Penglibatan seorang ayah bukan selepas anak besar, tetapi sejak anak masih dalam kandungan. Suami yang selalu memberikan perhatian dan meluangkan masa menyentuh perut isterinya setiap hari boleh mengurangkan stress kepada ibu dan juga pengikat kasih sayang si anak. Walaupun dalam kandungan, si anak tetap boleh merasa kehadiran ayahnya. Begitu hebat bonding antara ayah dan anak.
Seperti perkongsian daripada Dr Redzal Zainol, dia menasihati agar golongan suami mengambil bahagian dalam menguruskan anak-anak sejak lahir lagi. Bonding ini sangat penting supaya anak merasa keakraban hubungan dengan si ayah.
Nak Anak Jadi Rapat Dengan Ayah Tak Perlu Tunggu Anak Besar
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa seronok bila dengar kawan kita dapat baby. Tetapi sebelum anda melawat ibu berpantang dan bayi baru lahir, ketahui apa perkara yang ‘jangan’ dibuat waktu melawat.
“Jom pegi tengok Aisya baru bersalin. Tak sabar nak tengok baby dia,” ajak Wani kepada teman-teman ofis.
Sekarang banyak sangat kes yang kita baca tentang keadaan bayi baru lahir yang mudah dijangkiti kuman sehingga ada yang hampir maut.
Apabila diperiksa dan disiasat, doktor mendapati bayi tersebut dijangkiti kuman daripada orang yang melawatnya dalam keadaan tidak sihat.
Jadi, kalau ada yang rancang hendak melawat bayi baru lahir, pastikan pantang larang berikut anda patuhi. Takkan pula kawan anda yang baru bersalin hendak menegur, nanti dikata biadap dan tidak sopan pula.
1. Sebelum datang bagitahu dulu
Janganlah anda main redah sahaja datang ke rumah orang baru bersalin. Maklum sahaja keadaan ibu baru bersalin yang masih belum kuat dan agak kelam kabut menguruskan bayi baru lahir.
Tiba-tiba ada kawan yang datang tanpa memberitahu tentu sahaja dia tidak bersedia. Sekurang-kurannya bila anda memberitahu untuk datang, dapatlah dia memberitahu bila hari dan waktu yang sesuai. Takut nanti kalau main redah sahaja, tiba-tiba kawan anda tiada di rumah kerana pergi ke klinik atau hospital.
2. Pilih waktu melawat yang sesuai
Sebaiknya pilihlah waktu yang bersesuaian untuk melawat ibu berpantang. Jangan pula anda datang waktu pagi sangat sebab biasanya waktu ini ibu dan bayi agak sibuk menguruskan diri mereka.
Jangan juga datang waktu petang dan hampir senja. Ibu berpantang kena makan dan mandi awal sebelum waktu maghrib. Bahkan elakkan sama sekali daripada datang melawat pada waktu malam. Orang tua-tua sangat pantang datang melawat ibu bersalin pada waktu malam. Lagipun waktu malam ibu dan bayi nak berehat dan tidur.
3. Yang tak sihat tak perlu datang
Sebelum datang melawat bayi baru lahir, periksa dulu keadaan kesihatan anda. Kalau ada selesema, batuk walaupun sikit-sikit lebih baik anda tak payah datang melawat. Anda hanya akan menyebarkan virus tersebut kepada bayi yang masih tidak kuat lagi sistem imun badannya. Tunggu anda sihat baru datang melawat.
4. Jangan melawat terlalu awal
Janganlah disebabkan terlalu excited hendak melawat kawan yang baru bersalin maka anda datang sehari selepas dia baru keluar dari hospital. Bagilah ibu bersalin masa untuk menyesuaikan diri dahulu. Selain itu ibu lepas bersalin juga masih lemah dan tidak kuat lagi untuk menerima tetamu.
5. Jaga mulut
Biasanya kalau sudah datang beramai-ramai, macam-macam yang akan keluar daripada mulut masing-masing. Jagalah apa yang hendak dituturkan. Anda perlu menjaga hati ibu baru bersalin yang agak sensitif.
Contohnya, “Eh, kenapa kecik sangat anak kau ni. Tak kuat nyusu ke?” atau “Kenapa tak pakai bengkung betul-betul, patutlah tak kurus-kurus lagi.” Ia hanya akan menyakitkan hati ibu berpantang dan membuatkan dia bertambah stres.
6. Minta kebenaran untuk dukung bayi
Ada yang jenis suka hati sahaja mendukung bayi baru lahir yang dikunjungi. Bukan tak boleh tapi sebaiknya minta kebenaran daripada ibunya. Mana tahu, bayi tersebut meragam waktu malam dan baru hendak tidur, tiba-tiba kita yang datang mengganggu pula tidurnya.
7. Bawa buah tangan
Adab melawat orang sakit atau baru bersalin, sebaiknya bawalah sedikit buah tangan untuk mereka. Memanglah ibu bersalin tersebut tak meminta tapi apa salahnya bersedekah. Kalau tak sempat beli hadiah untuk bayi, boleh juga sedekahkan duit sahaja.
8. Jangan cium bayi
9. Cuci tangan
Sebelum menyentuh atau mencuit pipi bayi yang gebu, elok anda bersihkan dahulu tangan dengan sabun antiseptik. Kadang kala tanpa kita sedar, tangan menjadi agen penyebar kuman. Tak pasal-pasal bayi yang bersih dan suci itu terkena kuman tanpa sengaja.
