Untitled design (22)

Berbeza dengan bubur yang lain, Fruity Milky Candy Crush yang satu ini nampak cukup istimewa. Paling penting resipi yang dikongsikan oleh Nor Hidayah Mohamad Said ini tidak menggunakan penambahan gula sebaliknya menggunakan susu segar yang digabungkan bersama perasa asli dari buah-buahan terpilih.

Rasanya cukup segar malah sihat untuk anak-anak kita. Nak tahu rasanya? Jom cuba resipi sedap ini.


Sebenarnya diadaptasi dari “BUBUR CANDY CRUSH aka BUBUR BUTIR NANGKA”. Tapi untuk baby kena la bagi yang real food kan. Katakan tidak pada perwarna tiruan. Tak mau!.

Untuk dewasa pun tak berapa elok lagi la untuk baby kan. Ibu guna buah-buahan sebagai ganti pewarna. Yang kuning guna mangga, yang merah purple tu guna dragon fruit cuma hijau je tak ada buah yang sesuai so ibu guna pati daun pandan+susu.

Tak Ada Gula Tapi Pekat & Manis, Sedapnya “Fruity Milky Candy Crush” Ni!

*tepung pulut + sedikit tepung gandum uli bersama puree buah@air perahan

(Buah naga ibu lenyek dalam penapis je ambil air sahaja,
Mangga tu pun ibu guna penapis lenyek-lenyek je, semua campur sekali dalam tepung…
Hijau tu pati daun pandan+susu fullcream sebab baby full bf tak ada susu fm)

IKLAN

Tak Ada Gula Tapi Pekat & Manis, Sedapnya “Fruity Milky Candy Crush” Ni!

*Didihkan air dan gentel tepung masuk dalam air didihan. Biarkan sampi timbul macam kita buat buah melaka tu..
(Kalau timbul maknanya dah masak dan toskan)

Kuah dia boleh guna santan @ susu fullcream tambah sedikit tepung jagung. Kacau sebati dan masak atas dapur seketika..(masak)
Tepung jangan banyak sangat, sekadar nak bagi pekat sikit je.

Tak Ada Gula Tapi Pekat & Manis, Sedapnya “Fruity Milky Candy Crush” Ni!

IKLAN

Sebelum nak bagi baby makan make sure ibu-ibu potong lagi dengan sudu bagi kecil-kecil ye atau lenyek sikit. Lebih selamat. Ni ibu buat kecik pun tetap akan potong lagi dengan sudu baru berani suap.

No Sugar
No Salt

Selamat mencuba!

IKLAN

Tak Ada Gula Tapi Pekat & Manis, Sedapnya “Fruity Milky Candy Crush” Ni!

PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA 26 OGOS 2020 INI!

Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina.

Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI