Berbanding anak perempuan yang gemar dimanja oleh ayah, lain pula kisahnya dengan anak lelaki. Anak lelaki yang bersifat lebih ‘cool’ mahu dilayan lebih mesra oleh ayah.

Malah anak lelaki paling mahukan aktiviti yang fizikal sama seperti ayahnya. Jadi belajarlah memahami anak kecil kita.

Apa mak ayah perlu lakukan? Perkongsian Dr Redza Zainol ini wajar kita ketahui untuk memastikan anak lelaki kita lebih istimewa dan bertanggungjawab dalam segala hal.


Anak lelaki suka buat 5 perkara ini dengan ayahnya.

1. Anak lelaki suka buat aktiviti fizikal bersama ayah:
– bermain lawan-lawan
– memeluk ayah

2. Anak lelaki suka bila ayahnya bercerita tentang kisah hidupnya semasa kecil dan remaja dulu. Pada setiap cerita itu, pasti ada ilmu yang mereka dapat kutip.

IKLAN

Paling ‘Geng’ Dengan Ayah Tapi Lebih Banyak Diam, Layanlah Anak Lelaki Bak Hero!

3. Anak lelaki suka kalau kita ajarkan mereka apa saja.
– membaiki sesuatu
– ajarkan subjek matematik
– ajar cara menyepak bola
– ajar main badminton dan kayuh basikal

4. Anak lelaki suka bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan ayah dan tahu pekerjaan apa yang kita buat.

5. Suka ikut ayahnya keluar rumah.
Bila keluar bersama ayah, umpama mereka mengembara bersama idola mereka. Melihat dunia luar yang asing tetapi terasa sangat selamat ditemani oleh ayah yang pada mereka seorang pelindung yang hebat.

Paling ‘Geng’ Dengan Ayah Tapi Lebih Banyak Diam, Layanlah Anak Lelaki Bak Hero!

IKLAN

5 perkara ni jika ayah buat, ia umpama sedang menabung dalam tangki emosi anak. Kita lelaki sibuk tak kira masa. Sungguh, saya pun begitu.

Ada masa kita terlalu banyak kerja hakiki dan lambat balik ke rumah. Anak pula tertunggu di depan pintu, mengharap wajah si ayah sebelum dia tertidur.

Pada waktu sibuk beginilah tabungan kita tu diguna. Ketika anak ternanti-nanti itulah dia teringat momen indah bersama ayahnya.

Dalam hati si kecil, dia faham ayahnya sibuk tapi tetap sayang padanya. Dan bila kita pulang, kita isi semula tabung tangki emosi tadi tu sebelum ia menjadi kering kontang.

IKLAN

Maafkan segala kekurangan ayahmu ini.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Paling ‘Geng’ Dengan Ayah Tapi Lebih Banyak Diam, Layanlah Anak Lelaki Bak Hero!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI