa sebab adik tahu Alin akan jatuh. DIa akan terluka dan sakit.
Adik tidak sanggup melihat Alin sakitkan?
“Ya.” jawab Alin pendek.
Adik., begitu juga apa yang emak dan ayah rasa.
Ads
Bila adik yang kami sayang, yang kami nampak akan jatuh terluka dan sakit tidak endah akan amaran ayah dan emak.
Apa yang nampak akan terjadi pada Alin itu jugalah yang ayah dan emak nampak akan terjadi pada adik.
Teguran ayah dan emak itu untuk menyelamatkan. Seperti teguran adik pada Alin. Adik faham?
Adik mengangguk perlahan. “Adik faham. Adik minta maaf. Adik tak nampak sebelum ini.”
************
Ini adalah satu contoh cerita. Boleh diguna bila anak kurang mendengar cakap.
Kisahnya boleh didramatikkan lagi.
Intonasi dan gaya penceritaan mesti menarik. Mesti dari hati. Kesannya akan sampai di hati.
Saya dah cuba sebagai seorang profesional dalam bidang psikologi klinikal.
Saya dah cuba sebagai seorang ayah kepada empat orang anak remaja.
Saya dah cuba sebagai seorang abang dan adik.
Cerita ada kesan pada otak dan hati.
Berceritalah. Lahirkan oxytocin, serotonin, adrenalin dan dopamin dalam diri pendengar.
Mereka akan terkesan. Akan lahir dari dalam diri kita kepuasan. Sila cuba jangan segan.
Situasi normal apabila kita melihat anak-anak bergaduh berebutkan sesuatu barang. Sama ada kita rampas barang tersebut, minta anak sulung untuk beralah atau kita marahkan anak-anak kerana bising.
Untuk menangani situasi begini, ibu ayah perlu lebih bijak untuk ‘tackle’ anak-anak. Mereka tak bergaduh, kita pun tak marah-marah. Penerangan dari Terapis Perkembangan Anak, Nurul Sheriena Musa ini sememangnya membuka mata.
Ikuti perkongsian ini.
BAHAYA BIARKAN ANAK RAMPAS MAINAN
‘Eyh Abang bagi je lah mainan ke Adik. Kamu itu Abang!’
‘Bising Tau! Nanti Mama beli lagi satu. Seorang satu mainan’
‘Dah tak Yah Main. Semua Simpan!’
Pernah dengar? Atau Ternampak atau sendiri pernah buat?
Saya juga pernah Beranggapan (Sebelum Belajar) jika Abang atau Kakaknya Tugasnya mengalah.
Dan biarkan Adik menang. Ye lah selalunya kena beralah.
Ada juga situasi adik perlu beralah pada yang Tua.
Dari sudut Perkembangan ada masa memang Ada Fasa Anak Tidak Faham Konsep Sharing ini tau.
Bagi dia semua dia Punya.
JADI DIA AKAN RAMPAS walaupun bukan milik dia.
Tapi ada bahayanya jika dibiarkan sahaja. Ya ada anak Mampu belajar sendiri tapi kebanyakan Anak ini kan lebih mudah faham jika Ibu Ayah tunjukkan.
Baiklah saya mahu kongsikan bahaya jika anak suka rampas mainan atau diberi galakkan merampas mainan orang lain di mana ada kemungkinan kehilangan.
Peluang untuk mengajar anak meminta akan hilang kerana anak belajar yang APA DIA MINTA AKAN DAPAT sebabnya Ibu Ayah akan ‘Bantu’ dia dapat walaupun bukan milik dia.
Jadi dia minta dengan Merampas dan mengamuk ke dia akan dapat.
Peluang untuk belajar lebih bersabar. Dalam bahasa Omputih Delay Gratification.
Ya anak akan jadi tergopoh gopoh dan semua perkara hendak speed cara dia. Sebab selama ini hendak sesuatu rampas!
Conquer sahaja semua.
Peluang belajar Self Control. Anak mudah jadi Pemarah dan Bengis sebab jika dia gagal merampas dia akan mula menampakkan kegelisahan hati dengan mengamuk , menjerit dan marah.
Lagi seronok , Ibu Ayah beri galakan suruh Adik yang merampas itu menang, abang pula mengalah. Bagi anak itu bila dia marah dia akan dapat.
Peluang belajar Mempertahankan hak mainan. Yes ini penting juga diajar pada anak.
Kita tidak boleh asyik suruh abang dan kakak mengalah dengan adik. Jika itu barang abang bermaksud itu barang abang. Tapi jangan pula beli mainan baru untuk si adik pula.
Ada Teknik sesuai untuk mendidik jiwa anak yang belum faham Berkongsi atau Ambil Giliran.
Peluang ajar anak ADAB. Barang orang lain perlu kita ajarkan untuk Hormat dan Belajar barang milik anak perlu berkongsi atau Ambil giliran.
Bukan apa risau Anak akan jadi TUAN RUMAH sekiranya kita OK dengan sikap anak suka rampas mainan orang tidak kira di rumah atau di tempat lain.
Sekiranya bermanfaat jangan lupa SHARE ramai ramai ya.
Ianya bermula dari TINDAKAN kita sekarang untuk mencipta komuniti sebarkan kasih sayang.
