Untuk musim ke-4 yang akan mula bersiaran pada 12 Mac 2019, Pa&Ma tampil dengan kupasan baru memfokuskan kepada perjalanan kehamilan seorang ibu.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan kupasan Jurnal Kehamilan bermula daripada pasangan suami isteri merancang untuk hamil sehinggalah saat hendak melahirkan setiap hari Selasa di saluran Astro Prima dan Astro Prima HD jam 12 tengah hari.
Ads
Kalau tak sempat boleh tonton siaran ulangan pada hari yang sama jam 9 malam.
Ads
Ads
Pelbagai paparan kisah realiti topik-topik kehamilan dan permasalahan yang dihadapi oleh ibu hamil serta temubual dengan doktor pakar mesti ditonton oleh yang bakal bergelar ibu bapa!
Anak-anak lelaki menjadikan ayah sebagai contoh. Layanan si ayah pada ibu akan menjadi ikutan. Kalau ayah lemah-lembut, hormat dan sentiasa berlembut dengan isteri, itu jugalah layanan yang akan mereka berikan kepada ibu. Sebab itulah, penting untuk ayah tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
Tahukah anda, anak yang dibesarkan dalam suasana bahagia dan penuh kasih sayang akan membesar menjadi invididu yang hebat dan cemerlang?
Seseorang yang bergelar ayah akan menjadi lebih bertanggungjawab menjaga dan memastikan anak tersayang sentiasa dilindungi dan disayangi sepenuh hati. Daripada semua perkara tersebut, ada satu perkara penting yang ayah boleh buat dan akan memberikan impak besar dalam hidup seorang anak. Apakah dia?
Nampak ‘simple’ tapi kesannya sangat besar. Mencintai dan menyayangi ibu anak anda adalah perkara terhebat yang anda boleh lakukan untuk si kecil!
2. Layan & hormat isteri
Cara anda layan dan tunjukkan kasih sayang pada isteri sangat penting kepada anak. Apabila anak melihat yang papanya sangat menyayangi mama, mereka akan faham erti kasih sayang. Anak lelaki belajar bagaimana cara yang betul menyayangi dan menghormati wanita bila mereka besar nanti. Anak perempuan pula belajar bagaimana sepatutnya seorang lelaki patut melayan wanita yang dia cintai.
3. Sentiasa tunjukkan emosi positif pada anak
Mencintai ibu anak-anak anda sebenarnya cara terbaik memupuk nilai kasih sayang dalam diri anak. Cinta dapat menggalakkan dan memberi inspirasi kepada anak untuk sentiasa berkasih-sayang, hormat-menghormati dan bertolak-ansur dalam kehidupan. Mereka tidak belajar nilai tersebut daripada buku tetapi mempelajarinya daripada pemerhatian terhadap kedua ibu bapa.
4. Keharmonian membentuk kebahagiaan
Rumah yang bahagia dan penuh rasa cinta akan melahirkan anak-anak yang gembira dan ceria. Ia penting untuk membantu perkembangan dan tumbesaran positif anak. Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana bahagia dan dilimpahi kasih sayang yang cukup akan membesar sebagai anak yang hebat.
5. Sentiasa tunjukkan kasih sayang
Apabila papa dan mama sentiasa berkasih sayang dan tak bergaduh depan anak-anak, tentu impian anda untuk mempunyai anak yang berakhlak dan mendengar kata akan terlaksana.
Kerjasama dua belah pihak sangat penting untuk melahirkan anak yang positif tingkah lakunya. Anak dapat merasakan ikatan yang hebat dalam pasukan papa dan mamanya, dan mereka tahu bukan hanya seorang sahaja yang bersungguh-sungguh untuk mendidik mereka menjadi anak yang baik tetapi sebaliknya dua orang penting bekerjasama memastikan si kecil sentiasa berada di landasan yang betul.
Jadi, bila sudah bergelar ayah, kasih sayang anda bukan sekadar untuk anak, tetapi terus cintai dan sayangi ibu anak-anak anda seperti zaman bercinta dulu bahkan patut lebih lagi. Ia akan memberikan faedah yang sukar dinilai dengan wang ringgit!
Didik anak dengan keras atau lembut? Ini antara persoalan yang selalu dibangkitkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak. Ada yang bersetuju didik anak dengan tegas agar anak boleh jadi orang. Ada pula yang lebih menggunakan pendekatan berlembut dan cakap yang elok kerana kesannya lebih positif.
Kadang disebabkan dua perbezaan ini, ada suami isteri tak sependapat sehingga mencetuskan rasa tak puas hati.
Perkongsian Ibu Rose yang banyak membincangkan aspek kekeluargaan dan kasih sayang ini boleh dijadikan panduan bersama.
Didik Anak Dengan Keras atau Lembut?
Ada satu soalan yang baik sampai ke inbox Ibu. Mungkin ramai juga yang hadapi persoalan yang sama. Lagi-lagi bila PKP kan, all the time suami isteri bersama anak-anak di rumah. Lagi tambah mengkonfiuskan anak bila cara didikan ibu dan ayah tak sama. Si isteri dah mula belajar pasal parenting, maka pendekatannya beza. Tapi, encik suami belum terbuka hati lagi. It is ok dear, janganlah muram durja, perbanyakkan doa pada Allah. Lagi-lagi di bulan mulia ni kan. Bulan Ramadhan yang doanya sangat mustajab. Doakan semoga Allah bantu dan bimbing suami agar menjadi ayah yang diredhai Allah dan terbuka hatinya agar belajar serta amal ilmu parenting.
Baik kita sambung ye. Begini soalan ibu itu:
“Saya terpanggil utk bertanyakan tntang perihal mendidik anak disebabkan baru mempunyai 1orang anak.. My dear son 18 month old..sangat-sangat aktif & lasak..di sini terdapat perbezaan antara cara saya & suami mendidik anak. Contohnya, kalau anak tarik jag air & tumpah suami akan marah & tampar lembut tangan anak tujuan untuk mengajar..Tapi saya tak setuju dgn cara begitu..macamna ye Ibu untuk handle anak yang aktif kalau anak buat salah? wajarkah pada umur 18 bulan untuk diberi peringatan dengan memukul tangan? Pada pandangan suami, bila saya berlembut jadi anak akan semakin menjadi-jadi perangai..
Terima Kasih Ibu..
Tapi saya nak buktikan kepada suami, cara yang keras (menengking/jerit) bukan lah cara yang sesuai untuk mendidik anak..Sedih sangat bila suami salahkan saya, kononnyer berlembut sangat..Ayat beliau ‘Kita tengok nanti dengan cara awak, anak boleh jadi orang ke tak’ ”
Begini pandangan Ibu,
Ramai ibu terutama bapa dan juga datuk nenek, berpegang dengan kefahaman bahawa untuk memastikan anak mendengar cakap, maka kita mesti menggunakan kekerasan, maksudnya marah, tengking, jerit, pukul, supaya anak kecil tahu itu salah.
Apa yang ramai tidak tahu, ialah kesan yang amat buruk kepada esteem diri. Anak yang sering dipukul, dikasari hanya akan mematikan semangat mereka. Mereka menjadi ragu diri, degil tidak bertempat, suka memberontak etc.
Anak baru 14 bulan, adalah sangat kecil utk diperlakukan demikian. Islam pun hanya membenarkan merotan setelah usia 10 tahun, itu pun sekiranya meninggalkan solat. Jika kita org Islam, mengatakan kita percaya kpd apa yg Allah ajar itu betul, mengapa dlm kes mendidik anak ini, setelah ditunjukkan oleh Allah garis panduannya mendisiplin itu, kita masih mahu ikut kata kita? Ini satu bukti yg boleh guna utk menyakinkan diri, bahawa mendidik anak itu perlu berhemat, berlembut dan tegas.
Bila TEGAS TIDAK bermaksud KERAS
TEGAS bermaksud, kita tetap di dalam keputusan yang kita ambil dan hanya akan beralih pendapat sekiranya ada bukti yang lebih kuat menunjukkan pendapat yg satu lagi itu lebih tepat.
Contohnya, bila anak kecil mahu mencapai suatu yang bahaya, kita tahu itu bahaya dan pegangan kita ialah kita tidak mahu dia memegangnya. Maka apa yang kita boleh buat ialah ambil benda itu atau ambil dia dan katakan itu bahaya. Dan ceritakan sebabnya. Walaupun dia baru 14 bulan. Kemudian gantikan dgn suatu yang dia boleh pegang dan katakan yang ini selamat. Ulang kata 3 kali dan beri tiga benda yang selamat utk dia pegang.
MENGAPA?
Sebab, bila anak kecil yg belum tahu apa-apa, mencapai barang itu, dia sedang membina kemahuan dan kekuatan semangatnya utk mendptkan barang itu. Jika kita pukul tangannya, dan kata dgn marah. Apa yg dia terima ialah tenaga marah. Ini boleh memusnahkan semangatnya.
Ya, memang bila kita pukul, anak akan cepat berhenti. Namun kita perlu melihat jangka panjang. Jika perkara yang kita buat itu boleh menyebabkan anak itu berkelakuan kasar dgn org lain bila kemudiannya, contohnya, maka itu bukanlah cara yg mahu kita guna.
‘Alah, kita dulu kena pukul juga, tapi jadi manusia juga…budak sekarang ni tak boleh nak jentik, tuh dah besar naik kepala’ memang ada benarnya kata-kata ini, namun, satu yg Ibu nak tanya, yg jadi manusia tu, manusia yang kuat semangat, tak ada ragu-ragu, capai kejayaan yg besar, sangat penyabar, luas dan bijaksana?
Jika ya, ok lah. Namun, apa yg telah di dapati ialah anak-anak yang sering dimarah, dilarang tanpa hemah, dipukul menjadi orang dewasa yang baran, atau kuat memendam perasaan, banyak keraguan, bersikap negatif, sering mencari kesalahan orang, hanya mementingkan diri sendiri atau hanya mementingkan orng lain dan tidak peduli akan diri sendiri dll.
Kedua, kita juga perlu faham bahawa menegur, menghukum , mendisiplin anak itu penting dan SANGAT PERLU DILAKUKAN DENGAN BIJAKSANA supaya anak yang menerimanya tidak hilang semangatnya, tidak hilang harga dirinya, tidak hilang keyakinan dirinya. Anak yang tidak dijentik langsung bila melakukan kesalahan ( selepas 10 tahun) memanglah akan menjadi manja berlebihan dan boleh naik kepala.
Lagi satu, walaupun kita tidak boleh memukul anak sebelum 10 tahun, namun kita masih boleh mendisiplinkannya. Banyak cara yang kita boleh gunakan. Contohnya, untuk anak 14 bulan, kita boleh jauhkan atau pindahkan barang bahaya yang dia hendak capai. Jika dia mahu memanjat tempat yg bahaya, kita boleh ambil dia dan bawa dia untuk memanjat tempat yg selamat dan kita berada di belakangnya bersedia untuk menyambutnya jika perlu. Apa yang kita boleh buat ialah berBERSEDIA.
SATU PERKARA YG IBU HENDAK INGATKAN. Jika pendapat anda dan suami berbeza, elaklah terlalu mengajar suami.
PUJUK dan pengaruhi dia dgn LEMBUT. Dia berpengangan begitu kerana itu yg dia yakin.
Untuk kita membantu suami agar dapat improve parenting skill : 1. Cuba anda fahami perspektifnya. 2. Hormat itu perspektifnya tapi tidak bermaksud kita setuju. Namun, jangan berkeras. Tunjuk melalui contoh. 3. Persembahkan perspektif anda dengan lemah lembut dan penuh hormat. 3. Dapatkan scientific evidence dan dalil Al-Quran dan Hadith. 4. Elakkan dpd bertengkar akan perkara itu di depan anak. 5. Bincang bersama pasangan di belakang anak dan dptkan kata sepakat. 6. Dan yg penting BERDOA agar Allah betulkan jalan kita.
Sekali lagi Ibu ingatkan, bukan kita manjakan anak. Bukan kita berlembut dan menjadi lembik. Kita GENTLE, BERHEMAH dengannya. Kita lembut, hormat dan tegas bukan lembut, lembik dan melenjakan.
