Pantang Cara Terengganu, Ummi Nazeera Amal Makan Ikan Selar. Lagi Sweet Bila Suaminya Ikut Makan Menu Ala Pantang

Share

Tempoh selepas bersalin atau dipanggil tempoh berpantang bagi masyarakat Asia dianggap sebagai masa untuk mengembalikan kesihatan diri ibu. Seronok melihat Ummi Nazeera berpantang mengikut cara negeri Terengganu di mana ikan sering menjadi sajiannya.

Baru melahirkan puteri sulung, Ayra Aneesah, aktres berbakat Ummi Nazeera sering kali berkongsi tentang apa yang di makannya ketika dalam tempoh berpantang. Terbaru, dia berkongsi menu sup sayur bak choy dengan bebola ikan selar. Ummi walau pun kurang gemar ikan selar tetap memakannya atas nasihat ahli keluarga.

Tambah manis bila suami Ummi, Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani turut mengambil sajian yang seakan-akan sama iaitu sup bebola ayam. Ummi telah memuat naik foto hidangan makan malam mereka di Instagram dengan kapsyen ini;

SUAMI PUN SUPPORT, MAKAN MENU SIHAT ALA PANTANG

Dr. Mohd. Izzar juga turut memakan makanan sihat semasa Ummi berpantang. Ini tanda sokongan moral yang baik dan boleh dicontohi.

Para netizen pun berkongsi tentang sajian pantang masing-masing ketika bersalin. Ada yang turut berpantang gaya ala pantai timur dan ada yang turut tertarik dengan menu sup bebola ikan tersebut.

PANTANG CARA TERENGGANU & SELANGOR

SELAR SELANG SELI DENGAN SALMON

TERLIUR TENGOK MENU PANTANG UMMI

SELAR BAKAR & SELAR GORENG DENGAN SEDIKIT MINYAK

LUKA CEPAT BAIK

MENU PANTANG UMMI NAZIRA

Jom tengok apa lagi sajiannya pantang Ummi Nazira. Kebanyakannya ialah sayur sebagai sumber serat dan ikan sebagai sumber protein yang baik.

Sumber: Instagram Ummi Nazeera & Izzar Anwari

 

 

IKLAN