Seorang pelajar di sebuah sekolah di sini cedera selepas dipercayai dipukul, ditumbuk, ditendang dan hampir dijerut dengan dawai oleh sekumpulan pelajar lain dalam satu kejadian pada Selasa.
Kejadian tersebut didakwa berlaku sekitar jam 10 pagi apabila enam pelajar Tingkatan Empat menyerang mangsa sebelum disedari oleh seorang guru yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.
Pendedahan itu dibuat oleh ibu saudara mangsa melalui satu hantaran di Facebook miliknya. Menurutnya, anak saudaranya bukan sahaja ditumbuk dan ditendang, malah turut dipukul, ditampar serta dilondehkan seluar hingga paras lutut. Lehernya juga hampir dijerut menggunakan dawai.
Ads
“Jika guru tidak lalu pada waktu itu, mungkin anak saudara saya sudah mati di tangan pembuli,” tulisnya di media sosial.
Wanita itu juga mendakwa pada malam hari yang sama, enam keluarga pelajar terbabit datang ke rumah ibu bapa mangsa bagi memohon supaya kes tersebut ditarik balik.
Ads
“Semua pembuli itu baru berusia Tingkatan Empat, namun berani melakukan perbuatan sehingga ke tahap ini. Apa akan jadi bila mereka mencecah umur 20 tahun?” katanya lagi.
Mangsa Masih Trauma
Sementara itu, ibu kepada pelajar terbabit ketika dihubungi media mengakui anaknya masih trauma akibat kejadian tersebut. Beliau menjelaskan, kes ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Ads
Polis Sahkan Terima Laporan
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed ketika dihubungi turut mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian buli tersebut dan siasatan sedang dijalankan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang kala ibu bapa terlalu fokuskan kepada pencapaian akademik. Anak-anak tidak sempat untuk merasai keindahan zaman kanak-kanaknya. Perkongsian bapa ini menarik untuk diikuti.
Walau pun tidak semua ibu bapa yang terlalu taksub dengan pencapaian akademik pada anak di bawah usia 6 tahun, apa yang dikongsikan oleh Encik Mohamad Fadzil diharapkan dapat membuka mata agar tidak terlupa akan menekan anak pada usia yang masih kecil.
Berikut ialah perkongsian beliau,
Hari ini saya dikejutkan lagi tentang anak jiran yang berusia 6 tahun (tadika/pra sekolah) telah mula dihantar tuisyen.
Saya yang berpeluang bertanya kepada bapa tersebut di luar surau sewaktu menunggu waktu Isyak masuk…
“Wah… nanti cemerlanglah anak abang ni… budak lagi dah dihantar tuisyen”
Jawab beliau, ” Takda laa… abang berusaha bagi yang terbaik untuk anak abang… selagi abang mampu bayar tuisyen.. yuran pendidikan.. abang akan buat apa sahaja asalkan anak pandai”.
Kata saya, “Baguslah… abang mampu bayar tuisyen… dan anak abang mampu belajar tuisyen”.
Dia kemudian bertanya.. “Apa maksud Fadzil anak saya mampu belajar tuisyen? ”
Saya jawab… “Ye laa bang… tak semua budak-budak mampu belajar tuisyen. Lagi-lagi umur seawal 6 tahun. Dalam fikiran mereka tak ada lagi kesedaran untuk dapat no 1 dalam kelas, tak ada lagi kesedaran pentingnya menuntut ilmu, tak da lagi kesedaran kena belajar dari sekarang untuk kelak berjaya menjadi doktor, peguam, jurutera.”
Sambung saya “Semua kesedaran tu tak ada lagi dalam kepala mereka. Yang ada sifat bermain, ingin dibawa berjalan-jalan hatta ke kedai, menaiki motor, pergi beli mainan, makan kat luar, mandi kolam dan lain-lain. Tapi keinginan kita melihat mereka berjaya kelak telah memadam keindahan yang mereka harus kecapi pada usia semuda ini”.
Melihat jiran saya tu terdiam berfikir, saya menambah lagi perisa…
“Hari ini ibu bapa selalu bertanya kepada anak… ‘seronok tak dapat buat apa yang ayah/ibu inginkan?’
“Tapi hari ini kita jarang-jarang bertanya kepada anak… ‘seronok tak dapat buat apa yang mereka (anak) inginkan?’.
Jiran saya tersebut mengakui setiap kali pergi tuisyen, tergambar pada anaknya wajah “terpaksa” dan bukan wajah “gembira / seronok” belajar. Beliau akan bermesyuarat kembali dengan isterinya tentang keperluan untuk menghantar anak pada usia itu ke kelas tuisyen.
