Masalah kulit yang berlaku pada bayi sememangnya buat ibu pastinya merasa susah hati untuk memulihkannya. Sementelah pula kulit memerlukan lebih masa untuk pulih.
Menurut Dr Maryam Jameelah Razali, Pakar Pediatrik daripada Hospital Pakar Annur, Bangi, biarpun masalah kulit sesuatu yang merisaukan ibu bapa namun masalah kulit bagi bayi yang baru lahir adalah ‘benign’, tidak berbahaya serta tidak memerlukan sebarang rawatan.
Akan tetapi ia memerlukan lebih perhatian dan kepekaan daripada ibu bapa sendiri untuk mencegah dan mengelakkan daripada terus merebak. Di sinilah ibu perlu berhati-hati dan tambahkan ilmu sebanyaknya. Ini beberapa masalah kulit yang anda perlu tahu.
Bersifat ‘Benign’
Bayi yang baru lahir biasanya mempunyai kulit yang lembut dan mulus. Malah kulit mereka juga amat halus dan sensitif kepada iritasi seperti cuaca yang panas, peluh, air liur, susu dan juga jangkitan kuman.
Malah bayi dengan mudahnya berpotensi untuk mengalami pelbagai masalah kulit seperti ruam, eczema dan keradangan. Harus diingatkan juga bahawa kebanyakan ruam atau masalah kulit bayi yang baru lahir adalah ‘benign’, tidak merbahaya serta tidak memerlukan sebarang rawatan.
1) Heat Rash & Milia
Biasanya berlaku akibat kelenjar peluh yang tidak terbentuk sepenuhnya. Milia kelihatan seperti bintik-bintik putih dan selalunya terjadi di kawasan pipi, hidung dan dagu manakala heat rash nampak seperti bintik-bintik merah .
Heat rash dan milia ini tidak merbahaya dan akan hilang selepas 2 ke 3 minggu. Tiada rawatan khusus diperlukan dan elakkan memicit ruam tersebut. Bagi heat rash pula, pastikan bayi tidak dibedung atau dipakaikan dengan pakaian yang terlalu tebal untuk mengurangkan peluh.
Ads
2) Erythema Toxicum
Erythema Toxicum pula adalah sejenis ruam yang sangat biasa dilihat dikalangan bayi baru lahir terutama sekali pada 2 hingga 3 hari pertama. Ruamnya kelihatan seperti biji-biji merah di muka dan badan malah akan hilang tanpa sebarang rawatan.
3) Neonatal Acne / Jerawat
Jerawat bukan hanya berlaku di kalangan orang dewasa namun bayi yang baru lahir juga boleh mengalaminya. Ia mungkin berpunca dari hormon ibu yang telah berpindah kepada bayi semasa dalam kandungan. Berbanding dengan orang dewasa, bayi tidak memerlukan sebarang ubat jerawat atau pencuci muka. Cukup dengan memastikan kulit bayi bersih dan sekali lagi, elakkan memicit jerawat tersebut. Ia biasanya akan hilang sendiri dalam tempoh 2 hingga 3 bulan.
4) Ruam Lampin
Berlaku di kawasan yang tertutup dengan lampin akibat iritasi dengan air kencing dan najis. Untuk mengelakkan dari mendapat ruam di kawasan tersebut, pastikan lampin ditukar dengan kerap. Cuci dengan air dan elakkan penggunaan tisu basah terutama sekali sekiranya selepas bayi membuang air besar untuk mengelakkan iritasi.
Gunakan nappy cream selepas setiap kali menukar lampin. Penggunaan krim pelapis (barrier cream) yang mengandungi zink oxide di kawasan yang merah dan luka dapat melindungi kulit. Jangan gunakan talkum kerana ianya boleh menyebabkan kelenjar peluh tersumbat.
Ads
5) Cradle Cap / Seborrheic Dermatitis
Ianya berlaku di kawasan yang banyak kelenjar kulit seperti di kulit kepala, pipi, kening, hidung dan telinga. Rupanya seperti sisik yang sedikit berminyak berwarna kuning atau putih. Sisik ini boleh melekat dan menjadi tebal. Ia biasa bermula ketika usia bayi dalam lingkungan 3 minggu ke 3 bulan.
Untuk mengurangkannya, mandikan bayi dengan air dan elakkan penggunaan sabun. Jika cradle cap itu tebal, bolehlah disapu dengan minyak zaitun atau kelapa selama beberapa minit dan cuba tanggalkan sisik dengan menggunakan kapas. Selepas itu syampulah kepala bayi dan sikat untuk menggugurkan sisik-sisik. Kadang kala rawatan yang lebih khusus diperlukan sekiranya keradangan berlaku dan menjadi teruk.
6) Ekzema
Merupakan masalah keradangan kulit yang kronik yang biasanya berlaku sejak bayi berusia 2 ke 3 bulan. Ia amat kerap berlaku di mana 1 dari 10 kanak-kanak mengalaminya.
Kulit yang mengalami masalah ekzema kelihatan merah, kering dan sangat gatal. Ianya biasa berlaku di kawasan pipi, siku, lutut dan dada. Kondisi ini berubah dari masa ke semasa. Punca sebenar ekzema tidak diketahui namun faktor genetik dan alahan memainkan peranan yang besar. Kebanyakan masalah ekzema akan hilang semasa usia remaja namun sebilangan kecil akan berterusan sehingga dewasa.
Ads
Tiada penawar untuk ekzema. Namun biasanya rawatan yang diberikan adalah untuk mengawal ekzema itu sendiri. Penggunaan pelembap yang kerap adalah penting untuk mengurangkan gatal dan keradangan serta melembapkan kulit terutama sekali sejurus selepas mandi.
Elakkan pencuci atau losyen yang mengandungi bahan kimia seperti pewangi, pewarna dan paraben dan jangan mandi dengan air yang terlalu panas kerana ia boleh mengeringkan kulit.
Sekiranye ekzema tidak terkawal, doktor yang merawat mungkin perlu memberi krim steroid dan antibiotik.
Masalah kulit di kalangan bayi adalah pelbagai dan sebilangannya kurang lazim berlaku. Ada juga masalah kulit yang mungkin serius, memerlukan rawatan dan ujian yang lebih khusus. Oleh itu amat penting untuk bertanya dan mendapatkan pemeriksaan lanjut serta konsultasi dengan doktor bayi anda.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam beberapa minggu pertama, ibu mungkin tertanya-tanya macam mana nak tahu bayi dah kenyang atau tak, cukup ke susu yang diberikan dan macam-macam lagi.
Menurut Baby Centre kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari.
Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bay
Bagaimanapun, perkongsian dari Puan Sharifah Syazreen Al-idrus mengenai macam mana nak tahu baby newborn dah kenyang atau belum sangat menarik.
Perasan tak masa susukan anak, mula-mula dapat susu tu genggaman tangan dia kuat, tandanya dia tengah dahaga.
Lepas tu lama kelamaan genggaman dia makin loose/relaxed tandanya dah kenyang.
Jadi nak tahu baby dapat susu cukup atau tak, kena peka dengan genggaman tangan dia. Senang kan!
Sayunya tengok anak bawah lampu & dicucuk pagi petang, ibu ini kongsi pengalaman anak dalam Pa&Ma TV.
Jaundis kerap terjadi kepada bayi yang baru lahir. Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah.
Jaundis bagi bayi ialah jaundis yang berlaku dalam tempoh sebulan selepas bayi lahir. Ia sering berlaku pada bayi di mana 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.
Puan Nur’Amiratulhusna menceritakan pengalamannya menjaga anaknya Dani Umar Ghazali bin Zul Hakim yang pernah mengalami prolonged jaundice.
PROLONGED JAUNDICE
Menurut Amiratulhusna, DAni Umar mungkin mengalami Prolonged Jaundis kerana katanya bagi anak yang ibunya berdarah O +ve bacaannya akan tinggi dan berbeza. Dani yang dilahirkan pada minggu ke 40 kehamilan didapati mengalami jaundis oleh jururawat pada hari kelima dilahirkan.
“Jaundis pada Dani mula dikesan pada hari kedua. Saya dinasihatkan membawa Dani ke klinik berdekatan kerana paras pada ketika itu agak tinggi iaitu 13.
TERUS DIBAWA KE HOSPITAL
Ibu ini bertindak terus membawa Dani ke klinik dan hasil pemeriksaan Dani terpaksa telah dimasukkan ke wad selama 5 hari. “Di hospital, Dani menjalani rawatan fototerapi. Doktor juga menasihatkan saya menyusukan bayi setiap sejam sekali”, kata Amiratulhusna.
JAUNDIS BERPINDAH KE BAHAGIAN BELAKANG
Hasil daripada penyusuan kerap, Dani telah membuang air dengan kerap. Namun perkara lain berlaku semasa rawatan foroterapi. “As per advice, jaundice Dani ni pada mulanya jaundice hanya di bahagian depan sahaja. Then bila dah terlalu terdedah dengan lampu phototherapy kuningnya mula berpindah di bahagian belakang badan. Sepanjang dalam proses phototherapy bayi dibiarkan hanya pakai lampin pakai buang,” kata ibu ini.
TIDAK SAMPAI HATI
Sebagai ibu, hati tidak kuat melihat anak sakit. “Kenangan tidak dapat dilupakan di mana saya tak sampai hati tengok Dani terpaksa duduk bawah lampu phototherapy selama masa 5 hari dengan hanya pakai lampin dan dicucuk pagi petang untuk ambil sampel darah,” kata Amiratulhusna.
PESANAN KEPADA IBU LAIN
“Pesanan saya for new mothers or first time anak kene jaundice. First of all dont panic. Do your research. Byk kan tanya orang yang berpengalaman dan mempunyai ilmu mengenai hal ini. Kerapkan bagi bayi susu ibu. Always stay positive,” kata ibu ini sebagai pesanan kepada ibu-ibu lain.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai jaundis dan kisah lanjut tentang Dani, boleh saksikan PaRancangan TV Pa&Ma Musim Ketiga ke udara dengan tajuk Solusi Bayi Jaundis. Pada 19 Februari 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyusuan susu ibu adalah makanan TERBAIK untuk bayi kita dan ramai ibu telah mengetahuinya. Ia adalah fitrah seorang ibu buat anaknya. Namun belum tentu ia boleh berlangsung baik sekiranya tiada atau kurang ilmu.
Walaupun orang kata penyusuan susu ibu kena banyak berkorban masa dan tenaga tetapi demi anak dan nak berikan makanan terbaik pada si kecil seawal lahir pengorbanan ini satu jihad buat seorang wanita.
Selagi ada rezeki susu, berilah tanpa jemu pada anak kita kerana masih ada lagi ibu yang tidak berpeluang menyusukan bayi kerana masalah tertentu.
INILAH PENYUSUAN SUSU IBU
1) Persiapan dan menjalani perjalanan penyusuan susu ibu itu lebih sukar berbanding persiapan sepanjang kehamilan
2) Ia adalah “kerja sepenuh masa” tiada part time or some time. FULL TIME!
Tiada lagi jadual perahan, tiada lagi sendawakan bayi. Tiada lagi mencari bilik penyusuan apa lagi anak yang “clingy”. Semua sudah berakhir!
Ia sebuah “ikatan” yang tidak dapat diberi oleh sebarang botol dan puting tiruan apatah lagi susu rumusan
Bertahanlah wahai ibu, sebentar saja lagi ia akan berakhir dan akhirilah dengan kemenangan dan kegembiraan kerana ia berbaloi!
Sumber: Dr Nurhaya Yacob
Penyusuan susu ibu adalah “pengorbanan” ibu bukti cinta tanpa syarat. Crack nipple dah mengigil badan pun mereka hadapkan juga
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Impian Kecil, Semangat BesarDi zaman moden yang dipenuhi cabaran dan pengaruh digital, mencari jalan terbaik untuk membina potensi anak bukanlah mudah. Namun, kisah sekumpulan...