Keibubapaan

“Pandainya, Nampak Selesa & Semangat Dalam Kelas Online”, Yusuf Iskandar Dah Sekolah, Ruang Belajar Curi Tumpuan!

Share

Pengalaman anak pertama kali melangkah masuk ke alam persekolahan sememangnya mendebarkan. Rasa tidak yakin, bimbangkan keadaan anak yang masih tidak pandai berdikari dan sebagainya. Seribu satu persoalan dan kerisauan yang bersarang di minda.

Pun begitu, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah PdPR) yang dilaksanakan di seluruh negara membuka satu lembaran baru buat kita. Pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha turut berdepan situasi sama bila mana anak sulungnya, Yusof Iskandar kini sudah pun melangkah ke alam persekolahan.

Menerusi satu entrinya di instagram, Hanis turut berkongsi sekeping gambar Yusof ketika belajar melalui atas talian. Malah Hanis turut memantau sesi pembelajaran Yusof dari jauh.

“Yusuf Iskandar, first day of (online) school at home, 2021,” kongsi Hanis ringkas.

 

Melalui instagram Yusuf @theyusofiskandar, Hanis turut berkongsi sebuah video Yusof mempersiapkan diri untuk memasuki kelas onlinenya.

Penuh semangat malah menariknya sepanjang sesi pembelajaran pertama itu, Yusuf amat fokus dan memberi perhatian sepanjang sesi pembelajaran diadakan.

Meninjau di ruangan kapsyen, rata-rata seluruh pengikut Hanis memuji semangat yang ditunjukkan Yusof ketika sesi pembelajan online.

“Bayangkan kalau dapat pergi sekolah macam biasa, Yusuf mesti bersemangat dan happy je. Online class pun bersemangat.”

“Pandai Yusuf menyesuaikan diri dan nampak selesa dalam online class ni”.

 

Ruang Belajar Macam Library

Namun apa yang menarik perhatian wargamaya adalah ruang belajar Yusuf yang sangat luas dan selesa malah menyifatkan ruang belajar itu sebagai perpustakaan di sekolah.

Dengan saiznya yang besar ditambah susun atur pelbagai buku yang diletakkan Hanis pada bahagian atas dinding membuatkan ia terlihat cukup cantik, selesa dan mewah.

Tidak hairanlah ada peminat yang meminta Hanis melakukan house tour bagi melihat sendiri dekorasi indah kediaman Hanis sekeluarga.

 

Terdahulu, Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015 dan kini mereka mempunyai dua orang cahaya mata, Yusof Iskandar dan Alisa Aishah yang sentiasa membuat pengikut Hanis di instagram terhibur.

Artikel berkaitan: Bijaknya Yusuf & Alisa, Kongsi Video Aktiviti Anak, Warganet Puji Cara Didikan Hanis Zalikha!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @haniszalikha @theyusofiskandar

IKLAN