Keletah si comel Nur Fatima Aisya, anak pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin yang kini berusia dua tahun seringkali menarik perhatian kita.
Ada sahaja gelagat dan aksi comel Fatima yang sememangnya petah berkata-kata dikongsikan oleh ibunya di Insta Story.
Menerusi Instagram keluarga kecil itu, @fattzuralovelife, Fazura turut memuat naik video Fatima yang kini sudah pandai meminta dibelikan mainan kepada bapanya.
Menurut Fazura, anak kecil kesayangannya itu berjaya mendapatkan barangan kesukaannya yang dipilih sendiri di gedung mainan.
“Upacara pow daddy for toys berjaya dengan cemerlang semalam.
Ads
“Masuk je kereta dia kata “daddy, Nyamma nak beli toys”. Kitorang semua terkejut dia cakap macam tu.
“Daddy kata Nyamma dah banyak toys no need to buy la ok?
“Dia pun kata “ok”. Habis je makan, dia minta lagi “Nyamma nak jalan beli toys”. Nasib la awakkk @fattahaminz,” tulis Fazura berseloroh.
Ads
Dalam pada itu, menerusi perkongsian video yang dikongsikan pelakon cantik manis ini, ternyata Fatima begitu fokus memilih mainan yang menarik perhatiannya.
Fatima terlebih dahulu memilih beg bewarna merah jambu dan terus menggalasnya ketika memilih mainan.
Ads
Tidak hanya beriya memilih mainan kesukaan, bahkan Fatima juga mahu membawa sendiri mainan kesukaannya biar pun terpaksa menggalas bebanan yang berat. Bersungguh Fatima!
Sesuatu perkara kalau nak jadi sekelip mata saja. Anak yang sihat tiba-tiba boleh sakit memang buatkan semua ibu bapa rasa terduduk seketika. Tambah pula sebelum itu lihat anak bermain dengan gembira.
Situasi ini berlaku kepada seorang ibu, Puan Nurhidayah Azman apabila anak keduanya yang berusia dua tahun, Ku Nur Khayla Binti Ku Muhammad Shukri, setahun kini sedang kritikal setelah termakan racun ketika balik bercuti raya di rumah neneknya.
Sebagai ibu dia memohon doa orang ramai mendoakan Khayla dapat kembali sembuh dan kesan racun itu tidak memberi sebarang kemudaratan pada dirinya.
Belum dapat kenalpasti jenis racun
Assalamualaikum,
Dengan rendah hati Dayah nak minta jasa baik semua untuk doakan anak Dayah (Ku Nur Khayla) yang sedang kritikal kat ICU, sebab termakan racun yang tak dapat dikenalpasti.
Dayah merayu sangat-sangat, tolong sama-sama doakan kesembuhan anak Dayah sekarang ni yang tengah berjuang untuk kembali sihat.
Semoga ada doa antara kita yang Allah angkat dan makbulkan.
Tolong share kat kawan-kawan facebook, Dayah nak minta DOA saja dari kalian. Allahuakbar 😭
“Sedar-sedar dah ada bekas tertumpah serbuk..”
Berkongsi lanjut mengenai kejadian tersebut, Nurhidayah memberitahu kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari (11 Mei).
“Saya balik beraya di Kedah rumah mak saya. Saya pun tak perasan bekas racun tu kat mana, tengok-tengok dah ada bekas tertumpah serbuk.
“Kurang dari 10 minit dia terus lemah. Terus bawa Khayla ke hospital berdekatan. Doktor terpaksa tidurkan dia untuk proses buang racun.
“Keadaan Khayla sekarang masih kritikal. Saya dan suami tak dapat tunggu di hospital. Doktor suruh balik dulu dan akan call dari semasa ke semasa untuk update terkini,” katanya kepada Pa&Ma.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas menunggu lebih 10 tahun, akhirnya kehidupan Irwansyah bersama isterinya Zaskia Sungkar semakin berseri dengan kelahiran cahaya mata sulung pasangan ini, Ukkasya Muhammad Syahki yang dilahirkan pada Mac lalu.
Melewati Instagram pelakon Indonesia, Irwansyah, dapat melihat kegembiraan bapa penyayang ini buat anaknya. Mana tidaknya, Instagram pelakon itu kini hanya dipenuhi dengan wajah comel anak kesayangannya saban waktu.
