Menyusukan bayi sehingga usia mereka dua tahun bukan satu tugas yang enteng untuk seorang ibu. Akan ada berbagai masalah dan dugaan yang perlu dilalui ketika tempoh tersebut. Antaranya adalah bengkak susu.
Bengkak susu terjadi apabila payudara mengeras namun susu yang dihasilkan tidak terlalu banyak atau hanya keluar sedikit sahaja. Dari situ bermulalah masalah susu ibu yang kurang malah payudara anda menjadi sakit dan membengkak.
Kita sering dimomokkan dengan pelbagai petua dalam mengurangkan masalah bengkak payudara ini, salah satu darinya adalah dengan menggunakan kubis bagi mengurangkan sakit bengkak pada payudara itu. ikuti perkongsian dari Dr Muhammad Izzat:
“Payu dara bengkak susu ( breast engorgement ). Apa nak buat? Boleh guna Kobis tak Dr?“
Tengok balik teknik penyusuan, tanya misi atau doktor semula.
Selalu perah susu. Walaupun baby da kenyang. Perah dan simpan. Selalu buat. Jangan lupa.
Ads
Sebelum bengkak susu terjadi nak kena buat siap-siap
Semua benda tak kena sebab buah dada bengkak dan sakit. Boleh try guna kobis. 1. ambil beberapa helai daun kobis dan cuci bersih 2. masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam (tak semestinya perlu masuk dalam peti sejuk, tapi, sejuk boleh membantu mengurangkan kesakitan). 3. letakkan daun kobis di atas payudara selama 30 hingga 60 minit. 4. Ulang setiap satu hingga dua jam sehingga bengkak surut.
Kalau makin sakit , atau breast makin bengkak, merah menyala, atau ibu demam, cepat-cepat jumpa Dr. Nak kena periksa. Jangan leka nanti boleh ada jangkitan kuman ( mastitis ) atau bernanah ( abscess )
Ads
Lupa nak cakap, kobis lepas letak kat dada tu sila lah buang. Jangan guna semula untuk buat masak lemak kobis atau ulam plak
Selain itu, Dr Muhammad Izzat juga ada berkongsi beberapa tip untuk ibu-ibu yang menyusu
Tips untuk ibu-ibu yang menyusu badan:
Ads
JANGAN 1) spray perfume kat dada 2) pakai bedak atau pewangi pada dada 3) lumur apa-apa cream atau lotion pada dada 4) pakai apa-apa sahaja bahan yang berbau pada dada
Bahan-bahan kat atas ni akan ganggu deria bau baby. Dia tak seronok lagi nak menyusu macam biasa
Baby suka bau asal maknya. Walaupun si suami asyik komplen “awak ni berbau susu la”
Bila anak batuk tak berhenti-henti, segala macam dah cuba tapi tak berkurang juga batuk pastinya rasa risau dalam hati mama ayah. Apa lagi yang perlu di buat atau di cuba bagi melegakan batuk anak. Kesian melihat anak yang tak selesa lebih-lebih lagi waktu tidur.
🌟Urutan Untuk Melegakan Batuk🌟
Sehari-2 ni Fydh dijangkiti selesema & batuk. Mak mana yang tak risau bila anak batuk berterusan sampai susah nak bernafas. Fydh ni walaupun dah makan ubat, tapi bila dia aktif sangat main & melompat², mesti batuk non stop sampai nak termuntah² jadinya.
Bila anak batuk non stop ni, selalunya saya akan urut/picit kat point² tertentu untuk legakan batuk. Macam yang pernah saya beritahu sebelum ni, saya belajar sikit² dari tukang urut/reflexologist, pembacaan buku & online untuk kegunaan masa² terdesak. Selama ni saya hanya urut diri sendiri, anak & suami serta famili terdekat. Tapi 2 hari sebelum raya tahun lepas, saya berkesempatan urut mak mertua yang asyik batuk non stop. Syukur alhamdulillah batuk beliau beransur reda setiap kali diurut.
Sebenarnya kesan urutan acupressure/refleksologi ni lebih cepat nampak pada bayi & anak kecil berbanding pada orang dewasa. Jadi tak salah jika mak² yang ada anak kecik ni belajar sikit² point² penting untuk kegunaan masa² terdesak. Lebih² lagi anak bawah umur 2 tahun tak boleh diberikan ubat batuk. So, selain gunakan teknik tepuk percussion, daun herba, boleh juga gunakan urutan refleksologi/acupressure sebagai salah satu kaedah alternatif. Dulu reflexologist pernah beritahu, setakat nak urut diri sendiri/anak kita tak perlu jadi betul² mahir. Walaupun point yang diurut tu tak berapa tepat (kena sikit² je) tapi simptom tetap boleh reda kalau lakukan dengan konsisten.
