Kasih seorang ibu tidak bertepi, apatah lagi apabila melihat seorang anak kecil kehilangan tempat bergantung. Keprihatinan itulah yang membawa Nurul Hidayah Ab Basir, 38, bertemu dengan Putri Qisya, kanak-kanak perempuan yang hidupnya berubah sekelip mata selepas kehilangan seluruh keluarga dalam tragedi menyayat hati di Sungai Korok, Jitra.
Pertemuan itu bagaikan diatur oleh takdir. Anak kepada Nurul Hidayah, Nureen Keisya Adelea Mohamad Yazid, memiliki wajah, warna kulit, ketinggian dan malah nama yang hampir sama dengan Puteri Qisya Nur Izzat, anak sulung kepada pasangan suami isteri yang terkorban bersama empat adik-beradiknya.
Hampir sama, adik Putri Qisya dan Nureen Keisya.
Lebih menggetarkan hati, kedua-dua mereka kini berusia 12 tahun. Nama panggilan “Qisya” menjadi penghubung yang tidak disangka.
Perkara tersebut didedahkan Nurul Hidayah menerusi satu hantaran di TikTok sehingga meraih perhatian warga maya.
Berkongsi cerita di sebalik pertemuan anaknya bersama Puteri Qisya Nur Izzat buru-baru ini, penjawat awam dari Alor Setar itu memberitahu, dia terpanggil untuk menziarahi kanak-kanak tersebut setelah mendapat tahu kejadian yang menimpa keluarga anak sulung pasangan berkenaan.
“Apabila saya melihat wajah Putri Qisya, saya terkenangkan anak saya. Memang serupa dari segi paras rupa, warna kulit, ketinggian dan nama. Saya rasa macam dia anak saya.
Ads
“Selain nama panggilan mereka sama, nama saya juga sama dengan Allahyarham ibunya, Nurul Hidayah dan saya kata kepadanya, dia boleh panggil saya ‘mummy’.
“Ini percaturan ALLAH yang tidak terjangka,” katanya berkongsi.
Ads
Niat Ikhlas Menyantuni Seorang Anak yang Kehilangan
Sejak pertemuan pertama itu, Nurul Hidayah membuat keputusan untuk terus berhubung dengan Puteri Qisya dan menzahirkan harapan agar kanak-kanak tersebut dapat menyambung persekolahan bersama anaknya tahun hadapan.
Secara tidak langsung ujarnya, dia dapat memantau keadaan Putra Qisya dari semasa ke semasa.
“Seorang wanita tidak lari dengan sifat keibuan, apatah lagi melihat seorang anak kehilangan tempat berpaut.
Ads
“Saya tumpang bersedih dengan kejadian yang berlaku kepada dia dan mendoakan anak ini sentiasa berada dalam lindungan dan jagaan orang baik,” katanya.
Terdahulu jasad enam sekeluarga yang hilang selepas pulang bermalam di rumah ahli keluarga di Taman Seri Aman, 5 Julai lalu ditemui dalam kereta Proton Saga Iswara di Sungai Korok.
Jenazah ibu dan ayah, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, isterinya, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi 31, serta empat anak mereka dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor, Karang di Jerlun kira-kira jam 11.50 malam pada Isnin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Sedih mummy haritu tengok tangan kena cucuk jarum semua…”
Hati ibu mana yang tak luluh bila lihat anak kecil kesakitan. Itulah yang dilalui oleh pengacara dan pelakon popular, Ain Edruce atau nama penuhnya Nurul Ain Edruce, 34, bila anak keduanya dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti virus RSV (Respiratory Syncytial Virus).
Lebih menyayat hati, bayi Ain belum pun berusia sebulan waktu itu terlalu kecil untuk hadap jangkitan serius pada paru-paru dan saluran pernafasan.
Ain yang berkongsi momen itu di Instagram meluahkan rasa sebak bila terpaksa lihat tangan anak dicucuk jarum dan duduk dalam wad.
“Belum sebulan lagi awak lahir… baru berapa hari, dah masuk wad balik.”
Apa yang lebih menyentuh, ini bukan kali pertama Ain melalui detik mencemaskan ni. Anak sulungnya, Soraya, pun pernah kena RSV dulu. Kini, giliran adik pula diuji.