Terdapat pelbagai cara untuk rangsang potensi diri anak yang semakin aktif. Sikap ingin tahu mengenai persekitarannya juga semakin berkembang dalam diri sehingga sering bertanya tentang perkara yang dilihatnya. Jadi inilah masanya untuk anda menghantar si kecil ke pusat asuhan kanak-kanak untuk anak mengembangkan potensi diri.
Kajian mendapati bahawa kanak-kanak dilahirkan ke dunia dengan perangai semula jadi masing-masing. Sesetengah kanak-kanak secara semula jadi mudah berkawan dan senang membawa diri. Manakala yang lain pemalu dan lambat untuk mesra.
Ada sesetengah kanak-kanak terlalu aktif, tidak mengendahkan teguran dan berlari sekeliling semasa makan atau waktu rehat atau tidur. Terdapat juga kanak-kanak yang lebih suka memerhati dan terlalu lambat melibatkan diri. Jika ingin melibatkan diri dengan aktiviti bersama rakan sebaya mengambil masa yang lama mengikut rentak sendiri.
Ini jelas menunjukkan anda sebagai ibu bapa perlu merangsang potensi diri si manja anda. Berikut 5 perkara yang boleh anda lakukan untuk merangsang potensi diri anak anda.
5 cara rangsang potensi diri anak
1.Lakukan sendiri
Si kecil menunjukkan sikap untuk melakukan sendiri. Jika dia menunjukkan kesukaran untuk membaca, mewarnakan lukisan, beritahu kepadanya, ‘Adik boleh lakukan. Ingat ALLAH suka kepada mereka yang rajin berusaha.” Duduk di sebelahnya. Tunggu sehingga dia berjaya melakukannya.
2.Bercakap
Percakapan si kecil tidak difahami oleh anda. Berikan dia peluang untuk bercakap sehingga habis. Tunjukkan minat terhadap apa yang ingin dicakapkannya. Jika dia salah menyebut perkataan itu, betulkan dengan sebutan itu.
3.Galakkan
Beri galakkan jika dia bergaya melakukan sesuatu dengan baik. Galakkan membuatkan dia merasa dirinya diberi perhatian oleh ibu bapanya.
4.Ingin mencuba
Biarkan dia cuba. Dia ingin menuang susu ke dalam gelas. Beri peluang kepadanya. Walaupun ia mengambil masa beberapa minit, mungkin cara ini boleh membuatkan dia merasa bangga kepada dirinya.
5.Usaha
Dia ingin mencuba memakai kasut dengan usahanya sendiri. Jadi letakkan kasut itu di hadapannya dengan kedudukan posisi kaki yang betul. Jika dia berjaya melakukan berikan pujian kepadanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila kali terakhir ibu ayah kenal pasti nada mendidik anak? Biasalah budak-budak mengamuk. Hendak senang kita settlekan dengan cara menjerit.
Ya memang anak kecil akan melalui fasa mengamuk. Tapi mengamuk yang macam mana sehinggakan perlu dijerit?
Perkataan serta herdikan ibu ayah itu akan terpahat selamanya di dalam Otak Limbik anak.
Dan dalam fasa perkembangan anak khususnya 0 hingga 6 tahun masa ini 90% perkembangan otak sedang berlaku.
Bayangkanlah apa sedang terjadi dalam otak mereka ketika itu?
Itu yang anak bakal simpan. Sel-sel neuron akan capture moment ditengking itu.
Memori pahit dijerit dan ditengking. Dan anak akan kerap kali bertanya pada diri sendiri
Am I loved?
Sedih bukan bila anak tidak terucap di bibir hendak tanya pada ibu ayah tapi otak dia capture moment itu sebagai ibu ayah tidak sayang saya sudah.
Dan ada kajian mengatakan 90% ibu bapa memang guna ‘Harsh Verbal Dicipline’ untuk didik anak-anak mereka.
Sebab bila tengking sahaja anak yang kecil itu akan senyap. Alahai kesian anak.
Ibu ayah perlu faham anak mengamuk atau marah kerana pada masa itu anak sedang menggunakan Otak Reptilianya.
Masa itu anak lebih cenderung akses hanya ke bahagian otak yang suruh dia bertindak dengan apa cara sekalipun untuk dia selamat.
Am I Safe in this place?
Anak tiada atau kurang akses ke bahagian Executive atau Neurocortex yang bantu dia cari jalan penyelesaian.
Siapa yang perlu bantu cari jalan penyelesaian? Ibu bapa atau orang dewasa yang tenang.
Kita perlu sedar yang Harsh Verbal Dicipline ini banyak kesan buruk dari kesan baik
❌ Anak akan lebih tantrum
❌ Anak faham yang menjerit ini bagus. Jadi pada masa datang anak juga bakal menjerit pada kita bila tidak puas hati.
❌ Ibu ayah akan kecewa. End Up ulang cycle yang sama berulang kali.
❌ Anak mungkin tidak lagi sensitif dengan arahan ibu ayah. Bagi mereka ibu ayah akan menjerit sahaja. Saya masih dapat apa yang saya mahu.
Saya juga pernah menggunakan nada yang tinggi. Tapi nada firm dengan tengking adalah berbeza. Jom kita audit kembali nada suara kita.
Figure skating bukan sahaja mempesona dengan keanggunannya, malah ia adalah sukan yang menyeluruh dari aspek fizikal, mental, dan emosi. Dalam video yang memaparkan adik-adik...