Ada sahaja gambar terbaru Ukkasya yang dikongsikannya. Menariknya si comel kesayangan Irwan dan Zaskia ini cukup comel dan begitu menarik perhatian warganet.
Bukan hanya memiliki raut wajah yang comel dan handsome bahkan tubuhnya semakin ‘semangat’ dan kini semakin sihat membesar.
“MasyaAllah tak tahan senyumannya,” tulis Irwansyah di kapsyennya.
Beberapa keping gambar si comel Ukkasya acapkali menghiasi Instagram pelakon ini. Ada sahaja aksi comel Ukkasya yang dimuat naik olehnya.
Paling menarik bukan hanya senyuman bahkan pipi Ukkasya yang gebu dan tembam seringkali menjadi perhatian wargamaya.
Jom intai beberapa keping gambar bambam Ukkasya.
Rata-rata peminat dan pengikut Irwansyah di Indonesia seakan cair melihat kecomelan Ukkasya. Kata mereka Ukkasya ‘ganteng’ seperti ayahnya.
Semoga Ukkasya terus membesar dengan sihat dan melengkapkan bahagia ibu dan ayahnya.
Terdahulu, Irwansyah Zaskia mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011. Selepas 10 tahun menunggu, akhirnya pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata pada Mac lalu.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal dan maut kita ditangan Tuhan. Tak ada seorang pun dari kita akan tahu bila tiba saatnya pasangan kita akan pergi selamanya. Maka hargailah pasangan sebaiknya. Layanlah isteri atau suami dengan penuh ikhlas selagi ada waktu.
Manjakanlah isteri atau suami semahunya kerana itulah kenangan. Penulis keibubapaan, Mohd Fhais Salim tidak kurang berkongsi tip rumah tangga dan keluarga.
Sememangnya kemanjaan isteri harus dirai dan dilayan sebaiknya. Biar dia tahu kita sayangkannya. Walaupun isteri ni ‘macam-macam’, layanlah sebaiknya. Isteri ni ada perangai pelik-pelik tapi itulah yang membahagikan. Tak gitu?
Kadang kadang orang perempuan ni manja dia lain macam.
Bila kita tanya nak meggi tak, dia kata tak nak. Tapi bila dah siap masak, dia datang ngendeng pula. Dua tiga sudu juga la dia makan.
Bila kita tanya sayang nak makan apa hari ni, dia jawab ikut abang la. Tapi bila kita kata nak order kfc. Dia kata dah jemu la, bosan la.
Bila dia tiba-tiba keluar perkataan “sedapnya”, “dah lama tak makan”, “mana nak cari” atau “abang ingat tak kita pernah makan ….” tu maknanya dia nak suruh kita p cari la tu.
Bila kita dah bagi cadangan macam-macam makanan, habis semua senarai makanan kat grab food tu di scroll akhirnya dia kata, “order kfc je la” huh!
Bila ada terlalu gerai makanan tepi jalan tiba-tiba dia kata “abang berhenti berhenti, nak beli makanan tu”. Dia ingat jalanraya tu kita sorang je ke guna, orang kat belakang marah la kalau berhenti sesuka hati macam tu. Aduhai.
Kadang malas juga nak u-turn. Lebih-lebih lagi kalau tengah peak hour, memang berjam jam la nak u-turn balik. Bila kita kata, “lain kali la” terus monyok muncung macam itik.
Tapi kalau kita ikut juga. Redah jem berjam jam semata-mata untuk belikan makanan idaman dia tadi, memang senyum sampai ke telinga punya la. Tak habis habis ucap terima kasih abang, sayang abang. Muah muah bagai.
Bila kita nak makan apa-apa semua dia pandai je buat atau carikan, tapi bila dia rasa teringin nak makan sesuatu tu mesti kita di suruh carinya. “Abang tolong belikan …. ye”
Apa saya perasan, orang perempuan ni dia kalau dah sayang, dia sayang sungguh sungguh. Tak ada sayang separuh separuh punya.
Makin dia sayang, makin manja dia jadinya.
Lagipun itu la bahasa cinta hampir semua isteri iaitu mereka suka dimanjakan dan suka dilayankan semua permintaannya.
Sayangi isteri kalian sementara dia masih lagi sudi nak bermanja-manja…
Wallahu A’lam,
~ Mohd Fhais Salim Tak romantik tak apa, asalkan rajin melayan..
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.