“RSV ni jahat…”
Itu luahan ringkas dari seorang ibu yang dah dua kali berdepan pengalaman yang sama — penuh trauma, risau dan tak tidur malam.
Menurut Ain, anaknya kini sudah dibenarkan keluar dari wad, namun masih belum sembuh sepenuhnya kerana sistem imun bayi yang masih lemah.
“Doakan adik Soraya sihat cepat macam kakak dia.”
Dalam masa sama, Ain juga pesan pada semua ibu bapa untuk jangan ambil ringan bila anak mula tunjuk simptom tak sihat — seperti batuk, demam, nafas laju atau kurang selera makan. Terutama untuk bayi dan kanak-kanak kecil.
Posting tu turut dibanjiri doa dan kata semangat daripada rakan selebriti dan peminat. Ramai yang turut berkongsi pengalaman anak mereka dengan RSV, dan sama-sama ingatkan ibu bapa lain supaya lebih peka dan cepat bertindak.
Setiap kali kita mendengar kisah tentang seorang ibu dan anak yang pergi bersama-sama, hati mana yang tak luluh kerana kasih antara ibu dan anak itu terlalu dalam tak terputus walau jasad sudah tiada. Seolah-olah Allah izin mereka melangkah ke alam lain masih berpegangan tangan, seperti mana sepanjang hidup mereka saling melengkapi dalam dunia yang penuh ujian ini.
Sebagai ibu bapa, kita sering berdoa agar anak-anak membesar di bawah lindungan Allah, agar kita sempat melihat mereka berjaya dan bahagia. Tapi hakikatnya, setiap nafas dan takdir hidup ini bukan di tangan kita. Kadang, kasih yang Allah beri itu terlalu indah hingga dijemput kembali dalam bentuk yang kita sendiri tak mampu fahami.
Ada kematian yang menakutkan di mata manusia, tapi di sisi Allah mungkin itulah pengakhiran yang paling mulia. Dan setiap kali kita melihat berita seperti ini, jangan terus menilai dengan mata kasar. Sebaliknya pandanglah dengan hati, dengan iman… kerana mungkin di sebalik duka, ada rahsia kasih Allah yang besar.
Ikuti perkongsian penuh daripada Ustazah Asma Harun yang mengajak kita melihat kematian bukan dengan rasa takut, tetapi dengan kefahaman yang menenangkan jiwa seorang ibu, seorang anak, dan seorang hamba Allah.
Saya ingin berkongsi dari satu sudut, berkaitan pemergian yang menyayat hati, Almarhumah Puan Sariya Che Hin dan anaknya Nur Afrina Alisha (semoga Allah mengampuni dan merahmati keduanya). Daripada tulisan ahli keluarga dan sahabat terdekat yang mengenali beliau, digambarkan Allahyarhamah adalah seorang wanita yang sangat baik, lembut tutur katanya, disenangi ramai dan sentiasa ceria.
Pemergian mereka berlaku dalam ketentuan yang hanya Allah Maha Mengetahui rahsia dan hikmah disebaliknya. Sebagai umat Islam, kita diajar untuk melihat setiap kematian dengan pandangan iman, bukan semata dengan mata zahir. Keadaan kematian yang amat tragis dan mengerikan, bukan semestinya tanda su’ul khatimah. Begitu juga kematian yang indah di mata manusia belum tentu Husnul Khatimah.
Apabila mendengar berita kematian, kita diajar untuk menyebutkan kebaikan si mati, bukan menilai bentuk atau keadaan kematiannya.
Daripda Ummu Salamah ra, Rasulullah SAW bersabda
إذا حضرتمُ المريضَ أوِ الميِّتَ فقولوا خيرًا فإنَّ الملائِكةَ يؤمِّنونَ على ما تقولونَ قالت فلمَّا ماتَ أبو سلمةَ أتيتُ النَّبيَّ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ فقلتُ يا رسولَ اللَّهِ إنَّ أبا سلمةَ ماتَ قالَ فقوليَ اللَّهمَّ اغفِر لي ولَهُ وأعقِبني منْهُ عقبى حسَنةً قالت فقلتُ فأعقَبَني اللَّهُ منْهُ مَن هوَ خيرٌ منْهُ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ
“Apabila kamu menghadiri orang yang sakit atau meninggal dunia, maka ucapkanlah perkataan yang baik-baik, kerana para malaikat akan mengaminkan apa yang kamu ucapkan.”
