Bagi yang pernah merasa keenakkan kek oren pasti terasa ingin mencuba membuatnya lagi dan lagi. Rasa manis dan masamnya cukup berlemak setiap kali suapan ke mulut. Apa lagi kala dimakan ketika panas-panas.
Anak-anak pastinya cukup teruja menikmati kek oren sedap ini. Resipi yang dikongsikan oleh Tg Khuzanika ini cukup ringkas malah terasa yakin hendak mencubanya. Jom cuba!
Suka tak kek oren? Sangat enak di makan bila terasa kayanya parutan kulit oren di dalam kek. Jom ngeteh.
Kek Oren
Bahan-bahan:
3 bj telur A
2 cawan tepung kek
1/2 sdk baking powder ( ayak 2@3 kali dengan tepung kek)
3/4 cawan gula pasir
1 biji buah sunkist (buang kulit blend kalau malas perah je ambil air)
3 sdb sunquick (campurkan dengan perahan sunkist tadi, jadikan setengah cawan)
1 cawan minyak (boleh juga guna butter -cairkan 1 cawan)
2 bj parutan kulit oren (ambik yang kuning je)
Sedikit garam
1 penutup esen vanila
Pewarna kuning kalau nak boh boleh
Ads
Pukul telur dengan gula sampai kembang putih. Letak esen vanila, campuran oren sunquick tadi, garam dan pukul sebati.
Masukkan minyak dan pukul lagi sebati.
Ads
Masukkan tepung pukul speed rendah. Letakkan hirisan kulit lemon dan pukul lagi sampai sebati.
Tuangkan dalam loyang dan bakar, suhu ikut oven masing-masing.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bosan dengan menu berkuah, bersantan dan sambal, apa kata kita cuba menu ringkas pula untuk hidangan sekeluarga. Telur goreng belacan ini tidak kurang hebatnya. Pedas lagi menyengat. Menu ringkas dan simple semacam ini sememangnya buat kita makan nasi bertambah.
Resipi ringkas Wan Luqman ini mama kena cuba, cukup padu! Resipi pun ringkas dan menjimatkan masa di dapur.
Okay satu lagi resepi mengundang. Disebabkan stok telur banyak, asalnya stok untuk sandwich eggstatix dan chicken cajun, tapi sandwich dihentikan buat sementara waktu. Jadi hari-hari lah kita makan telur. Telur tu protein, tapi bukan telur kuning ye.
Harini resepi TELUR GORENG BELACAN. Korang ikut je betul-betul ok. Rasa-rasa hat ni lagi sedap dari sambal telur lada kering haritu. Too bad sapa yang allergic belacan…belacan ni satu ciptaan teragung bangsa melayu tau. Haha.
Ni je bahan dia.
2 biji telur
3 biji cili padi
Sedikit belacan
Daun sup
1 ulas bawang rose
Bawang putih
Masukkan kesemua bahan (kecuali telur of course), kemudian masukkan sesudu cuka macam ni. Sebenarnya sedap lagi perah limau, tapi rasa macam jauh pulak peti sejuk tu. Haha…
Tumbuk sampai jadi macam ni.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing.
Masukkan sedikit serbuk perasa.
Sedikit gula. Lepas masuk bahan tadi rasa lah sikit. Kalau cili tu terlalu pedas, lebihkan gula ye. Pandai-pandailah.
Kemudian, masukkan terus 2 biji telur.
Eh lupa pulak garam. Masukkan secubuit garam…next video tutorial macam mana nak kacau bagi rata tanpa memecahkan kuning tu.
Hidangkan, taburlah daun bawang ke bawang goreng ke. Sedia dinikmati!
Masih berada dalam mood raya, tapi kuih raya dah hampir habis. Si kecil pun nampak kebosanan tiada kudap-kudapan untuknya. Jadi apa kata mama buatkan kuih siput berasaskan Macaroni dan yang paling penting resipi ini sesuai untuk anak anda. Tapi pastikan anak anda sudah boleh mengunyah benda yang keras.
Hi Mommy Selamat Hari Raya, Ummi mood raya lagi sebab baru habis final exam. Hari ni terfikir nak jadikan macaroni ni ala-ala kuih siput.. Boleh buat kudap-kudap dan deejah makan banyak.. Syukur deejah reti gigit kunyah ranggup-ranggup ni.
Bahan-bahan:
– Macaroni * terpulang mommy nak buat brapa banyak* – sedikit serbuk kari – tepung beras – 1 cawan – sedikit lada sulah – sedikit mix herbs – daun kari – sebiji telur..
– bawang merah sebiji blend
Cara-cara
1. Rebus macaroni dgn sedikit bawang yg dikisar, letakkan olive oil atau minyak masak biasa.. Rebus sehingga masak.
2. Toskan macaroni…
3. Satukan kesemua bahan kering…masukkan macaroni.. Masukkan telur.. Gaul sebati.. Pastikan keadaan tepung pada macaroni agak kering seperti gambar dibawah yaa… Apabila digoreng macaroni tidak melekat2 antara satu sama lain..
4. Goreng guna minyak betul2 panas.. Pastikan betul2 garing.. Kalau x garing bila sejuk macaroni masih boleh dipicit lembut, makesure ranggup krap krup krap bila digigit haha..
Banyak khasiat jagung untuk anak-anak antaranya ialah membantu menaikkan berat badan. Mama boleh sajikan anak makanan berasaskan jagung seperti bubur jagung. Rasa lemak-lemak manis bubur jagung pastinya menambat selera anak.
Untuk menghasilkan bubur jagung yang sedap berlemak dan pekat, ada tipnya. Mengikut perkongsian dari Tiesha Abdul Rahman, ini antara tip yang boleh digunakan jika memasak bubur jagung.
*Supaya rasa bubur jagung enak sebati dengan kuah dan pekat, kisar sedikit jagung dan masukkan dalam bubur.
*Bubur jagung lebih sedap jika diletakkan sagu.
*Untuk rasa bubur yang berlemak, guna santan segar dan letak sedikit garam.
Cara lengkap untuk membuat bubur jagung lemak manis yang sedap ini boleh ikut cara seperti di bawah.
Bahan-bahan:
5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
1/2 cawan sagu putih
2 cawan air
2 cawan santan pekat – guna santan segar
1 tongkol gula melaka
2 sb gula pasir
3 sb susu pekat
1/2 st garam halus
1 helai daun pandan – disimpulkan
Bahan kisar halus:
2 senduk hirisan jagung
1 cawan air
Cara membuat:
1. Didihkan air, masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih kesemuanya. Kemudian, tapis dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan.
2. Kisar halus jagung bersama 1 cawan air supaya kuah rasa jagung.
3. Masukkan hirisan jagung ke dalam periuk bersama 2 cawan air. Air tinggi dari paras jagung.
4. Masukkan jagung yang telah dikisar halus tadi. Kacau rata. Masak selama 15 minit atau hingga jagung empuk.
5. Bila jagung sudah empuk, masukkan santan, garam, gula melaka, susu pekat, gula pasir dan daun pandan. Kacau. Kemanisan bergantung pada selera masing-masing.
6. Akhir sekali, masukkan sagu tadi dan kacau. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul. Bila sudah mendidih sedikit bolehlah matikan api. Siap!
Tip ekstra: Boleh juga tambah beras pulut untuk memekatkan bubur jagung
Boleh juga gunakan beras pulut untuk dapatkan bubur jagung yang pekat.
Caranya, masukkan 1/2 cawan beras pulut ke dalam periuk bersama jagung dan santan cair. Masak hingga pulut lembut kemudian bolehlah letak bahan-bahan lain.
Berikut adalah LIMA kebaikan jagung untuk kesihatan bayi/kanak-kanak:
1. Membantu menambah berat badan
Dalam 100 gram jagung, terdapat sekitar 350 kalori. Atas sebab ini, jagung boleh menjadi penyelesaian yang berkesan untuk meningkatkan berat badan bayi. Namun, ini tidak bermakna bayi yang mempunyai berat badan normal tidak boleh makan jagung. Pengambilan jagung boleh membantu mengekalkan berat badan bayi normal.
2. Mengoptimumkan perkembangan otak
Jagung kaya dengan fosforus, kalium, magnesium dan zat besi. Kandungan fosforus membantu mengoptimumkan kesihatan tulang, kalium dan magnesium penting untuk fungsi otot dan saraf, manakala zat besi membantu mengoptimumkan perkembangan otak.
3. Memudahkan penghadaman
Jagung kaya dengan serat yang menjadikannya julap (melancarkan penghadaman). Jadi jika bayi anda sering mengalami sembelit atau sukar membuang air besar, berikan sahaja sedikit produk yang mengandungi jagung, sebagai contoh buburjagung. Ini sangat mujarab untuk merawat sembelit. Sebenarnya tepung jagung juga bagus untuk merawat sembelit.
4. Meningkatkan fungsi mata dan kulit
Jagung kaya dengan vitamin A dan sumber beta karotena yang meningkatkan fungsi penglihatan. Berita baiknya ialah beta karotena juga berguna sebagai antioksidan yang tentunya baik untuk kulit bayi.
5. Melindungi sel darah
Kandungan vitamin E dalam jagung memberikan kebaikan antioksidan, yang menjadikannya sesuai untuk melindungi sel darah daripada kerosakan. Bukan itu sahaja, kandungan antioksida juga menghalang kerosakan sel lain dan DNA dalam tubuh anak.