“Saya panggil nama Fatin (anak buah) berulang kali tetapi tiada sahutan, saya panggil kak cik minta dia membuka matanya tapi tiada sahutan juga. Kak cik hanya kaku..sayu hati saya ketika itu,” kata Nur Syaerah Abd Rahman.
Nur Syaerah, 29, adalah adik kepada Nurdiana Abd Rahman, 36, yang meninggal dunia selepas kereta Proton Persona dipandunya bersama dua anak perempuannya bertembung dengan Toyota Hilux di Kampung Kayan, di Sitiawan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, anak sulung Nurdiana, Fatin Nurjannah Mohd Ridzuan, 4, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Seri Manjung (HSM), jam 9 pagi.
Seorang lagi anak perempuan Nurdiana berusia dua tahun pula hanya cedera ringan dan sudah dibenarkan keluar hospital.
Nur Syaerah berkata, dia dihubungi suami kakaknya memaklumkan kejadian yang menimpa Nurdiana kira-kira 5.50 petang sebelum dia menghubungi ibu bapanya, Abd Rahman Jais, 66, dan Noraini Abd Rahman, 66, yang ketika itu berada di kebun.
Katanya, ketika itu abang iparnya yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu kakak dan anak saudara sudah tidak sedarkan diri.
“Saya cuba memanggil mereka tetapi mereka tidak menyahut, anak bongsu kakak ketika itu sedar dan dia menangis… Emak mengambilnya.
Ads
“Saya lihat kuih bahulu yang kakak beli untuk mak di Gopeng pada tengah hari sebelum kejadian itu sudah berterabur dalam kereta.. tak dapat nak gambarkan perasaan hati ini,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya.
Bercerita lanjut, Nur Syaerah berkata, ketika kejadian keluarga kakaknya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 8 Lekir.
Katanya, sebelum itu, keluarga kakaknya pulang ke kampung abang ipar di Lenggong pada Selasa dan kemudian ke Kampar untuk mengambil kereta pada hari kejadian.
“Suami kakak memandu kereta Proton Wira dan mengikut belakang kereta Proton Persona yang dipandu kakak bersama dua anaknya tetapi jarak mereka agak jauh sebelum ada orang hubungi abang ipar memaklumkan kemalangan itu.
“Anak sulung kakak selalunya nak naik kereta kuning (Proton Wira) itu dan saya difahamkan pada kejadian dia sudah naik dengan ayahnya tetapi di tengah jalan tukar naik dengan ibunya.
“Anak bongsu sudah dibenarkan keluar hospital dan setakat ini dia hanya merengek biasa saja belum lagi mencari ibunya,” katanya memberitahu kakaknya juga sudah menyiapkan persiapan raya untuk keluarganya.
Ads
Kemeriahan Aidilfitri dah tak dirasai
Sementara, bapa mangsa, Abd Rahman, 66, mengakui kemeriahan suasana menjelang Aidilfitri juga sudah tidak dirasai dan kehilangan dua insan tersayang itu adalah dugaan berat buat mereka sekeluarga tetapi menerimanya dengan reda.
Katanya, hatinya luluh apabila melihat jasad anak di depan mata sebaik saja tiba di lokasi dan dia juga turut membantu mengangkat anaknya itu ke pengusung.
Ads
“Dua bulan sebelum kejadian itu cucu (Fatin Nurjannah) kerap menangis. Diana pula tidak menunjukkan apa-apa perubahan sebelum ini dan kehilangan ini dugaan berat menjelang hari raya tetapi saya terima dengan reda,” katanya.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nasi Arab Chef Ammar memang sangat terkenal pada bulan Ramadan. Disebabkan rasanya yang berbeza berbanding rasa nasi arab yang lain, ramai yang sanggup beratur panjang malah sanggup menunggu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan nasi arab ini.
Ianya dijual dengan harga yang lebih murah di Bazar Ramadan berbanding harga di kedai makan Chef Ammar. Disebabkan itu jugalah ramai yang mengambil peluang untuk merasai keenakan nasi arab ini.
Baru-baru ini tular video Chef Ammar mengamuk kerana harga nasi arabnya dikatakan seperti harga ‘Tel Aviv’. Semalan tular sekali lagi video Chef Ammar yang ‘naik angin’ di hadapan gerainya.