Teringat cerita 3 Idiots lakonan Amir Khan yang banyak saya inspirasikan kepada pelajar saya. Dunia ini dibentuk seperti medan perlumbaan. Yang no 1 dikira berjaya. No 2 dikira gagal. Jangan kita terpedaya dengan perlumbaan ini. Sekiranya kita dapat no 31 dalam kelas sekalipun, kejayaan manusia bukan dalam akademik dan kehidupan yang senang.
Kalau itu ukuran kita, maka gagallah Nabi Muhammad SAW yang ummi tidak tahu membaca. Maka gagallah Nabi SAW yang mempunyai saiz rumah yang kecil. Maka gagallah para sahabat yg pakaian mereka pun bertampal-tampal.
Kejayaan manusia bila mana dapat taat perintah Allah dalam kehidupan mereka dan dapat bawa sunnah yang ditunjukkan Nabi SAW.
Sama macam kita yang kepenatan di rumah, anak pun ada waktunya dia penat dan buntu. Walau dari luar kita nampak anak bertenaga dan aktif namun dia juga sama seperti kita, mindanya tetap kepenatan.
Menurut perkongsian En Mohd Fhais Salim, sesekali berilah anak ruang untuk dirinya sendiri dan inilah sebaiknya yang harus dilakukan pada anak kita.
Anak kita pun tahu penat. Ini hakikat, walau dari luaran anak kita ni nampak macam bertenaga unlimited, tapi hakikatnya ia sangat-sangat limited di dalamannya.
– Sekali sekala anak kita perlu di biarkan buat apa yang mereka suka. Itu la yang akan buat jiwanya rasa hidup.
– Sekali sekala anak kita perlu di beri pilihan untuk memilih. Baik dari segi makanan ataupun pakaian. Itu la yang akan buat anak kita rasa tidak terkongkong hidupnya.
– Sekali sekala bila nampak anak kita buat kesalahan, kita sabar dan terus peluk dia. Itu la yang akan buat anak faham bahawa kita sayang dia tanpa bersyarat.
– Sekali sekala kita kena biarkan anak kita jadi budak-budak. Hidup tanpa stress, aturan dan kekangan yang melampau. Itu yang akan buat dia lebih bahagia pada kehidupannya.
– Sekali sekala kita kena letak jauh jauh High Expectation pada anak kerana itu la punca kita cepat penat dengan anak, dan anak cepat penat dengan kita.
– Sekali sekala kena empati pada ketidaksempurnaan anak kita. Itu la bukti besar yang kita memahami anak kita sendiri.
– Sekali sekala kita kena percaya pada kemampuan anak kita lebih dari kita percaya pada kelemahannya. Itu la yang akan beri kita dorongan ( drive ) untuk lebih membantu anak jadi berjaya.
Bila anak rasa penat, kita la tempat dia berehat dan bersandar refresh tenaganya. Tanpa kita, longlai la mereka kelak.
Wallahu A’lam,
~ Mohd Fhais Salim ~
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak yang meragam selepas pukul 9 malam BUKANLAH anak yang bermasalah atau masalah sesiapa sahaja di sekeliling anak.
Yang SALAH adalah IBU BAPA yang tidak tidurkan anak awal, yang tidak menyediakan jadual rutin anak, yang membiarkan anak berjaga tanpa perlu, yang membiarkan anak bersama gajet dan tv sesuka hati, yang permisif dan yang mengheret anak keluar tidak kira waktu.
Anak sepatutnya tidur awal supaya mendapat rehat dan tidur yang cukup. Orang tua yang tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur pun akan bertindak tidak rasional, apatah lagi anak kecil yang sememangnya tidak boleh berfikir dengan rasional. Hormatilah perkembangan dan keperluan anak.
Dalam satu kajian menunjukkan 41.5% kanak-kanak di Malaysia tidak dapat tidur yang mencukupi. Tidur merupakan keperluan yang amat penting dan paling asas dalam perkembangan kanak-kanak.
Berdasarkan Maslow’s Hieraki tidur termasuk di dalam salah satu keperluan fisiologi yang paling penting untuk dipenuhi dengan baik.
Tidur bukan sahaja keperluan yang sangat penting bagi kanak-kanak tetapi bagi semua lapisan umur. Tetapi bagi kanak-kanak masa tidur mereka lebih panjang kerana mereka sedang dalam fasa membesar dan berkembang. Keperluan tidur yang tidak dijaga dengan baik akan memberi impak negative daripada sudut akademik dan juga sikap dan perangai mereka.
Berikut merupakan masa/jam tidur yang diperlukan bagi kanak-kanak:-
Umur 2 bulan ke bawah :12 – 18 jam
Umur 3 bulan – 1 tahun : 14 – 15 jam
Umur 1-3 tahun : 12 – 14 jam
Umur 3-5 tahun : 11 – 13 jam
Umur 5-12 tahun: 10 – 11 jam
Umur 12-18 tahun: 8.5 – 9.5 jam
Apa yang akan berlaku sekiranya kanak-kanak tidak cukup tidur?
Tidur yang tidak mencukupi akan menyebabkan kanak-kanak tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas dan ketika guru mengajar. Fokus mereka lebih tertumpu kepada usaha untuk tidak tertidur di dalam kelas.
Kesan yang lebih buruk terhadap kanak-kanak yang tidak cukup tidur adalah prefrontal cortex tidak dapat berfungsi dengan baik.
Prefrontal cortex merupakan sebahagian daripada otak depan yang berfungsi untuk membuat perancangan, berfikir secara luar kotak dan juga menganalisa.
Jadi kanak-kanak akan rasa terbeban ketika berhadapan dengan situasi untuk menyelesaikan masalah atau tidak menjumpai jawapan yang betul.
Fungsi prefrontal cortex yang menurun disebabkan tidak cukup tidur turut memberi kesan kepada interaksi sosial mereka.
Kekurangan fungsi ini akan menyebabkan kanak-kanak lebih pentingkan diri sendiri, kurang empati dan berdepan dengan kesukaran untuk menyelesaikan masalah.
Bagaimana Tidur Itu Mampu Membantu Otak Kanak-Kanak?
Kanak-kanak memerlukan tidur yang berkualiti dan cukup bagi menguatkan ingatan terhadap informasi yang baru mereka terima dan tidur juga membantu informasi itu difahami dan dapat dihubung kait antara satu informasi dengan infromasi yang lain.
Lagi banyak perkara dan maklumat yang diterima mereka, lagi banyak tidur yang diperlukan. Mengajar mereka perkara baru ketika mereka dalam keadaan umpama mencurah air ke daun keladi.
Berdasarkan jurnal Memory stabilization and enhancement following music practice, apabila anak anda belajar kemahiran motor yang baru seperti memukul bola hoki, bermain gitar atau menari.
Tidur akan membantu otak menghantar memori jangka pendek(Short term memory) perkara yang di pelajarinya ke ‘cortex motor’.
Jadi bila diulang kembali kemahiran motor tersebut, mereka mampu lakukannya dengan lebih pantas dan lebih tepat.
Ada satu istilah yang di panggil Hypnagogia. Hypnagogia merupakan situasi di mana seseorang itu antara Sedar dan Tidur. Di fasa ini, kita akan jumpa cara yang kreatif untuk menyelesaikan masalah ketika siang hari. Ini kerana otak menyusun dan menstrukturkan semula memori dan kesannya meningkatkan kreativiti
Otak memerlukan tenaga untuk berfungsi. Hasil daripada itu menghasilkan sejenis toksik yang perlu disingkirkan melalui ‘glymphatic system’. Toksik ini perlukan di singkirkan kerana ada kajian menunjukkan toksik ini antara sebab berlakunya penyakit Alzherimer.
‘Glymphatic System’ berfungsi sepanjang masa tetapi lebih aktif ketika waktu tidur. Jadi untuk memastikan proses pembersihan berjalan dengan optimum kanak-kanak perlukan tidur yang cukup.
Ketika tidur short-term memories akan ditukar kepada long-term memories. Ketika tidur otak akan memaparkan semula memori pada hari itu dalam proses yang penting untuk menguatkan ingatan.
Berdasarkan Sleep Deprivation dan False Memories tidak cukup tidur pada kanak-kanak bukan sahaja menyebabkan otak mereka gagal untuk menukar ‘short-term memories’ kepada ‘long-term memories’. Malah memori tersebut akan bercampur aduk antara daripada situasi yang lain dan mewujudkan false memories.
KESIMPULAN
Sebagai penjaga kepada kanak-kanak sama ada ibu-bapa atau guru, memastikan mereka mendapat tidur yang cukup sangat penting demi memastikan otak mereka dapat berfungsi dengan baik.
Kasihani mereka, mereka terlalu muda untuk ditekan dan dipaksa di luar kemampuan mereka.
Pastikan kanak-kanak mendapat keperluan asas mereka dengan optimum, demi memastikan kesan dan impak yang lebih hebat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!