Pavlova Crunchy Diluar, Lembut Bak Marshmallow Di Dalam. Resipi Paling Mudah Disediakan

Share

Tajuk dia hari ni “PAVLOVA DEALOVA”. Senang je nak buat pavlova ni. Bahan-bahan pun mudah. Hasilnya pavlova yang crunchy diluar, lembut bak marshmallow didalam. Digandingkan dengan whipping cream yang lemak lemak manis dan buah-buahan segar diatasnya. Ditabur pula dengan serbuk coco fuhhhh.

Bahan-bahan untuk Pavlova:

– 4 biji putih telur
– 1 cawan gula kastor
– 2 sudu besar tepung jagung
– 2 sudu kecil cuka

Bahan untuk krim:

– 1 cawan Whipping cream jenama vivo (merah)
– 1 sudu besar tepung jagung

 

 

– Buah-buahan mangga, kiwi & strawberry
– Sedikit serbuk koko (ayak atas cream konon-konon untuk bagi cantik)

Cara-caranya:

– Panaskan oven pada suhu 150’c 10 min.
– Pukul telur gunakan kelajuan yang sederhana dulu, bila dah berbuih, lajukan mixer.
– Masukkan gula sikit-sikit.
– Pukul sampai stiff peak forms, bila mangkuk diterbalikkan putih telur tak jatuh.
– Masukkan tepung jagung dan kaup balik guna spatula.
– Masukkan cuka. Pastikan bahan semua digaul sebati.
– Tuang adunan buat bentuk bulat.
– Bakar, lepas 10 minit, turunkan suhu kepada 110’C. Teruskan membakar lagi. Hakak bakar hampir 2 jam sebab pavlova ni besar. Tutup oven dan biarkan pavlova menyejuk di dalam oven.

– Putar cream sehingga separa kental, masukkan tepung jagung. Putar lagi sampai betul-betul kental.
– Paipkan atas pavlova
– Ayakkan serbuk coco
– Susun buah ikut kreativiti

Siappp!!! Selamat mencuba

Sumber: Noor Atika Mahamood

IKLAN