Biarpun ayah selalu jarang berada di rumah tetapi ayah dengan anak tak pernah berenggang. Bonding terlebih kuat berbanding ibu. Alasannya hanya satu, ayah lebih cool dan kreatif berbanding ibu yang sering melibatkan emosi dalam segala hal.
Tak kira apa cara dan bagaimana mak ayah mencipta bonding dengan anak, senarai yang dikongsikan oleh Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim ini bukti bahawa ayah lagi kuat bondingnya dengan anak.
Tanda-tanda anak yang kuat bonding dengan ayahnya :
1. Tak boleh lihat muka ayahnya mesti nak diajaknya bermain. Habis badan ayah di henyak-henyak.
2. Bangun tidur je cari ayah. Padahal ibu tidur kat sebelah, tetap celik mata cari ayah dulu.
3. Ayah tak boleh hilang sekejap, mesti dia mencari. “Ayah pergi mana?”
Ads
4. Pantang nampak ayah duduk bersahaja tak buat apa, pasti datang melompat. Time tu la dia nak duduk atas pangku.
5. Bila ayah tak ada, dari energetik boleh jadi lemah tak bermaya. Nak main pun tak ada motivasi tanpa ayahnya.
6. Selalu bertanya keberadaan ayahnya. Kalau ayah keluar kerja, balik lambat sikit anak mesti perasan. Walaupun tak pandai tengok jam lagi.
7. Paling ingat kata-kata ayah padanya. Setiap pesanan ayah di ambil serius. Ini tak boleh buat, ayah tak bagi. Ini salah, ayah dah pesan.
Ads
8. Bila bersama-sama kawan, tak ada benda lain mesti bercerita tentang hebatnya ayah dia.
9. Mengada-ngada bila ayahnya ada. Macam-macam kepandaian nak ditunjuknya. Sikit-sikit panggil ayah tengok ni.
10. Paling mudah terasa hati. Bila ayah termarah atau terjerit. Dia boleh jadi kecewa yang amat amat sangat.
Bila hati dah terlalu sayang, sedikit kasar pun boleh buat hati dia terluka amat dalam tau. Anak bapak…
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa yang kita tunjukkan pada anak, itulah yang anak ikut. Yang baik kita tunjukkan, baiklah yang diikuti anak-anak kecil kita. Ya kita sememangnya role model terbesar untuk anak-anak kita contohi.
Maka tunjukkanlah kasih sayang kita pada mereka. Paling utama kata superdaddy, Khairul Abdullah, tunjukkanlah kita begitu menghargai ibu mereka. Mereka akan ikut dan hormat!
Bagi aku, ini adalah benda utama seorang ayah boleh buat untuk beri impak yang besar kepada anak dia. Sayangilah ibunya.
Yes, itu sahaja. Once seorang ayah sayang ibu kepada anaknya maka secara automatik, ayah akan buat banyak benda bagi menggembirakan hati serta menyenangkan ibu anak-anaknya tadi.
1. Membantu ibu mereka dalam urusan seharian. Ayah yang dilihat oleh anak-anaknya sentiasa membantu ibu mereka menyapu sampah, mencuci pinggan mangkuk selepas makan, mencuci bilik air, melipat dan menggosok baju dan sebagainya akan dijadikan role model.
Anak-anak nampak dengan jelas ayah membantu meringankan beban ibu mereka. Anak-anak juga akan mempunyai sikap yang sama kerana anak menjadikan ayah sebagai idola.
2. Sentiasa berlemah lembut dengan ibu mereka. Ayah yang sentiasa bercakap dengan nada yang lembut dan tidak menengking-nengking membuatkan ibu mereka gembira dan energi tersebut turut sampai dan memberi kesan kepada perkembangan psikologi anak-anak.
Anak-anak tahu yang ayah sayangkan ibu mereka, tidak marah-marah. Mereka juga akan terbiasa bercakap dengan nada yang lemah lembut dan menjadi lebih hormat kepada ayah dan ibu mereka.
3. Zahirkan kasih sayang melalui kata-kata dan perbuatan. Selalulah ucap “i love you” atau “ayah sayang ibu” atau “papa sayang mama” kepada ibu mereka. Anak-anak mendengar dan mengetahui. Anak anak kecil sesetengahnya tak faham gesture, body language, jadi ucapan memainkan peranan penting.
Anak-anak akan ikut cakap dan luahkan kasih sayang depa pada mak dan ayah juga. Anak-anak yang meluah perasaan kasih sayang lebih tenang dan bagus emosi mereka. Begitulah.
Anak-anak aku tak sempat melihat dan memerhati aku melayan ibu mereka. Tapi anak-anak sentiasa bertanya macam tadi.
Daddy sayang mommy tak? Daddy selalu cakap I love you kat mommy tak macam daddy cakap dengan kami? Daddy selalu tolong mommy tak kalau mommy masak atau kemas rumah.
Macam-macam soalan ditanya untuk depa tahu dan yakin yang aku ni sayang pada mommy depa. So, anak-anak nak tahu dan tengok kita sebagai ayah ni sayang betul-betul pada mak atau ibu mereka atau tidak.
Jadi kita kena zahirkanlah. Biar anak lihat dan ambil contoh. Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana penuh kasih sayang pasti membesar dan menjadi seorang anak yang lebih baik dari segenap segi terutama emosinya.
Semoga keluarga kita dipenuhi dengan sakinah mawaddah warohmah.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Aafiyah sekarang suka berjaga waktu malam, siang dia tidur je. Malam dia bangun 3 kali untuk menyusu. Memang agak memenatkan, tapi bila tengok dia menyusu hilang segala penat lelah.”
“Tugas sebagai ibu rasa complete kerana dapat menyusukan dan menjaganya sendiri. Rasa puas dapat melihat tumbesaran Aafiyah di depan mata. Rasa tak sabar pula nak tengok Aafiyah membesar,” ujarnya yang merasakan kenangan paling indah sejak jadi ibu bila dapat lihat Aafiyah mula tersenyum dan tergelak dalam dunianya sendiri.
Sepertimana ibu lain, Siti turut berkongsi perasaan bahagia dan puas setiap kali melihat anaknya menyusu.
Biarpun kerap rasa dahaga, lapar, penat, mengantuk tetapi Siti tak kisah untuk melalui fasa tersebut dan sentiasa sediakan makanan yang berkhasiat untuk penghasilan susu badan.
“Bagi mengekalkan susu badan, Siti akan makan sarang burung, lobak putih, ikan salmon, jenahak dan lain-lain lagi,” ujarnya yang ada membuat stok susu yang dipam sebagai persediaan jika diperlukan namun tidak banyak.
Siti yang lebih kerap menyusukan Aafiyah secara ”direct” memberitahu mula membuat stok susu perahan selepas pulang dari hospital namun hanya mengikut permintaan sahaja.
Sambut Hari Ibu dengan gelaran Ibu
Sambutan hari ibu tahun ini paling bermakna bagi penyanyi nombor satu negara ini selepas bergelar ibu.
Menurut Siti, perasaan pertama kali dapat sambut hari ibu barulah dia benar-benar memahami erti pengorbanan seorang ibu bukanlah kecil tetapi besar.
“Daripada melahirkan anak, menjaganya siang dan malam, menyusukannya bukannya tugas yang mudah. Sebab itu kita wajib hormati dan sayangi ibu sampai bila-bila,” katanya ketika majlis pembukaan outlet baru butik CreacionBySitiNurhaliza di Melawati Mall Ahad lepas.
Justeru itu Siti tak lupa pesanan ibunya yang setiap wanita bila sudah bergelar ibu kena ada kesabaran yang tinggi.
“Sebenarnya Siti banyak melihat apa yang mak buat dan lakukan dan itu yang Siti pegang bila dah jadi ibu. Memang wanita ni sabarnya sangat tinggi. Dia boleh hadapi sebarang kesusahan dan kesakitan,”ujarnya yang memang mengakui tahap kesabaran dan tahan sakitnya jadi lebih tinggi sejak bergelar ibu.
Makan Beras Perang Ketika Pantang
Penampilan pertamanya sejak habis tempoh berpantang menyaksikan keanggunan seri seorang ibu terserlah di wajah Siti. Tampil dengan lebih menawan dan langsing membuatkan ramai nak tahu apa rahsiannya.
Menurut Siti sehingga kini dia sudah hilang hampir 22 kilogram berat badan berbanding berat di akhir kehamilan sebanyak 92 kilogram.
Selain faktor kerap berjaga malam dan menyusukan Aafiyah, Siti mengakui proses berpantang yang betul-betul diikut dengan berdisiplin seperti diatur oleh Natalis Mother Care.
“Siti memang ikut diet pemakanan sihat yang diatur oleh Natalis. Diet Siti makan semua makanan sihat yang di gril dan kukus sahaja. Nasi pula Siti ambil beras perang dalam kuantiti yang tak banyak.
