Semalam, telah berlangsungnya acara Pa&Ma Moms-to-be Mom’s Nutrient Sharing yang dianjurkan oleh majalah Pa&Ma dan Casabonda Confinement & Wellness Retreat. Acara yang bermula dari jam 10.00 pagi ini telah dihadiri oleh 14 pasangan suami isteri. Acara kali ini mensasarkan ibu hamil pada trimester awal untuk mengetengahkan tentang kepentingan menjaga pemakanan semasa awal dan sepanjang kehamilan.

Acara dimulakan dengan kata aluan dari pengacara majlis seterusnya ucapan dari Editor Pa&Ma, Puan Hasnita Sawal. Dalam ucapannya, Hasnita berharap setiap peserta yang datang akan mendapat input berguna untuk digunakan semasa hamil. Selain itu, setiap pasangan telah didedahkan dengan komuniti Pa&Ma Moms-to-be yang banyak membantu para ibu membuat rujukan serta persediaan untuk menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga.

SELESANYA AMBIENS CASABONDA

Wakil dari Casabonda Confinement & Wellness Retreat, telah menerangkan serba sedikit tentang keistimewaan pakej yang ditawarkan di sini serta menunjukkan jenis rawatan yang ditawarkan. Rata-rata ibu hamil teruja dan berminat dengan suasana berpantang di sini kerana keselesaan suasana serta jenis rawatan yang menarik.

Konsep rawatan pantang di sini mengambil berat soal kesihatan ibu. Mereka buka hanya menumpukan cara tradisional Melayu tapi mengabaikan aspek perubatan moden tetapi menggabungkannya dengan rawatan perubatan moden dengan pemantauan oleh perbidanan dan sakit puan agar ibu mendapat memulihkan diri secara total. Menariknya, kesemua pasangan ini turut mendapatkan kelebihan kerana ditawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk semua rawatan berpantang yang ditawarkan di sini.

PERKONGSIAN ILMU DIET YANG BERGUNA

Acara diteruskan dengan perkongsian ilmu pemakanan oleh Pn. Laila Fadhilah Omar iaitu Pakar Dietetik dari SALAM Specialist Hospital, Shah Alam. Dalam perkongsiannya itu, Laila banyak mengetengahkan jenis diet yang sesuai untuk diamalkan oleh ibu hamil serta kepentingan pengambilan setiap nutrisi yang diperlukan oleh mereka serta bayi dalam kandungan.

Menariknya perkongsian ini kerana setiap peserta diberikan hand out yang lengkap dan sangat berguna untuk dijadikan rujukan para ibu bagi membantu mereka mengikut diet yang terbaik sepanjang kehamilan. Sesi yang memakan masa satu jam ini padat dengan ilmu dan semua peserta tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan perkara yang mahu mereka tahu.

FUN GAMES MERIAHKAN SUASANA

Bagi memeriahkan lagi suasana, team Pa&Ma telah mengadakan sesi fun games. Kesemua peserta sangat sporting dan tidak menolak untuk menyertai setiap games yang diadakan. Selain cabutan bertuah, salah satu permainan yang dibuat adalah DELIVERY LIST di mana tiga orang bapa diminta untuk menyenarikan barangan keperluan ibu dan bayi untuk dibawakan ke hospital apabila tiba waktu melahirkan.

Selain itu, terdapat juga permainan Pa&Ma Wheel of Fortune di mana para peserta diminta untuk memutarkan roda bagi menjawab soalan yang diberikan. Terdapat juga permainan Pa&Ma Serasi Challenge. Dalam permainan ini, tiga pasangan telah dipilih untuk menjawab beberapa soalan bagi menguji keserasian antara mereka. Rata-rata dapat menjawab soalan dengan betul dan kesemua mereka membawa pulang hadiah menarik.

SEMOGA PESERTA MENDAPAT INPUT BERGUNA

Pa&Ma sempat bertemu dengan Angie Chong, Penasihat Kanan Casabonda Confinement & Wellness Retreat, untuk bertanyakan tentang acara ini. Menurutnya, acara sebegini dapat memberi kesedaran kepada pasangan yang bakal menimang cahaya mata dan setiap input yang diberikan sangat lengkap bagi membantu ibu hamil menjaga kesihatan mereka dari dalaman.

Terima kasih Pa&Ma ucapkan kepada Casabonda Confinement & Wellness Retreat kerana kesudian mereka menaja lokasi untuk acara kali ini. Pa&Ma turut ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat di atas kesudian mereka mengikuti acara ini. Semoga dengan perkongsian dari pakar yang dibawakan untuk mereka semalam, dapat membantu setiap peserta untuk hamil secara sihat sehingga waktu melahirkan. Semoga dapat berjumpa lagi di acara akan datang. Pa&Ma X Casabonda is the Best!