10. Tak payah memandai-mandai
Mungkin anda sudah berpengalaman mempunyai beberapa orang anak. Jadi, kalau datang melawat kawan yang baru pertama kali bergelar ibu, tak perlulah memberikan bermacam pantang-larang atau tip kecuali diminta. Mungkin setiap orang ada cara masing-masing yang tidak sama. Jadi jangan banding-bandingkan cara berpantang anda dengan kawan yang baru bersalin.
11. Jangan lama sangat
Semoga kita tak menjadi ejen penyebar kuman dan virus yang boleh memberi risiko buruk kepada kesihatan bayi yang baru lahir.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pusat bayi ialah sesuatu yang asing bagi yang baru bergelar mama dan papa. Kali pertama hendak menguruskan pusat bayi, kebanyakan daripada kita akan kekok. Lebih ngeri bila ada kes pusat bayi bernanah kerana penjagaan yang salah.
Malah ada ib bapa yang ada anak dua tiga orang pun masih lagi takut nak sentuh dan uruskan bahagian tersebut. Sebenarnya bagaimanakah caranya pusat bayi perlu diuruskan?
Tali pusat bayi adalah berasal daripada umbilical stump sepanjang kira-kira 2sm setelah tali pusat bayi yang panjang (bersambungan dengan plasenta) dipotong semasa proses kelahiran. Ia akan di klip selepas pemotongan semasa proses kelahiran. Pusat bayi jika tidak dijaga dan dibersihkan dengan betul akan menyebabkan jangkitan kuman atausepticaemia.
8 LANGKAH URUS PUSAT BAYI
Apa langkah-langkah yang boleh mama lakukan? Ikuti langkah-langkah ini sebagai panduan menguruskan tali pusat si kecil.
1.Bersihkan bahagian ini setiap kali selepas mandi atau menukar lampin si manja. Dengan cara ini, anda akan membantu mengeringkan bahagian dasarnya dan mempercepatkan proses luruh.
2.Ibu perlu memastikan tangan bersih semasa mencuci pusat bayi. Gunakan kapas bebola bersih yang dibasahkan dengan air bersih atau alkohol yang dibekalkan hospital dan sapu dengan lembut pada sekeliling pusat dan lipatannya.
3.Selepas dibersihkan, ambil sebiji lagi bebola dan sapu kering bahagian sekeliling pusat yang dibersihkan tadi.
4.Baki tali pusat yang di klip juga perlu sentiasa kering. Keringkan dahulu sebelum memakai barut. Jika lembap, boleh menyebabkan jangkitan kuman.
5.Elakkan memakai lampin hingga menutup bahagian pusat bayi yang belum luruh kerana ia akan menyebabkannya berkuap, lembap dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.
6.Kawasan tersebut perlulah sentiasa kering dan bersih sepanjang masa.
7.Biasanya tali pusat bayi akan luruh dalam masa tujuh hingga 10 hari selepas kelahirannya. Jangan dicabut, biar ia luruh sendiri!
8.Sebelum tali pusat bayi luruh, mama dan papa perlu mengelakkan dari memandikan bayi dengan cara merendam. Gunakan kaedah mengelap dan melalukan air sahaja supaya air tidak masuk ke dalam bahagian berkenaan.
Masalah kulit kepala berkerak (craddle cap) kerap berlaku di kalangan bayi. Selain kelihatan kurang menarik, kerak kepala itu boleh menjadi radang atau mendapat infeksi bagi kes yang teruk.
Craddle cap lazimnya terjadi kepada bayi yang berambut nipis. Ia kelihatan seperti kelemumur. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Permasalah ini juga dikenali sebagai kerak kepala, kerana selain penampilan bayi tidak menarik, kerak tersebut menyebabkan bayi jadi gelisah, gatal dan bau kepala bayi yang kurang menyenangkan.
Tetapi dalam kes-kes yang teruk, kerak kepala itu boleh menjadi radang atau mendapat infeksi. Biasanya rawatan menggunakan krim anti fungus. Bagi kes kerak kepala yang minor cukup sekadar menggunakan minyak dan membasuhnya dengan cecair pembersih.
BAGAIMANA IA TERJADI
Kerak kepala ini muncul kerana pengeluaran minyak di bahagian kepalanya yang kemudian akan mengering dan mengelupas. Ada juga pendapat mengatakan bahawa hormon yang diterima bayi dari ibunya diakhiri kehamilan berlebihan sehingga mengakibatkan masalah tersebut.
Dalam minggu-minggu pertama bayi biasanya beberapa orang bayi mengalami pembentukan kerak di bahagian kepala bayi. Ia seakan serpihan kulit seperti kelemumur. Jangan anggap ia perkara yang remeh. Ini kerana jika kerak ini semakin banyak dan tebal akan semakin sukar menghilangkannya.
MESTI ELAK 5 PERKARA INI BILA KEPALA BAYI BERKERAK!
1.Cuaca atau suhu yang panas di ruangan yang membuat bayi berkeringat.
2.Pemakaian topi bayi tempoh masa yang lama.
3.Meletakkan bedak di kepala bayi.
4.Jika kerak sangat tebal, jangan mencuci kepala bayi setiap hari kerana kepala bayi akan semakin kering.
5.Jangan memaksa mengelupas kerak dalam keadaan kering kerana akan membuat kepala bayi terluka.
PETUA CUCI KERAK DI KULIT KEPALA BAYI
Berikut ialah langkah demi langkah menghilangkan kerak kepala bayi. Disarankan untuk melakukannya sebelum atau sewaktu memandikan bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.