Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam kenderaan persendirian pada tahun 2020, Pa&Ma menyahut saranan tersebut dengan melancarkan Kempen Buckle Up 2019.
Kempen tersebut telah dilancarkan sempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019 di SACC Convention Centre, Shah Alam oleh Editor Pengurusan Kluster Family & Parenting, Wan Erni Liza Md Izatzi, Editor Pa&Ma, Hasnita Sawal, Pengarah Operasi Butik Tateh yang juga Certified Child Passenger Safety Technician, Sheikh Ahmad Haiqal Sheikh Abdul Murad, wakil dari Safe ‘n Sound dan blogger serta instafamous popular Yuyu Zulaikha.
Ads
Sebagai tanda sokongan kempen ini, Pa&Ma akan terus memberi kesedaran secara berperingkat kepada semua ibu bapa mengenai penggunaan kerusi keselamatan bayi.
Ads
Ads
Hal ini kerana penggunaan Child Restrain System (CRS) terbukti penting demi menjaga dan melindungi keselamatan anak-anak anda semasa dalam kereta.
Mungkin bagi sesetengah ibu bapa rasa agak berat nak beli kerusi keselamatan bayi kerana memikirkan harganya yang mahal tetapi jika difikirkan nyawa anak lagi penting. Orang kata malang tak berbau dan pelaksanaan ini dianggap satu langkah terbaik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS), pertandingan Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma telah diadakan di Sunway Velocity Mall pada 2 Oktober 2022 yang lalu. Pertandingan ini adalah kerjasama Simpan SSPN dan Majalah Pa&Ma dengan bertemakan superhero yang mana tema BMS 2022 juga adalah “Jom Jadi Superhero Anak Anda”.
Ternyata semua ibu bapa peserta sangat sporting dan mengenakan pakaian mengikut tema pada bayi mereka.
Suasana riuh-rendah apabila pertandingan merangkak bayi bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak dalam kumpulan namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa dibenarkan membawa ‘props’ sebagai alat untuk memancing si kecil merangkak ke depan.
Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 51 orang bayi yang berusia lapan hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.
Pertandingan ini yang terbahagi kepada 11 pusingan saringan bagi bayi-bayi yang mewakili grup mereka. Ada lima grup iaitu Cute Ironman, Cheeky Thor, Chubby Hulk, Jolly Spiderman, dan Sweet Captain America.
Untuk setiap saringan, dua bayi terpantas dibawa ke pusingan akhir. 11 bayi terpantas kemudiannya berlumba antara satu sama lain dan masa terpantas dipilih sebagai juara, naib juara, tempat ketiga dan dua hadiah saguhati.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid, Editor Pengurusan Pa&Ma, Wan Erni Liza Md Izatzi dan Editor Pa&Ma, Emy Haznida serta pelawak terkenal Bell Ngasri merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.
Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma 2022 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Hadif Hayyan (09), Naib Juara Jebat Zulfaqar (38), dan Tempat Ketiga, Muhammad Ayden (33) Yusuf manakala dua bayi saguhati adalah Muhammad Malique Izzuddin (36) dan Dhia Hanania Mohd Azam (34).
Juara membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM250, naib juara pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM200 dan pemenang tempat ketiga pula mendapat akaun Simpan SSPN RM150. Kedua-dua pemenang saguhati pula membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM50 setiap seorang. Selain akaun Simpan SSPN, setiap pemenang juga menerima hamper tajaan Kueh dan goodies bag dari Simpan SSPN.
Manakala pemenang bagi kategori khas Baby Merangkak WOW yang dinilai dari pelbagai segi oleh juri dimenangi oleh peserta bernombor 30, Adib Amsyar. Kategori Khas ini membawa pulang hadiah Akaun Simpan SSPN bernilai RM200 dan goodies bag dari Pa&Ma dan Simpan SSPN.
Terima kasih kepada semua penaja dan para peserta. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu selalu rasa diri ni macam “super teacher” ajar anak jalan, makan sendiri, lipat baju, dan macam-macam lagi. Tapi pernah tak kita pause sekejap dan fikir, eh… sebenarnya hari ni kita belajar sesuatu daripada anak kita sendiri?
Yup. Anak yang kecil tu… banyak betul “tegur” kita tanpa suara tinggi, tanpa ceramah panjang. Tapi cukup buat kita tersentap.