Video yang dimuatnaik menerusi akaun tiktok @mohdarizan mendapat tontonan sebanyak 3.5 juta sejak semalam. Mana tidaknya,tindakan pembeli yang tiba-tiba memarahi stafnya hanya kerana memberikan kemudahan kepada ibu mengandung membuatkan ramai pihak bersetuju dengan respon dari tukang masak asal Palestin itu
Chef Ammar yang kelihatan cuba menahan sabar menceritakan kembali kepada pihak berkuasa detik-detik pelanggan tersebut memarahi staffnya.
“Pasal apa u bagi orang ngadung duduk,bagi orang ngadung dulu” – Pelanggan
“i tak buat salah, i tak paksa u tunggu. Dia bukan manusia ke? Dia (staff) bekerja sama macam pelanggan menunggu” – Chef Ammar
Chef Ammar cuma mempertahankan staffnya yang kelihatan sedang menangis setelah dimarahi pelanggan tersebut.
Beberapa pihak polis dilihat berada di situ untuk menenangkan keadaan agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selebriti, Chef Wan baru-baru ini kelihatan gembira kerana dapat bersama-sama menyambut ulang tahun cucu ketiganya, Putri Arianna Natasya yang kini berusia 8 tahun.
Sambutan hari jadi tersebut diadakan secara sederhana dan di hadiri oleh ahli keluarga terdekat di restoran milik Chef Wan iaitu De. Wan 1958.
Chef Wan turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada cucu tersayang ditambah dengan emoji berbentuk hati.
“Wishing my 3rd grandchild and 2nd grand daughter Arriana a happy 8th birthday.
lots of wonderful greetings from Atok. Love u Arriana.❤️❤️🌹🌹💋”
Putri Arianna Natasya merupakan anak kepada Chef Riz hasil perkahwinan bersama Shikin Maembong yang juga kakak kepada selebriti terkenal Emma Maembong.
Namun mereka mengambil keputusan untuk berpisah setelah empat tahun mendirikan rumah tangga.
Kehadiran Shikin Maembong di restoran De. Wan juga membuktikan bahawa silaturahim mereka kembali terjalin dengan baik setelah melalui beberapa episod yang tidak menyenangkan.
Rata-rata warga maya mengucapkan selamat ulang tahun buat cucu Chef Wan. Ada juga yang tertarik dengan wajah kacukan anak Chef Riz dan Shikin. Ibu Shikin Maembong merupakan warganegara Scotland yang berkahwin dengan Ismail Maembong.
afiyya_amanda’s profile picture arianna ni muka chef riz versi omputeh. comel sgt. hepi besday arianna
ilovejellybunny’s profile picture Mat saleh hbis.. mest cun beso nanti
ifatifah_’s profile picture Happy birthday untuk cucu2 dato..semoga segala kebaikan dan kebahgiaan utk mereka ❤️❤️
Tempoh dua minggu terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir 14 April ini menjadi penentu sama ada usaha untuk memecahkan rangkaian jangkitan Covid-19 berjaya ataupun sebaliknya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil PKP bergantung kepada disiplin rakyat.
“Kita telah menyelesaikan dua minggu (PKP) dan dua minggu lagi terpulang kepada anda dan saya,” katanya ketika sidang media.
Menurutnya, kerajaan optimis dapat meratakan lengkungan kes dan mengelakkan kenaikan mendadak.
“Jika semua mematuhi perintah PKP dan kami di KKM akan meningkatkan pengesanan kes yang aktif, kita akan dapat pecahkan rantaian jangkitan tersebut,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan akan membuat keputusan sama ada tempoh PKP dilanjutkan atau tidak pada awal April ini bergantung kepada perkembangan terkini dan tiada kes positif yang mendadak dilaporkan.
Bimbang sekiranya kes naik mendadak
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham melahirkan kebimbangan sekiranya kes positif naik mendadak.
“Jikalau perintah PKP tidak berjaya, ramalan JP Morgan Chase & Co dan laporan Institut Kajian Ekonomi Malaysia bahawa negara ini mencapai kes kemuncak April ini akan menjadi kenyataan,” katanya.
Menurutnya, individu yang telah diarahkan untuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah perlu menepati arahan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
“Memang ada yang ingkar. Keluar dari rumah. Kita akan lihat kemungkinan untuk kuat kuasakan tindakan sama ada untuk terus tinggal di rumah atau tinggal di pusat kuarantin yang ditetapkan.
“KKM ingin menasihatkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara perlu mengasingkan diri anda daripada bergaul rapat dengan ahli keluarga atau orang yang tinggal serumah dengan anda selama 14 hari, 24 jam sehari,” katanya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.