Apabila melihat luahan keluarga dan sahabat Almarhumah, hampir semuanya menyebut kebaikan dan keindahan akhlak beliau. Mudahan itu menjadi tanda Husnul Khatimah di sisi Allah SWT.
Rasulullah SAW juga memberitahu bahawa mereka yang terkorban dalam keadaan mempertahankan diri dan keluarga dikurniakan Syahid Akhirat. Baginda bersabda:
مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ
Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia mati syahid.
Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan keluarganya maka dia mati syahid.
Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia mati syahid.
Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan dirinya maka dia mati syahid.
(Hadis Riwayat Ahmad)
Antara sahabat Nabi SAW yang meninggal dalam keadaan amat tragis namun dimuliakan Allah ialah Sayyidina Hamzah bin Abd al-Muttalib r.a., bapa saudara Baginda. Beliau gugur dalam Perang Uhud, dengan jasad yang dicincang dan dadanya dibelah, namun tetap dimuliakan sebagai antara insan yang paling hampir di sisi Allah.
Sehinggakan Baginda Nabi mengiktiraf Sayyiduna Hamzah sebagai penghulu para Syuhada’. Nabi SAW bersabda,
سَيِّدُ الشُّهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ وَرَجُلٌ قَامَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ فَقَتَلَهُ
“Penghulu para syuhada’ ialah Hamzah bin Abd al-Muttalib dan seorang lelaki yang bangkit menegur pemerintah zalim, lalu dia dibunuh.”
(Hadis Riwayat al-Hakim)
Inilah bukti bahawa buruknya rupa kematian tidak menafikan kemuliaan di sisi Allah SWT. Bahkan ia boleh menjadi tanda kemuliaan seorang hamba yang gugur sebagai syahid dalam menegakkan agama Islam dan mempertahankan kebenaran.
Lihatlah juga keadaan di bumi G hari ini. Ribuan jenazah para syuhada’, termasuk wanita dan anak kecil, ditemukan dalam keadaan tubuh yang penuh luka dan darah. Ada yang kehilangan anggota badan, ada pula yang hanya tinggal cebisan tubuh. Namun kita yakin, di sebalik jasad yang hancur itu, roh mereka sedang beristirahat dalam kedamaian dan rahmat Allah.
Sesungguhnya, inilah bukti bahawa rupa kematian bukan ukuran nilai seseorang di sisi Allah.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الشَّهَادَةَ بِصِدْقٍ، بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ، وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ
“Sesiapa yang memohon kepada Allah dengan jujur agar mati syahid, Allah akan memberinya kedudukan para syuhada’, walaupun dia mati di atas tempat tidurnya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Hadis ini mengajar kita bahawa niat dan doa yang ikhlas lebih berharga daripada rupa kematian. Sesiapa yang benar-benar berniat untuk mati dalam keadaan Husnul Khatimah, walau tidak mencapainya, Allah tetap mengurniakan ganjaran yang sama.
Maka, berniatlah setiap hari untuk mati dalam keadaan yang baik. Kerana yang dinilai bukan bagaimana kita mati, tetapi bagaimana keadaan hati kita ketika dipanggil menghadap Ilahi.
Mudahan Allah SWT meringankan kesakitan ibu dan anak ini saat roh mereka diangkat, melapangkan jalan menuju syurga, menempatkan mereka bersama orang-orang beriman dan kematian yang Husnul Khatimah.
Sebagai seorang ibu, kita tak pernah tahu siapa akan pergi dulu kita atau anak. Tapi kita sentiasa berdoa agar, kalaupun Allah ambil, biarlah dalam keadaan yang terbaik, dalam dakapan kasih dan dalam redha-Nya.
Kisah seperti ini mengingatkan kita, hidup ni terlalu singkat untuk membiarkan hari-hari berlalu tanpa pelukan, tanpa kata maaf, tanpa doa. Anak yang kita marah hari ini, mungkin esok sudah tiada. Ibu yang kita anggap akan selalu ada, mungkin sebenarnya sedang menghitung waktu.
Jadi, sebelum malam berganti pagi, peluklah anak sekejap lebih lama. Pandang wajah mereka dengan kasih. Sebut nama mereka dalam doa. Kerana kasih ibu dan anak — bukan sekadar darah yang mengalir, tapi jiwa yang sentiasa saling mencari, walau terpisah oleh dunia dan akhirat.