Contohnya waktu pagi. Kita dah macam lipas kudung nak kejar masa, dia boleh relaks pakai stokin sambil nyanyi lagu Upin Ipin. Kita rasa nak meletup, tapi… eh, dia ajar kita satu benda: tenang tu indah. Kita ni yang selalu terlalu cepat sampai tak sempat nikmati momen.
Dan bila anak datang hulur lukisan conteng-conteng dia dan cakap, “Ni mama tengah masak,” walaupun tak serupa langsung… tapi hati terus lembut. Anak ajar kita untuk hargai usaha, bukan hasil. Dia nampak kita dan tu dah cukup buat kita rasa dihargai.
Waktu kita penat, mata pun nak pejam… si kecik tu datang peluk dan tanya, “Mama okay tak?” Adoii. Cair. Masa tu kita sedar, anak kecil pun tahu sayang. Dan mereka sayang kita tanpa syarat walau kita belum mandi, rambut serabai, suara tadi baru tinggi sikit 😅
Dan part paling menusuk bila kita marah, tapi anak tetap datang peluk. Tetap panggil “Mamaaaa…” sambil senyum. Masa tu rasa nak nangis pun ada. Anak ajar kita,
“Tak apa mama marah, saya tetap sayang mama.”
Kadang kita rasa gagal sebab tak sempat buat semuanya perfect. Tapi anak tak minta perfect pun. Dia cuma nak mama yang hadir, yang peluk bila dia takut, yang senyum bila dia buat lawak pelik-pelik tu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada 30 Mac 2019 yang lalu, majalah Pa&Ma dengan kerjasama KPJ Selangor Specialist Hospital telah mengadakan Pa&Ma Mom To Be Boot Camp. Boot Camp yang bermula sedari jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang itu padat dengan seminar serta aktiviti yang menarik yang melibatkan kesemua peserta. rata-rata peserta program ini hamil trimester kedua.
Selepas sesi pendaftaran dan sarapan pagi, program dimulakan dengan seminar Penjagaan dan Pemantauan Ibu Hamil yang dijayakan oleh pasukan jururawat hospital ini. Dalam seminar ini, para suami diberitahu tentang persediaan mental dan fizikal untuk menjaga isteri yang sedang hamil. Selain itu juga, panel jemputan turut berkongsi tip kelahiran kepada semua peserta.
Program diteruskan dengan ceramah tentang Kepentingan Membuat Imbasan Pendengaran Bayi Baharu Lahir yang disampaikan oleh Pakar Audiologi, Ridwan Afif Mohamad. Para peserta didedahkan dengan teknik menguji tahap pendengaran anak serta perkembangan mereka selari dengan usia.
Sementara itu Pakar Dietetik, Koh Nyat Sen berkongsi ilmu tentang Pengambilan Nutrisi Sepanjang Kehamilan. Dia turut berkongsi tip pemakanan terbaik untuk wanita mengandung. Selesai sesi seminar ini para peserta diberikan masa untuk minum pagi. Selepas menikmati hidangan minum pagi, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan.
Grup pertama mengikuti aktiviti senaman bersama Terapis Fisio. Di dalam kelasnya, Terapis ini banyak berkongsi teknik pernafasan serta seneman ringkas yang boleh diamalkan oleh ibu hamil bagi mengurangkan masalah sakit belakang serta memudahkan kelahiran. Grup kedua pula membuat aktiviti memandikan serta urutan untuk bayi yang dikelolakan oleh pasukan jururawat terlatih.
Ternyata para peserta teruja untuk mempelajarinya kerana kebanyakan mereka hamil anak pertama. Model patung diberikan kepada bakal ibu bapa agar mereka dapat sama-sama mempraktikkan teknik yang dikongsikan oleh jururawat bertugas.
Seminar selepas dua aktiviti menarik itu disampaikan oleh salah seorang Jururawat Laktasi, Shamsina Zul Kapli yang berkongsi ilmu tentang teknik penyusuan yang betul. Selain posisi menyusu, dia turut mengajar para peserta cara mengepam dan kaedah penyimpanan susu ibu yang tepat. Selesai seminar laktasi, program diteruskan dengan ceramah tentang Proses Dan Peringkat Melahirkan yang disampaikan oleh Pakar O&G, Dr. Tan Yeen Inn.
Di dalam seminarnya, Dr. Tan berkongsi maklumat tentang proses kelahiran secara normal. Acara pada hari itu diakhiri dengan kuiz serta cabutan bertuah. Para peserta kemudiannya bergambar dengan team Pa&Ma sebelum program tamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!