Demi isteri dan bayi dalam kandungan, seorang suami, Md Rajihan Junaidi memecahkan cermin keretanya selepas gagal meredah banjir dan sehingga kini masih belum dijumpai. Dia dipercayai hanyut bersama kenderaan selepas menyelamatkan isterinya dalam kejadian banjir yang berlaku di Batu Pahat-Mering, beberapa hari lalu.

Selamatkan isteri sarat hamil

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, sehingga kini misi mencari dan menyelamat masih dijalankan. Sebelum kejadian berlaku, mangsa dipercayai telah bertindak meredah air sebelum kereta jenis Proton Waja yang dinaiki mereka dibawa arus banjir.

Mangsa kemudian telah memecahkan cermin kereta untuk mengeluarkan isterinya, Khairunnisa Ibrahim yang terkunci di dalam kenderaan berkenaan.

Pecahkan Cermin Selamatkan Isteri Hamil. Kereta Hanyut Dah Jumpa, Suami Masih Hilang

IKLAN

Difahamkan, Khairunnisa sedang sarat hamil enam bulan. Isteri mangsa akhirnya berjaya diselamatkan oleh orang awam sementara mangsa telah hanyut dibawa arus deras.

Hanya kereta ditemui

IKLAN

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Akob Sedek, kereta mangsa telah ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dihanyutkan.

Pecahkan Cermin Selamatkan Isteri Hamil. Kereta Hanyut Dah Jumpa, Suami Masih Hilang

IKLAN

Pasukan bomba menggunakan peralatan khas iaitu ‘gripping iron’ besi bermagnet untuk mengesan lokasi kereta mangsa. Kereta dapat dijumpai namun mangsa tiada di dalam kenderaan.

Sehingga kini, mangsa masih belum ditemukan. Walaupun begitu, misi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Sumber: Utusan Malaysia, Kosmo

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI