Kadang-kadang menu yang paling mudah itulah yang buat kita berselera nak makan. Nak bersarapan kalau boleh tak mahu yang terlalu berat, pagi-pagi ni tak lalu sangat nak makan. Bagi penggemar cucur, anda patut cuba resipi ini.
Tidaklah terlalu sukar dan versi ini sangat sedap. Cucurnya nipis-nipis supaya kerangupan terasa. Ditambah pula dengan parutan kentang, menu ini sudah cukup mengenyangkan.
RESIPI CUCUR BILIS KENTANG 🥔 🥔 Ya ampun. Rasa macam dah lama tak share resipi baru kan? Balik-balik share link resipi sedia ada je. Harini mood rajin sikit, ajomlah layan resipi yang simple ni. Walaupun korang dah terer masak, kita share jugaklah 🤭 Tengok gambar sambil baca info. Siapa tak baca jangan menyesal tak sudah 😂
IKLAN
Bahan-bahan:
1biji bawang besar
3ulas bawang putih
1genggam ikan bilis
*Kalau rajin tumbuk kasar semua bahan atas ni. Disebabkan kita malas, so kita kisar kasar aje.
2cawan tepung gandum
1½ cawan air panas
2biji kentang -sagat (kita guna kentang saiz besar, kalau saiz sederhana guna 3biji)
Daun bawang -hiris
Garam dan aji secukupnya
Cara membuat:
Masukkan semua bahan dalam bekas.
IKLAN
2. Adun hingga sebati.
3. Panaskan minyak secukupnya, cucurkan adunan ke dalam kuali. Kita guna sudu sebab tak pandai guna tangan.
4. Cucur bilis kentang dah siap. Memang sengaja buat nipis-nipis supaya bahagian tepi tu rangup. Sedap makan panas-panas cicah sos. Kalau ada sambal ikan bilis nescaya bertambah lazat.
IKLAN
Resipi cucur ni ada macam-macam versi. Kalau sebelum ini cara anda buat cucur sedikit berbeza, mungkin boleh cuba resipi ini. Tidak susah dan pastinya akan menjadi rebutan suami dan anak-anak. Selamat mencuba!
Sesibuk mana pun seorang ibu, lebih-lebih lagi bagi yang bekerjaya anda tetap perlu luangkan masa untuk sediakan sarapan pagi buat anak-anak. Sarapan yang disediakan sendiri oleh ibu lebih terjamin kebersihan dan tentu sekali dibuat dengan penuh kasih sayang!
Untuk menyedikan sarapan pagi yang enak sebenarnya tidak memerlukan masa yang lama. Dengan menggunakan Nutella®, mama dapat menyediakan sarapan pagi #Nutellamazing dengan mudah dan cepat!
Kenapa pentingnya sarapan pagi buat anak?
Dapat berikan tumpuan semasa belajar
Pelbagai kajian menunjukkan sarapan memberi manfaat kepada memori dan meningkatkan daya tumpuan sekaligus anak-anak dapat memberikan tumpuan penuh semasa proses pembelajaran.
Lebih bertenaga
Bagi anak-anak yang bersekolah, ia membekalkan tenaga dan membantu proses pembesaran mereka. Jadi, sediakan sarapan sebelum mereka ke sekolah untuk memulakan hari dengan lebih baik.
Pilihan Makanan Terbaik
Pilihan sarapan terbaik tentu sekali dengan menyediakan sarapan sendiri! Menu boleh diolah sendiri menggunakan kreativiti mama dengan menggunakan bahan yang ada disekeliling seperti roti, telur, buah dan sebagainya.
Antara 5 resipi yang paling mudah mama sediakan dengan hanya menggunakan Nutella® seperti yang dikongsi ini:
Resipi Pancake Skewers dengan Nutella® Chocolate Hazelnut Spread
Tempoh penyediaan: 10 minit
Pancake:
1/2 cawan tepung serba guna
3/4 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil gula
Secubit garam
1/2 cawan susu
1 biji kuning telur
1 sudu besar minyak sayuran
Skewers:
60g Nutella® – 1 sudu kecil (15g setiap bahagian)
1 pisang, potong 8
16 strawberi, dikupas
Cara penyediaan:
Sediakan pancake dalam mangkuk dengan mencampurkan tepung serba guna, serbuk penaik, gula dan garam.
Dalam mangkuk besar, pukul bersama susu dan kuning telur. Tambah campuran tepung; kacau hingga rata.
Panaskan separuh minyak sayuran dalam kuali besar tidak melekat di atas api sederhana.
Letakkan lebih kurang 1 sudu besar adunan ke dalam kuali.
Masak selama 2 minit, atau sehingga buih terbentuk di permukaan.
Balikkan dan masak selama 1 minit lagi, atau sehingga perang keemasan.
Ulang dengan baki minyak dan adunan.
Sapukan 1 sudu kecil (15g) Nutella® setiap bahagian pancake.
Ulirkan pancake pada 4 lidi besar, berselang-seli dengan kepingan pisang dan strawberi.
Resipi Yogurt dan Berry Pancakes dengan Nutella® Chocolate Hazelnut Spread
Tempoh penyediaan: 10 minit
Bahan-bahan:
1 cawan tepung serba guna
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan susu
1/2 cawan yogurt rendah lemak biasa
1 biji telur, dipukul sedikit
3 sudu besar mentega cair, dibahagikan
1 cawan beri biru segar, dibahagikan
120g Nutella® – 1 sudu kecil (15g setiap bahagian)
Cara penyediaan:
Dalam mangkuk pukul bersama tepung, gula pasir, serbuk penaik, bikarbonat dan garam.
Dalam mangkuk atau cawan penyukat cecair yang berasingan, kacau susu dengan yogurt, telur dan 2 sudu besar mentega cair. Tuangkan ke atas bahan kering. Pukul hingga sebati. campurkan dalam 1/2 cawan blueberry.
Panaskan kuali dengan api sederhana. Letak sedikit mentega.
Tuangkan adunan, kira-kira 1/4 cawan untuk setiap pancake, ke dalam kuali.
Masak sehingga buih muncul di atas, kira-kira 2 minit. Balik dan masak sehingga perang keemasan.
Ulang dengan baki adunan.
Sapukan 1 sudu kecil (15g) Nutella® chocolate hazelnut spread setiap bahagian.
Hidangkan dengan baki blueberry segar.
Resipi Toasties Pisang dengan Nutella®
Bahan-bahan:
Roti
1 sudu kecil (15g) Nutella®
50g pisang dihiris nipis
Cara penyediaan:
Potong roti dua bahagian dan bakar di atas panggangan dengan api sederhana sehingga warna bertukar keemasan.
Sapukan dengan Nutella® dan di bahagian atas hias dengan hirisan pisang.
Resipi Teddy bear toast dengan Nutella®
Tempoh penyediaan: 5 minit
Bahan-bahan:
4 keping roti
60g Nutella® (4 hidangan, 15g setiap hidangan)
12 keping hirisan pisang
8 beri biru
4 buah kranberi kering
Cara penyediaan:
Sapukan setiap keping roti bakar dengan 1 sudu besar (15 mL) Nutella®.
Letakkan dua keping pisang di sudut atas setiap keping roti bakar untuk telinga, dan satu keping di tengah untuk muncung.
Letakkan 2 beri biru untuk mata dan moncong atas dengan 1 kranberi untuk hidung.
Resipi Tortilla Pizza dengan Nutella®
Tempoh penyediaan: 15 minit
Bahan-bahan:
1 tortilla gandum besar
1 sudu kecil Nutella® (15g) bagi setiap bahagian
1 biji pisang, dikupas dan dihiris bulat setebal 1cm
1 sudu besar (15 ml) cranberi kering
Cara penyediaan:
Sapukan Nutella® pada tortilla dalam lapisan yang sekata. Letak hirisan pisang di bahagian atas (sebagai “pepperoni”) dan taburkan dengan cranberry kering dan biji labu.
Potong 4 bahagian dan hidangkan bersama susu dan buah.
Konklusi
Sarapan pagi adalah hidangan penting untuk anak-anak kita setiap hari. Dan kini dengan Nutella®, anda boleh menyediakan sarapan yang sihat untuk memulakan hari anak-anak anda dengan betul dengan resipi sarapan pagi yang lazat dan mudah disediakan.
Untuk lebih banyak idea resipi yang lazat dan menarik untuk dicuba, layari:
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.
Kadang-kadang si kecil hilang selera bila terlalu lama makan makanan yang sama. Apa kata mama cuba menu yang baharu untuk menambat selera si manja. Selain itu resipi ini juga boleh diguna ketika hari raya menjelang.
Hi mommies… nak menu Hari Raya untuk Baby tak x ? nantikan menu2 lain , biskut raya baby dari ummi deejah keyh , menyusul satu satu hehe Hari ni deejah makan Sate Versi baby tau.. Ummi deejah pun membesar dengan perniagaan sate.. Rindu nk cucuk sate, nah untuk deejah sambil 1st day intro kacang tanah ni buat kuah kacang
1. Gaul ayam dengan bahan diatas.
2. Nak lagi sedap boleh blend bawang kecil,bawang putih,serai dan perap ayam bersama kunyit.
3. Ummi guna frying pan je tak guna arang pun, tgk pada gambar ya.
Bahan-bahan Kuah kacang:
– kacang tanah 1/2cup *nak buat lebih okay je*
– tomato paste homemade (dah complete blend bawang merah,bawang putih,
halia,capsicum,tomato,celery,sedikit carrot) * resepi boleh search je dlm grp ni ya*
1. Kacang tanah ummi goreng dgn minyak, dh masak blend dgn air.
2.tumis tomato paste sehingga naik bau, masukkan kacang dan air agak2 sekiranya pekat sgt..
3. Masak kuah kacang sehingga pecah minyak dah siap!
Deejah licin makan
Selamat mencuba dear mommies Ummi akan letak hashtag #menurayaummideejahuntuk setiap idea Raya ya so nanti search je
*Awasi si kecil semasa makan, lidi boleh mencederakan.
Kebiasaanya mantou hanya dibeli di kedai, namun kali ini mama boleh cuba buat sendiri di rumah untuk anak-anak dengan menggunakan resepi yang menggunakan bahan mesra kanak-kanak.
Hi semua saya nak share resepi colorful mantou guna natural food coloring. Resepi mudah hanya guna sukatan cawan dan steps yang simple. Alang-alang boleh bagi anak-anak main uli doh sekali untuk sensory and motor play.
Pumpkin & Beetroot Spiral Mantou/ Mantou Labu & Ubi Bit
1/2 cup puree labu/ puree beetroot
1 tbsp madu (1 yr old above sahaja)
1. Satukan bahan A sampai jd macam serbuk roti
2. Masukkan bahan B, uli sampai jd doh
3. Rehatkan doh selama ~30 minit atau lebih
4. Boleh bentukkan ikut kreativiti. Sy ikut tutorial di YouTube je.
Kemudian kukus selama 15 minit. Siap!
* Untuk buat puree tak perlu tambah air ya. Hanya kukus dan lenyek/ blend sahaja
* Boleh skip letak madu utk baby below 1 yr old. Sebab dah ada manis natural dah dari labu dan ubi bit
* Balut penutup steamer guna kain utk elak dari air menitik
Alhamdulillah the kids suka! Si Abang 3 yrs old sekali makan sampai 5 ketul. Maybe sbb color yg vibrant dan dia ‘tolong’ buat sekali kot 😁. Dalam seminggu ni dah dua kali buat.
Kids request nak Mommy buat mantou bentuk mcm tayar pancit 😅. Mommy Daddy pulak pulun makan cicah sambal ikan bilis. Boleh frozen kan. Hanya perlu steam balik utk lembutkan mantou.
Anak bila sakit, tentulah mak-mak yang paling risau. Paling sedih bila anak sakit tapi maknya pula tidak dapat cuti kerana kekangan tugas yang perlu dilunaskan segera.