Sering kita dengar dalam ceramah-ceramah agama, panel menasihati para ibu supaya mengucapkan perkataan atau perkara yang baik-baik pada anak. Perkataan yang baik-baik yang keluar dari mulut ibu sebenarnya doa buat anak-anak. Baik kata-kata ibu, baiklah doa untuk anak-anak.
Sebenarnya anak-anak lebih gemar dan gembira sekiranya anda dapat mengeluarkan arahan yang berbentuk atau berbunyi positif dengan memberikan beberapa alasan atau penjelasan yang logik agar lebih mudah untuk mereka mematuhinya. Mereka bukanlah tidak mahu mengikut arahan anda tetapi apabila emosi mereka tersentuh setelah dilemparkan dengan kata-kata negatif seperti “budak degil, budak malas dan sebagainya”.
Begitu juga dengan perkongsian daripada Pengasas BVR kosmetik, Puan Shamimi Shamsudi. Dia berkongsi bagaimana ibu mentuanya mendidik anak-anak dengan gelaran yang baik-baik sehingga memberikan kesan yang baik dalam kehidupan anak-anak. Ikuti perkongsian ini dan semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat ibu bapa lain.
Disebalik kejayaan seorang lelaki,ada kekuatan dan semangat dari seorang wanita yang bergelar isteri.. Sehebat-hebat lelaki menerajui dunia,yang melahirkannya adalah wanita (ibu)..dan titik kejayaannya adalah bermula dari doa wanita (ibu) itu.. Hargailah wanita-wanita mu..(ibu dan isterimu)
Harini saya betul-betul teliti dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut saya..walaupun saya jenis mulut lantang,tapi saya belajar sumpah anak-anak saya benda yang baik.. Sama macam arwah mak mertua saya, dia sayang sangat dekat suami saya ni..mungkin anak sulung..punya banyak jalan cerita susah senangnya.. Setiap kali suami saya buat salah ,contohnya kalau nak pegi pasar umi tunggu lama sangat dalam kereta.
Arwah umi akan cakap “mana lah si dato ni ..dara tadi tunggu tak keluar-keluar..lebih dari pompuan bersiap nih..” Kalau dia marah apa-apa mesti dia panggil suami saya ni dato akmal ..dato akmal..
Suami saya ni muka sejuk..mak dia kalau marah ,tengok muka dia sejuk je.. pastu dia jenis tak menjawab .. maknya marah apa,dia diam jer dengar jelah maknya membebel.. Tapi setakat saya kawin dgn dia,stakat saya kenal dia dari umur 15tahun lagi,memang mak dia selalu cakap yang baik-baik je pasal dia.. Dato akmal
Si Org kaya Budak bertuah Budak berjaya
Ehh,memang betul ..akmal ni bertuah sokmo..dia pergi mana-mana mesti bawak tuah ..kalau nak buat urusan kerja,mudahhhh jer urusan.. Contoh kalau pegi bank orang ramai,bila dia sampai mesti tengah tak ada orang..
Kalau parking tengah penuh,bila dia cari mesti ada je kereta keluar,betul-betul depan tempat urusan pulak tu.. dan banyak lagi lah.. suami saya ni ,lepas kawin tu saya selalu cerita kat dia ,syurga bawah tapak kaki ibu..doa ibu takde hijab antara langit dengan bumi..
Jadi lepas dia tahu,dia terus buat,.apa-apa ada masalah urusan kerja,urusan hidup,dia selalu mintak umi dia doakan..kalau bahagia pun dia akan bagitahu jugak mintak umi dia doakan lebih lagi.. Dan sekarang smua kata-kata mak dia memang dah disumpah baik..
Budak bertuah Budak berjaya Dan betullah umur 24tahun , dia dapat pangkat Dato’ ..
Jadi saya pun berbuih lah mulut dok panggil anak-anak saya
Tan sri Ali mikhaeyl Tan sri Ali zhaffron Puan sri Filla bellesa
Kalau geram sangat Syeikh imam makkah ali mikhaeyl Syiekh imam makkah Ali zhaffron.. Moga doa mommy jadi kenyataan nanti ya..aamiinnn
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.