Siti turut buat proses berpantang seperti bertungku, sauna dan berurut selama 44 hari. Bahkan Siti tambah lagi 30 hari tempoh penjagaan berpantangn oleh Natalis,” ujarnya yang berpuas hati dengan pakej penjagaan berpantang ini.
Siti mengakui walaupun sukar tetapi dia perlu berusaha untuk mencapai berat sasaran sehingga 59 kilogram kerana sebagai penyanyi dia perlu tampil menarik untuk keluar di kaca TV selain membuat persembahan pentas.
Untuk mengekalkan kecergasan dan sentiasa bertenaga, ibu Aafiyah ini mengamalkan pengambilan suplemen dan jamu yang mula diambil di akhir tempoh berpantang.
Sebagai ibu menyusu, Siti turut merancang untuk mereka koleksi baju kasual yang breastfeeding friendly di bawah jenama Creacion selain berkemungkinan mengeluarkan koleksi pakaian raya bersama Aafiyah pula di tahun hadapan.
Tak Sabar Tengok Aafiyah Membesar
Sepertimana ibu lain yang tak sabar nak melihat perubahan wajah bayi bila semakin membesar, Siti mengakui yang dia tak sabar nak tunggu Si Comel Pipi Merah berusia 5 bulan ke atas untuk melihat perkembangannya.
“Sekarang ni bila orang tengok Aafiyah ada yang cakap ikut muka saya, ada yang cakap ikut muka suami. Tapi memang sebenarnya masa mengandung, saya selalu cakap kat suami kalau boleh nak bulu mata anak panjang dan lebat macam dia. Alhamdulillah memang bulu mata Aafiyah ikut ayahnya,” cerita pemilik jenama alat solek Simplysiti ini.
Kalau ditanya pada kaum ibu terutama yang bekerja pasti mereka tak menafikan penat. Tapi apakan daya tanggungjawab sebagai ibu dan isteri harus juga diambil kira.
Mungkin bagi sesetengah ibu, seawal 4 pagi perlu bangun untuk menyiapkan apa yang patut dan selepas selesai keperluan keluarga perlu bergegas ke tempat kerja pula.
Tapi awas ya, bila rasa penat dan mengalami ciri-ciri di bawah silalah bawa berehat. Ini tanda sebenarnya sudah mengalami tahap kepenatan melampau dan perlu berehat segera agar tidak menjejaskan kesihatan.
Paling utama cik suami perlu memerhati tanda-tanda ini sebab orang perempuan akan tetap melakukan kerja selagi terdaya walaupun sebenarnya keletihan. Suamilah yang perlu prihatin dan beri peluang isteri berehat.
Wanita biasanya punya daya ingatan yang kuat jadi bila sudah lupa mana letak kunci kereta, dompet atau cermin mata yang biasa dipakai maka sebaiknya bawa berehat.
Isteri biasanya cerewet dalam banyak perkara terutama urusan rumah tangga. Tapi kalau dia sudah tak peduli dengan baju yang kotor, pinggan berselerak atas meja dan hanya ingin tidur harap encik suami faham bahawa dia sedang keletihan.
Tidur malam sekejap-sekejap terjaga. Ia merupakan tanda stres yang puncanya boleh jadi kepenatan fizikal yang tak berkesudahan.
Biasanya ibu akan senang melayan kerenah anak tapi bila ada hari dia marah-marah malah meminta anak bermain jauh, sebaiknya suami cepat-cepat tawarkan bantuan. Sama ada bantu buat kerja rumah atau bawa anak keluar supaya ibu ada masa berehat seketika.
Terasa pening malah seperti mahu jatuh ini tanda yang serius kerana boleh mencederakan. Ada kemungkinan otot-otot di tubuh isteri keletihan sehingga dia hilang keseimbangan.
Kalau dah terlalu sibuk buat kerja rumah, wanita biasanya lupa merawat diri. Tak sempat lagi mengenakan krim apatah lagi masker atau solekan. Inilah yang menyebabkan wajah kusam.
Suami perasan tak, bila tengah berbual isteri tak fokus. Malah ada juga yang malas bersembang, hanya mahu berbaring. Ini tanda dia letih yang amat sangat.
Biasa boleh berjaga malam untuk menonton tv tapi awal-awal lagi sudah terlentuk di depan tv malah di dapur pun maka mintalah isteri berehat untuk mengembalikan kecergasannya.
Sumber: ragamanak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!