Bila anak dah tidur ni la macam-macam penyesalan muncul satu persatu kan?
Yela, banyak sebenarnya salah kita yang kita tak sedar. Lebih lebih lagi bila tengah emosi. Emosi yang tengah tinggi ( Emotional Hijacking ) membuatkan fikiran rasional kita tenggelam.
Kita tengking. Kita jerit. Kita cubit. Kita jerkah.
Masa tengah emosi tu kira rasa kita nak didik anak kita tapi bila segala keserabutan rumah dah reda dengan anak pun dah mula tidur, baru la timbul penyesalan dalam hati kita..
Ads
” Ya Allah. Rupanya aku marah anak aku sebab aku sendiri yang tengah stress ”
Masa tu, otak rasional ( neocortex ) kita dah kembali dominan balik dah. Masa ni la biasanya ibu-ibu akan menangis tersedu dan teresak-esak penuh penyesalan.
Ads
Tanpa kita sedar.. – Kepenatan – Tak difahami pasangan – Tiada Me Time – Konflik dengan pasangan – Tak tahu cara kawal emosi diri
Ads
Ni semua antara punca kita mudah ‘terlampias amarah’ pada anak anak kita. Pada ibu ibu semua, jangan putus asa. Beribu lagi ibu-ibu di luar sana yang mengalami benda yang sama.
Ibu yang sempurna bukanlah ibu yang tak ada cacat cela..
Ibu yang sempurna adalah ibu yang tahu kelemahan dirinya dan tak berhenti belajar dan berubah untuk diri dan anak anaknya
p/s : Jom jadi ibu yang berilmu dan ibu yang hebat dengan belajar ilmu mendidik anak tanpa henti!
Melihat anak kecil kita tekun memegang pensil dan menulis dengan baik membuatkan hati mak ayah rasa lega. Namun selesa dan tepatkah cara anak kita ketika menulis? Jangan paksa apatah lagi bila mana anak berada dalam keadaan tidak selesa.
Ini yang boleh mak ayah perhatikan ketika anak tekun menulis. Ahli Terapi Cara Kerja, OT Pn Nurul Sheriena Musa kongsikan lima perkara yang mak ayah boleh perbetulkan ketika anak menulis. Biar anak selesa.
Menulis, kefahaman serta tingkah laku anak.
Sebenarnya dalam aktiviti menulis ini banyak perkara yang boleh diperhatikan.
Ini beberapa perkara yang boleh diperhatikan:
1️. Postur Badan
Ini antara tanda nak melihat kekuatan otot anak. Jika badan anak membongkok 90 % of time seperti bentuk C maka ibu ayah perlu bantu kekuatan otot anak.
2️. Kegunaan dua belah tangan
Dalam bahasa Omputih kami panggil sebagai Bilateral Integration. Di sini kita perlu lihat anak tahu menggunakan kedua belah tangan.
Bagaimana anak menggunakan tangan Dominance dan tangan Non Dominance secara functional.
3️. Kesediaan Hand Grasping
Ini antara cue penting nak melihat stabiliti bahu dan pergelangan tangan. Jangan paksa tangan anak 3 ke 5 Tahun pegang macam anak umur 6 tahun ke atas.
Kalau anak dah ready dia akan sendiri tukar jika tiada isu lain.
4️. Tingkah laku anak
Aktiviti menulis juga banyak menunjukkan kesediaan tentang ‘Frustation Tolerance’. Sejauh mana anak terima kalau terbuat salah perlu padam, boleh ke anak tolerate dengan speed menulis di sekolah dan banyak lagi.
Yes tingkah laku anak boleh juga dibentuk melalui aktiviti menulis.
5️. Kefahaman anak
Menulis juga memerlukan anak sedia dari sudut kognitif. Kita boleh lihat tahap attention anak malah kesediaan anak dari segi persepsi visual. Kadang tu isu anak hanya dari kefahaman. Bila tak dapat daham macam mana nak buat kan.
Ini baru 5 point sempat dikarang. Sebenarnya banyak lagi yang terapis perhatikan. Malah ibu ayah dan guru juga boleh sama sama perhati.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa, anda pasti setiap anak bersatu hati, saling menghormati antara satu sama lain dan sayang menyayangi.
Memang kadang-kadang akan ada perbalahan kecil sesama mereka. Namun, jika anda sejak daripada awal, sudah mendidik mereka erti kasih sayang antara adik-beradik, tidak mustahil mereka akan berbaik dalam masa yang singkat lantaran tahu menilai kasih sayang yang telah anda terapkan dalam diri mereka.
Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan semasa anak-anak anda masih lagi kecil. Diharapkan ia dapat membantu anda membina hubungan adik-beradik yang kukuh sepanjang hayat.
1. Makan bersama
Dalam sehari, pastikan anda dan anak-anak berkumpul seisi keluarga untuk makan bersama-sama. Selesai makan, anda dan mereka boleh saling berbual dan bercerita tentang apa sahaja yang berlaku pada hari kejadian. Dengan yang demikian, semua ahli keluarga berasa seronok apabila dapat terlibat dalam aktiviti seharian masing-masing.
2. Jaga antara satu sama lain
Sentiasa ingatkan anak-anak untuk menjaga diri mereka antara satu sama lain. Yang lebih berusia perlu tengok adiknya yang lebih kecil. Malah anak yang lebih muda pun boleh melakukan perkara yang sama juga.
Sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik. Begitu juga adik. Perlu juga jaga abang atau kakak.” Percayalah jika dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini kepada anak-anak, apabila mereka dewasa kelak, pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka.
3. Berlaku adil
Tanpa sedar, kadang-kadang ibu bapa itu sendiri berlaku tidak adil kepada anak-anaknya.
Paling biasa dilakukan ialah apabila adik buat silap, kakak atau abangnya akan dipersalahkan. Hal sebegini akan membuatkan anak yang tua berasa kecil hati dan berdendam kepada adiknya.
Sama juga halnya apabila membeli sesuatu barangan. Pastikan anda sentiasa berlaku adil. Hal ini penting untuk tidak menimbulkan perasaan cemburu di antara mereka. Tidak kira apa-apa pun, sebenarnya setiap anak mahu dihargai secara sama rata. Untuk itu, anda perlu bijak mengawal keadaan.
4. Tolong-menolong
Biarpun anak-anak masih kecil tetapi sikap tolong-menolong perlu diajar daripada awal. Antara yang boleh anda lakukan ialah meminta adik dan kakak atau abangnya sama-sama mengemas alat permainan yang telah digunakan semasa bermain bersama-sama. Sambil mereka mengemas, jangan lupa selitkan kata-kata pujian kepada mereka. Pastikan mereka bangga dapat berbuat baik sesama sendiri.
5. Tunjukkan contoh baik
Jika mahu anak-anak berhubungan baik antara satu sama lain, anda sendiri pun perlu menjaga hubungan dengan adik-beradik. Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan saling berhubung antara anda dan adik-beradik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan yang ada itu perlu dijaga setiap masa. Contoh yang baik seperti ini dapat mereka jadikan panduan di masa hadapan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah kematian suami, pasti ramai beranggapan bahawa tugas menyara kehidupan anak-anak hanya terletak pada bahu si isteri kepada si mati. Maka ramailah melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya.
Jika kematian suami, fahamilah siapa yang bertanggungjawab untuk menyara anak-anak arwah. Ikuti soal jawab ini.
Soalan; salam ustaz, sy nak tanya soalan, siapakah yang wajib bertanggungjawab (dari segi nafkah) ke atas anak2 yang kematian bapa? ibu masih ada tetapi kurang kemampuan
Jawapan;
Bismillah walhamdulillah wassolatu ala Rasulillah,
Dalam surah al-Baqarah (ayat 233) Allah menegaskan; “Dan kewajipan bapa ialah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang berpatutan…Ahli waris pun (berkewajipan) seperti itu juga”.
Berdasarkan ayat ini para ulamak menyimpulkan bahawa; kewajipan nafkah asalnya tertanggung di atas bahu bapa. Jika bapa tidak mampu atau mati, nafkah si anak ditanggung oleh waris-waris si anak (iaitu kerabat-kerabatnya yang akan mewarisi darinya) merangkumi ibunya sendiri, datuknya, neneknya, saudaranya, bapa saudaranya dan sebagainya lagi yang dapat mewarisi darinya. Jika waris ramai, tanggungan nafkah wajib dikongsi mengikut kadar pewarisan masing-masing. Sebagai contohnya; jika si anak hanya mempunyai nenek dan saudara lelaki sahaja, maka nenek wajib menanggung 1/6 nafkahnya dan saudara lelaki pula nafkah selebihnya iaitu mengikut kadar pewarisan mereka. Ini merupakan pandangan mazhab Hanbali berdalilkan ayat di atas.
Menurut mazhab Syafiie; nafkah anak wajib di tanggung oleh usul-usulnya (iaitu bapa, ibu, datuk, nenek hingga ke atas) dengan didahulukan usul lelaki ke atas usul perempuan. Selama masih ada usul lelaki (bapa, datuk hingga seterusnya), nafkah tidak ditanggung oleh usul perempuan (ibu, nenek hingga seterusnya). Bagi anak yang kematian bapa atau bapanya tidak mampu, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuknya, diikuti oleh bapa kepada datuknya hinggalah seterusnya ke atas. Yang lebih dekat didahulukan dari yang jauh. Jika si anak mempunyai datuk dan juga bapa kepada datuknya, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuk kerana ia lebih dekat. Jika sama-sama dekat (seperti si anak mempunyai datuk sebelah bapa (iaitu bapa kepada bapanya) dan juga datuk sebelah ibu (iaitu bapa kepada ibunya), kewajipan nafkah dikongsi bersama. Apabila tidak ada lansung datuk atau datuk yang ada tidak mampu, barulah kewajipan nafkah berpindah kepada usul-usul perempuan (iaitu ibu atau nenek atau yang lebih atas).
Perlu disebutkan; kewajipan menanggung nafkah orang lain tertakluk kepada kemampuan. Jika tidak mampu, tidaklah seseorang itu dibebani oleh Syarak untuk menanggung nafkah orang lain sedang nafkahnya sendiri tidak tertanggung. Hal ini telah disepakati ulamak. Maksud kemampuan itu ialah mempunyai lebihan setelah ditolak keperluan diri sendiri sama ada dari hartanya sedia ada atau dari pendapatannya. Sabda Nabi SAW; ““Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk ahli kerabat kamu. Jika ada suatu lebihan lagi setelah itu, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Soheh Muslim; 997, dari Jabir RA).
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.