Musim cuti sekolah yang panjang ini, apa kata kita cipta bonding bersama anak-anak dengan menyiapkan makanan kegemaran mereka. Mencipta resipi comel dan unik seperti Apam Teddy Bear ini tidak kurang hebatnya. Anak pasti teruja menunggu apam siap.
Resipi comel yang dikongsikan oleh Pn NunuPessa Hik ini cukup unik dan berseni. Nak tahu cara membuatnya? Cukup mudah kerana bahan-bahan yang digunakan tidak banyak malah senang dicari. Jom cuba!
Jumpa belakang rumah. Meremut. Pisang saja yang ada ya..buat alas perut.
Bahan-bahan:
4 biji telur
200 gram gula perang
1 sudu besar ovalet
Esen vanila
280 gm tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
150ml susu cair
Pukul telur, gula perang, ovalet dan esen vanila sehingga kembang dan gebu seperti dalam gambar.
Ads
Masukkan 280 gram tepung gandum yang diayak bersama 1 sudu besar serbuk penaik.
Selang selikan tepung dengan 150 ml susu cair. Pukul sebati.
Ads
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan warnakan.
Terlebih dahulu, kita kena buat telinga beruang. Buat macam dalam gambar dan kukus sebentar. Saya buat atas tudung periuk saja. Sapu sedikit minyak untuk elak melekat.
Ads
Kemudian buatlah rupa beruangnya. Hidung tu tarik sikit dengan hujung lidi ke bawah. Jangan lupa letakkan telinga yang sudah dimasak tadi sebelum dikukus.
Resipi nuget nasi homemade sesuai untuk anak-anak yang susah makan nasi. Biasanya pilihan anak yang mudah adalah nuget tapi kali ini kita olah jadi makanan yang sihat. Jika tengok anak jenis suka makan nuget, apa kata tukarkan versi nuget sihat untuk mereka.
Resipi nuget nasi yang dikongsikan oleh Puan Widyana Ali ini pasti membuka selera anak-anak yang susah makan nasi. Paling penting padat nutrisi kerana ada nasi, isi ayam dan sayur-sayuran.
Bahan-bahannya:
Nasi putih
Isi ayam
Lobak merah
Lada putih
Garam pink himalaya secukup rasa
Sedikit bawang putih
Sedikit daun sup
Cara membuat:
Kisar bahan tadi menggunakan food processor. Letak sedikit air panas supaya nasi tadi hancur. Jangan terlebih air.
Bahan untuk salut
Bahan untuk salut. Sebiji telur. Breadcrumbs. Untuk gluten free boleh guna puffed rice yang dikisar atau macam saya salut guna kelapa parut sangai. Boleh juga guna dessicated coconut. Kalau anak alah telur boleh tukar telur dengan air kosong. Selepas bentukkan celup nuget dalam telur dan golek atas breadcrumbs atau kelapa parut sangai.
Selepas dicelup telur, golek atas kelapa. Susun atas loyang untuk digoreng.
Selepas digoreng. Macam nuget yang biasa dibeli di luar. Kalau makan dengan sos cili homemade mesti anak-anak suka.
Lepas ini, ibu boleh cuba ya. Bukan sahaja pembuka selera untuk anak, paling penting anak yang alah telur pun boleh makan.
Anak dengan nutella memang tidak dapat dipisahkan. Stok nutella untuk sapuan roti perlu sentiasa ada kerana sudah menjadi kegemaran anak. Jangan tak sangka rupanya, nutella boleh dibuat sendiri.
Resipi mudah homemade nutella yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan menggunakan Thermomix ini anda kena cuba. Memang senang dan paling penting jimat.
Homemade nutella with love gitu nama dia. Anak-anak suka, alhamdulillah.Bahan-bahan pun mudah sangat nak buat.
Resepi saya share sini dengan korang ya. Thank you @cookingwithsuri sebab hasilkan resepi homemade nutella yang sedap sangat ni!
Bosan juga asyik nak makan juadah raya kan? Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas. Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam.
Dah masuk hari ketiga ni, kalau boleh nak makan sesuatu yang lebih ‘ringan’ yang boleh potong segala rasa lemak hidangan raya seperti masak lodeh, rendang, lemang dan sebagainya. Nak hidangkan pada tetamu pun okay.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini;
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Makan Tomyam, Elak Kanser?
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.