🌺 Tip Mengurut 🌺
🔹Kalau boleh, mak² cari setiap point yang saya tunjukkan ni pada diri sendiri dahulu supaya lebih mudah faham. Bila dah tahu kedudukan setiap point, lebih mudah nak urut/picit anak nanti.
🔹Sebelum urut, sebaik²nya sapukan minyak pada kawasan nak diurut untuk memudahkan proses urutan. Biasanya saya sapukan minyak bawang putih atau boleh juga gunakan vicks (boleh gunakan vicks baby balsam jika anak bawah 2 tahun).
🔹Jika anak baring, kedudukan kepala perlu ditinggikan sikit supaya saluran pernafasan tak terganggu/tersekat.
🔹Bayi setahun ke bawah, memadailah urut pada tapak kaki & tapak tangan je.
🔹Jika urut anak kecil/warga emas, JANGAN TEKAN/PICIT DENGAN TERLALU KUAT. Urut point gunakan hujung jari dimulai dengan perlahan & tambahkan sikit tekanan (sederhana kuat).
🔹Urut membulat selama 2-3 minit, kemudian tekan/picit je (tekan kuat sikit) dalam 3-5 saat lagi untuk rangsang refleks dalam tubuh badan.
🔹Perlu urut kedua² belah tapak tangan/kaki untuk organ yang mempunyai dua bahagian (contohnya paru² kanan & kiri)
🔹Buat urutan dengan kerap sekurang²nya 2-3x sehari untuk dapatkan kesan terbaik.
🔹Sebaik²nya lepas urut galakkan anak minum air untuk singkirkan toksin yang terhasil dalam badan
🌺 Point Untuk Redakan Batuk 🌺
Ada banyak point yang saya tunjukkan kat sini, tapi mak² tak perlu urut semua sekali. Urut pada bahagian yang paling senang/bahagian yang dapat dicapai. Macam saya, bila anak baring selalunya saya akan urut bahagian dada & tapak kaki. Tapi kekadang masa kat luar atau dalam kereta, bila susah nak urut bahagian dada, saya urut bahagian belakang & juga tapak tangan.
Sebenarnya banyak lagi refleks point lain, tapi saya cuma tunjukkan point yang senang nak ingat & point yang selalu saya gunakan je.
Point di Bahagian Dada
👉 Point A
• Urut point ni untuk hentikan batuk secara beransur² • Melegakan batuk, sesak nafas, sakit tekak, bronchitis & pedih hulu hati.
👉 Point B
• Kuatkan sistem imun, meredakan batuk serta masalah berkaitan pernafasan yang lain (sakit tekak, kahak, asthma, dll)
👉 Point C
• Merupakan refleks point yang penting untuk penyakit berkaitan paru-paru • Meredakan batuk, bunyi wheezing, asthma serta sakit dada.
Point di Bahagian Belakang
👉 Point D
• Kedudukannya pada tulang belakang, berdekatan hujung tulang belikat. • Meredakan batuk, asthma, sakit di bahu dan belakang.
👉 Point E
• Melegakan batuk & sesak nafas
Point di Tapak Tangan
👉 Urut secara membulat pada refleks point untuk “paru-paru” bagi meredakan/menghentikan batuk
Optional:
👉 Picit refleks point “pituitary” pada ibu jari untuk merangsang penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi dalam badan.
Point di Tapak Kaki
👉 Urut secara membulat pada refleks point untuk “paru-paru” bagi meredakan/menghentikan batuk
Optional:
👉 Picit refleks point “pituitary” pada ibu jari kaki untuk merangsang penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi dalam badan.
⚠ Perlu diingatkan ye, urutan refleksologi/acupressure ni BUKAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT tapi sekadar kaedah alternatif untuk MENGURANGKAN SIMPTOM. Pastikan dapatkan rawatan doktor sekiranya perlu.
⚠ Selalunya batuk jadi makin teruk pada waktu malam disebabkan keadaan cuaca yang sejuk. Kalau mak² perasan, masa batuk teruk ni dada anak pun akan terasa sejuk je bila disentuh. Sapukan minyak bawang putih/vicks/minyak hangat sebelum anak tidur untuk kurangkan batuk.
⚠ Batuk gak jadi teruk tiap kali bila bangun tidur. Ini disebabkan mucus yang terkumpul dalam dada & saluran pernafasan masa tidur tu.
*Dalam video saya tunjukkan cara cari point berdasarkan kedudukan tulang selangka (collar bone). Anak yang berbadan kurus, senang nampak tulang selangka tapi anak yang berbadan agak berisi/chubby, kena cari kedudukan tulang selangka dulu. Step ni saya tunjuk untuk mudahkan mak² cari kedudukan setiap point. Sok² dah tau kedudukan point, tak perlu la cari kedudukan tulang selangka ni tiap kali nak picit 😆
*Boleh rujuk makanan kurangkan mukus dalam album menu anak tak sihat
*Untuk info tentang teknik percussion & daun sirih, boleh klik link post lame ye
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk suami, apa pun isteri sanggup korbankan demi melihat pasangan menjadi insan terbahagia. Apabila suami senang, jangan pula isteri dilupakan.
Suami isteri pasti berkongsi susah senang bersama sejak dari awal perkahwinan. Susah senang, jatuh bangun hanya pasangan yang tahu. Perkongsian daripada lelaki ini sedikit sebanyak menjentik hati setiap pasangan khususnya lelaki bergelar suami.
Kasihnya Isteri Terhadap Suami
Begitulah tajuk yang sesuai untuk saya katakan apabila berbual dengan rakan dikampung semalam. Kongsi masalah perniagaan. Turun naik, untung rugi dalam perniagaan.
Namun, bukan untung rugi yang menyentuh jiwa ini. Tapi. Tentang seorang Isteri. Ya Isteri. Lemah tenaganya. Tapi besar jiwanya untuk hadapi segala ujian. Tenang sungguh tutur kata dalam membakar semangat.
Kongsi rakan saya, jatuh bangun bersama isteri. Rugi dalam perniagaan. Modal hangus, dalam bank ada RM16. Tidak mengapa abang. Kita gadai gelang emas saya, duit itu buat pusingan modal untuk pulihkan kembali perniagaan. Beberapa bulan, rugi lagi. Tidak mengapa abang, gelang emas ada lagi satu, kita gadai yang ini, pulihkan kembali perniagaan abang.
MEREKA INSAN YANG WAJAR KITA PERTARUHKAN NYAWA
“Matt. Setiap kali aku pandang isteri, aku sebak. Rupanya inilah manusia yang kita patut TARUHKAN NYAWA UNTUK MEREKA.
Kadang-kadang aku mencela diri sendiri “Celakalah diri ini jika tidak hargai setiap ‘pengorbanan’ isteri” . “Celakalah diri ini jika mengabaikan isteri dan anak-anak”. “Celakalah diri ini jika sakiti mereka”.
TIDAK MAMPU MENAHAN AIR MATA JANTAN
Saya dengar berjurai-jurai air mata. Terketar-ketar bibir rakan saya menahan sebak. Tidak mampu menahan air mata jantan ini.
Sangat lemah apabila berbicara tentang isteri. Sanggup susah demi suami. Sanggup lupakan pekerjaan setaraf. Susah payah belajar betahun-tahun. Namun demi suami sanggup berhenti kerja untuk jaga rumah tangga.
“MAAFKAN ABANG BANYAK SUSAHKAN SAYANG”
Balik rumah saya pegang tangan isteri, saya cium tangan isteri,saya peluk isteri. Maafkan abang sebab banyak susahkan sayang.
“Maafkan abang jika pernah sakiti sayang. Maafkan abang jika tidak mampu tunaikan segala hajat sayang.”
“Tidak mengapa abang, Jika tidak di dunia mudahan Allah bagi ganti di akhirat,” balas si isteri.
“Sayang bahagia sangat walaupun abang tidak seperti dulu.” Itulah jawapan dari isteri tidak pernah menghampakan suami.
SENTIASA BERKATA-KATA MENYENANGKAN HATI
Kata-kata yang baik, kata-kata menyenangkan hati. Saya menulis ini dalam masjid. Sedang menunggu waktu isyak. Masih bergenang air mata.
Moga masjid ini menjadi saksi bahawa saya doakan moga Allah S.W.T ampunkan segala dosa isteri dan masukkan dia ke dalam syurga tanpa hisab.
“Para suami, hargailah isterimu. Susah senang mereka bersamamu. Mereka pernah ‘mati’ berkali-kali untukmu”
Status ini pernah disiarkan april 2017 #IsteriAnugerahTerhebatDariAllah -EncikMatt- #LelakiBurQa
Susu diketahui mempunyai banyak manfaat. Selain kaya dengan kalsium, susu juga adalah minuman yang memberikan pelbagai sumber nutrisi seperti protein, karbohidrat, lemak dan vitamin.
Walau bagaimanapun, adakah kebarangkalian susu boleh membahayakan kesihatan jika diambil terlalu banyak?
Risiko jika anak minum susu berlebihan
Berikut merupakan 3 alasan mengapa minum susu terlalu banyak boleh memberi kesan buruk, sama seperti jika tidak minum cukup susu:
Berat berlebihan dan obesiti
Menurut kajian yang dijalankan selama 3 tahun dalam kalangan kanak-kanak sekolah, mereka yang diberikan 3 gelas susu atau lebih setiap hari adalah lebih berat daripada kanak-kanak yang minum susu dalam jumlah yang lebih rendah.
Kajian menunjukkan bahawa penambahan pengambilan susu; tidak kira susu skim atau lemak penuh, tiada kaitan dengan kawalan berat badan, tetapi dikaitkan dengan obesiti kanak-kanak.
Kajian membuktikan bahawa walaupun tiada hubungan antara kenaikan berat badan dan lemak tenusu, namun kandungan kalsium dalam produk tenusu sebenarnya menggalakkan kenaikan berat badan.
Kekurangan zat besi dan anemia
Minum banyak susu boleh menyebabkan kalsium yang ada dalam susu, menghalang penyerapan dan penghasilan zat besi. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa paras zat besi kanak-kanak menurun dengan drastik selepas minum susu berlebihan.
Tambahan pula, memandangkan susu merupakan minuman yang tinggi tenaga yang menggalakkan kekenyangan pada tempoh yang lama, maka kanak-kanak yang minum terlalu banyak susu akan rasa kenyang sehinggakan mereka tidak mahu makan sebarang jenis makanan.
Kekurangan zat besi menghalang pengeluaran darah dan penghantaran oksigen, yang akan mengganggu prestasi kognitif dan perkembangan kanak-kanak.
Kekurangan zat besi yang berpanjangan menjurus kepada anemia, iaitu keadaan yang menimbulkan pelbagai bahaya pada kesihatan seperti lemah fizikal, kesukaran memberi tumpuan, sakit dada, tekanan darah rendah, dan peningkatan kecenderungan kepada jangkitan.
Pengambilan kerap dan berpanjangan untuk makanan yang tinggi tenaga, tetapi rendah serat seperti susu boleh membawa kepada sembelit atau pergerakan usus terbantut disebabkan kurangnya pengambilan serat – komponen penting untuk pergerakan usus yang sihat dan normal bagi semua peringkat umur individu.
Kanak-kanak yang kuat minum susu juga selalunya terlalu kenyang untuk makan makanan serat lain. Selain itu, prosedur pempasteuran atau UHT (Suhu Ultra Tinggi) juga dipercayai memusnahkan semua enzim yang diperlukan untuk susu dicerna dengan betul dalam tubuh.
Intolerans laktosa dan alahan
Jumlah susu yang boleh diminum oleh kanak-kanak bergantung kepada berapa banyak laktosa yang boleh dihasilkan. Sesetengah kanak-kanak mungkin boleh minum beberapa gelas susu sehari, sementara sesetengah yang lain hanya boleh minum beberapa hirupan susu sahaja.
Tanda-tanda intolerans laktosa termasuklah kejang dan kembung perut, serta cirit-birit. Sementara, alahan protein susu boleh menyebabkan simptom yang teruk seperti muntah-muntah, gatal, berdehit, atau juga anaphylaxis – masalah dengan pernafasan.
Pengambilan susu: Berapa banyak yang dianggap terlebih susu?
Kajian dilakukan oleh Canadian Institutes of Health Research dan St. Michael’s Hospital Foundation terhadap 1311 kanak-kanak sihat di Toronto, yang berusia lingkungan umur 2 hingga 5 tahun.
Pemerhatian kajian adalah pada paras vitamin D dan zat besi dalam sampel darah kanak-kanak, di samping memantau jumlah susu yang mereka ambil setiap hari, penyelidik menyimpulkan bahawa kanak-kanak disarankan minum susu sebanyak 500 mililiter setiap hari untuk mendapatkan paras zat besi dan vitamin D yang secukupnya.
Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak boleh minum susu lebih daripada 700 ml setiap hari.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ni, Fattah Amin sempat buat satu sesi live santai bersama keluarganya. Pada awalnya, ramai yang sangka ia cuma sesi biasa artis berkongsi masa...