Adab berkunjung ke rumah orang dengan anak kecil tak boleh diambil ringan. Sebagai ibu bapa kena peka hal ini. Lagi-lagi jika anak kita dah pandai melasak dan tak boleh duduk diam. Ini cabaran untuk ibu bapa supaya tuan rumah yang kita berkunjung ke rumahnya rasa selesa.

Mungkin mana yang faham ok, tapi yang jenis cerewet boleh buat kita jadi serba salah jugalah. Bukan saja kena jaga tingkah laku dan adab anak sahaja tapi bab buang lampin pakai buang pun ibu ayah kena ambil berat.

Jangan main terus campak dalam tong sampah semata-mata kerana boleh jadi cara kita itu salah walaupun tuan rumah tak bersuara masa tu.

Perkongsian dari Puan Fadzielah Ayub ada benarnya dan ramai ibu yang mungkin tak terfikir pun mengenai hal ini.

Adab tetamu, tetamu yang tak diundang. Ni pengalaman ummi Zayd sendiri. Masa tu umur Zayd baru 7 bulan lebih. Berkunjung ke rumah saudara yang tak ada anak kecil.

Pergi Rumah Orang, Sisa Buangan Anak Letak Dalam Plastik. Jangan Terus Buang

Ditakdirkan tengah rancak berbual dengan tuan rumah, Zayd buang air besar dan bau sangatt tak best. Serius busuk sangat sampai ummi pun tak boleh tahan. Ummi dah lupa Zayd makan apa.

IKLAN

Ummi Zayd pun minta izin guna toilet dekat dapur untuk tukar pampers. Bila dah siap tukar pampers, ummi Zayd cari tong sampah. Bila nak buang pampers dalam tong sampah kat dapur, ummi jadi serba salah sangat. Dalam tong yang terbuka ada sampah sisa makan dan beberapa plastik makanan.

Pergi Rumah Orang, Sisa Buangan Anak Letak Dalam Plastik. Jangan Terus Buang

Lama ummi termenung pandang tong sampah tu. Rasa malu dan bersalah sangat nak ‘tumpang’ tong sampah tuan rumah. Inikah adab tetamu? Nak tinggalkan ‘buah tangan’ dan bau yang tak best dekat tuan rumah yang hidang kita makanan best? Layan kita dengan sopan santun dan beradab?

Ummi tak jadi buang. Ummi pun mintak plastik, bungkus pampers Zayd dan buang masa dalam perjalanan nak balik rumah.

IKLAN

Pergi Rumah Orang, Sisa Buangan Anak Letak Dalam Plastik. Jangan Terus Buang

Lesson learnt untuk ummi, sejak dari peristiwa itu, ummi selalu bawak plastik diapers sendiri. Setiap kali tukar pampers, ummi akan bungkus siap-siap, ikat rapat-rapat untuk hilang rasa bersalah dan elakkan berbau.

Kita tak tahu, boleh jadi nampak remeh bagi kita, tapi boleh beri impak besar pada orang lain. Kita tak nak orang mengata buruk pasal kita. Ini bukan pasal betul atau salah.

Ini pasal adab dan tanggungjawab menghormati sesama saudara lain supaya kita tidak jadi tetamu yang tak diundang lagi.

IKLAN

Pergi Rumah Orang, Sisa Buangan Anak Letak Dalam Plastik. Jangan Terus Buang

Sekarang dah banyak jual diapers disposal plastic bag. Orang lain mungkin dah lama ada kesedaran, tapi ummi Zayd dapat kesedaran dari pengalaman. Ummi Zayd beli plastik yang murah harga tak sampai RM2. Kuantiti pun banyak dan jimat.

Semoga jadi pengajaran untuk parent lain.

Sumber: Fadzielah Ayub

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI