Pancake dragon untuk bayi 8 bulan ke atas, sesuai dijadiakan untuk sarapan pagi. Nak jadikan snekking pada waktu petang pun boleh. Guna tiga bahan je tapi cukup untuk buat si kecil kekenyangan dan ceria sepanjang hari. Perut kenyang pasti anak akan bertenaga.

Bukan sahaja mengenyangkan, malah berkhasiat juga untuk anak-anak. Buah naga mempunyai karotene yang bertindak sebagai agen anti kanser. Lycopene yang menyebabkan warna merah pada buah ini terbukti boleh mengurangkan risiko kanser kelenjar prostat.

Buah naga dapat mengurangkan paras kolesterol ‘jahat’ dan meningkatkan paras kolesterol ‘baik’. Kajian menemui pengambilan buah ini mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan mencegah masalah tekanan darah tinggi.

Kandungan vitamin dan garam mineral yang tinggi seperti vitamin c, B1, B2, B3, kalsium, phosphorus, zat besi, protin dan niacin membantu untuk meningkatkan paras imuniti tubuh badan. Jom lihat resipi yang dikongsikan.

Resepi ini dikongsikan oleh Nur Ashikin di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.

IKLAN

RESEPI PANCAKE DRAGON FRUIT

Pancake Dragon, Sedap Berkhasiat. Boleh Dijadikan Breakfast Anak!
Sumber foto: Facebook Nur Ashikin

Salam mommies semua, harini saya nak share breakfast idea guna 3 bahan je… resipi ni saya dapat dari group ini juga, thank you ya!

Pancake Dragonfruit
Bahan- bahan:
– ½ buah dragon
– 2 sudu makan tepung gandum
– ½ unsalted butter (pek kecil) – baki dia lagi ½ guna untuk masak pancake kejap lagi

IKLAN
Pancake Dragon, Sedap Berkhasiat. Boleh Dijadikan Breakfast Anak!
Sumber foto: Facebook Nur Ashikin

Cara- cara:
1. Lenyekkan dragon fruit dan campurkan tepung gandum, unsalted butter.
2. Kacaukan hingga dapat kepekatan di bawah.
3. Panaskan nonstick pan, letakkan ½ baki unsalted butter (pek kecil) untuk masak pancake.
4. Masak hingga sedikit keperangan. Siap!

Baca Juga:

Salmon Sos Asam Jawa, Tinggi Omega Yang Baik Untuk Badan Ibu Berpantang!

IKLAN

Serunding Halia Untuk Ibu Berpantang, Buang Angin Dan Meringankan Badan

Sosej Untuk Baby, Boleh Buat English Breakfast. Pasti Anak Suka!

Menu ini untuk anak saya 7 bulan 23 hari, boleh cuba ya mommies.

Mudah sahaja resepi yang dikongsikan beliau. Para ibu juga boleh menggantikan buah dragon dengan buah lain seperti pisang, betik, manga dan sebagainya. Boleh buat ikut buah kesukaan anak- anak. Selamat mecuba dan semoga bermanfaat.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI